Chapter 1

Romance Series 4890

Kelopak mata dibuka apabila merasakan ada tangan berurat melingkari pinggang dan memeluk erat tubuhnya. Satu senyuman daripada orang tersayang menyapa pandangan Aara iaitu suaminya, Izzat Anaqi.

"Good morning sayang" ucap Anaqi dengan suara huskynya. Aara menggigit bawah bibir teruja mendengarnya. Anak mata hazel Aara bersatu dengan anak mata hitam Anaqi.

"Nak wish morning lagi" pinta Aara perlahan. Tergelak kecil Anaqi. Rambut Aara yang jatuh menutup wajah cantik isterinya diselitkan pada belakang telinga. Anaqi melabuhkan bibir hangat itu pada bibir isterinya dan kembali bersuara.

"Good morning sayang. Good morning Aara Elina" ucap Anaqi sekali lagi. Aara mengukirkan senyuman suka.

Tok! Tok!

Krek~

"Ayah!"
"Ibu!"

Aara dan Anaqi mula bangun dan menyandarkan tubuh mereka di kepala katil. Tiga kembar itu berlari naik ke katil.

"Selamat pagi my beautiful family!" jerit tiga kembar itu. Kini mereka bertiga genap berumur 5 tahun.

Anggun Farella. Antara mereka bertiga, dialah yang keluar dahulu. Anggun seorang yang suka mendiamkan diri seperti ayahnya. Tidak suka bercakap dengan orang asing. Dia juga seorang yang manja jika bersama ibunya sahaja.

Mawar Rozella. Nama panggilan ialah Mawar. Dia mengambil semua perangai seperti ibunya. Manja. Cengeng. Mengada. Paling rapat dengan Anaqi. Dan dia seorang sahaja yang selalu keluar masuk hospital. Hanya disebabkan Izzan. Izzan Aysar iaitu adik kembar kepada suami Aara. Dia kerap mengusik Mawar sehingga menangis dan akhirnya hospital lah tempat tidur Mawar.

Mia Nuvella. Manja dengan semua bapa suadaranya. Lemah lembut tapi dalam diam kuat melawan juga. Bijak berkata-kata kerana dia selalu meluangkan masa bersama Rayyan. Kini Rayyan sudah berumur 9 tahun.

"Ibu boleh tak Anggun, Mawar dan Mia nak jumpa Aidan kat rumah sebelah?"

Aara dan Anaqi memandang sesama sendiri kemudian memandang wajah anak-anak mereka semula.

"Tak payahlah. Nanti maklang awak datang ke sini juga" Mereka bertiga mengangguk serentak.

"Sekarang ni siapa paling busyuk?!"

"Ibu dan ayah lah!!!" Aara dan Anaqi memandang tajam anak-anak mereka sebelum tangan naik menggeletek leher mereka bertiga.

"HAHAHAHA IBU AYAH BUSYUK MASYAM!"

Mereka berlari keluar dari bilik tidur ibu bapanya sebaik sahaja Aara dan Anaqi melepaskan mereka.

Aara dan Anaqi memeluk sesama sendiri. Kepala direbahkan pada dada bidang Anaqi yang terdedah itu.

"Haish rindulah. Janganlah jauh-jauh walaupun 0.001cm" Aara memeluk erat tubuh Anaqi. Geram! Pagi-pagi dah handsome!

"Eee kau nak bunuh aku cara halus ke sayang? Tak bernafas aku" ujar Anaqi membuatkan Aara melonggarkan pelukan.

"Siapa suruh awak...." Anaqi mengangkat kening memandang Aara.

"Seksi sangat" sambung Aara perlahan tetapi Anaqi dapat mendengarnya. Anaqi tersenyum sinis.

"Pagi pagi dah gatal! Meh sini aku mandikan kau. Senang nanti dengan otak otak kau sekali aku sental"

Anaqi mencempung tubuh kecil Aara lalu melangkah masuk ke bilik air. Sebenarnya Anaqi sudah mandi sebelum mnunaikan solat fardhu subuh pagi tadi cuma Aara sahaja yang belum mandi kerana datang bulan. Jadi hanya Aara sahaja yang paling busuk di sini.

Aara merenung penampilannya di hadapan cermin. Anaqi mendekati isterinya lalu mencium dahi Aara. Hangat bibir Anaqi membuatkan Aara menutup mata walaupun tadi agak terkejut. Anaqi turut memejamkan mata.

"Ehem! Ehem!"
"Heyyo! Triplets nak kiss juga ayah!!!"

Aara dan Anaqi tersentak. Mata dicelik kemudian memandang anak-anaknya. Kembar tiga itu mencemberutkan wajah.

"Eh ayah cakap apa sebelum ni? Kalau nak masuk kena buat apa dulu?" soal Anaqi tegas namun tangannya sempat melingkari pinggang Aara. Aara menahan senyum dengan tindakan Anaqi. Ni yang makin sayang ni!!

"Sorry ayah. Sorry ibu. Triplets lupa nak ketuk pintu dulu" jawab mereka serentak. Kedua-dua tangan kecil mereka dibawa ke belakang dan kepala memandang lantai.

Anaqi diam. Aara mengerling sekilas wajah dingin Anaqi. Anaqi yang perasan pantas mengenyitkan sebelah matanya. Aara terpempan.

"Dia ke kita yang gatal sekarang ni" bisik Aara perlahan. Anaqi meramas lembut pinggang Aara membuatkan Aara memandangnya.

"Gatal dengan isteri sendiri je" ujar Anaqi tanpa mengeluarkan sebarang suara. Aara mula faham menjuihkan bibir. Memanglah dengan isteri sendiri. Kalau isteri orang, awak dah pendek umurlah wahai encik suami. Getus Aara di hati.

"Sinilah triplets. Kata nak kiss daripada ayah? Peluang sekali je ni"

Anggun, Mawar dan Mia pantas berlari ke arah Aara dan Anaqi. Lagi tepat berlari ke arah ayahnya.

"Say what?"

"We want your kiss ayah!!!" Aara mengemam bibir tahan gelak. Itu ialah kunci kata yang diberi oleh Anaqi sendiri. Setiap hari Aara akan menghadapi situasi ini setiap pagi. Rasanya sudah boleh kenyang dengan tawanya sahaja.

Anaqi melabuhkan bibirnya di dahi dan kedua-dua pipi gebu Anggun. Begitu juga kepada Mawar dan Mia.

"Ayah tahu tak, ayah nampak extra handsome hari ini" puji Mawar meleret. Anggun dan Mia laju mengangguk. Wah bekerjasama ya triplets pagi ni, adalah tu nak minta. Kata Anaqi dalam hati.

"Ayah tahu. Kalau tak takkan ibu triplets tak sabar sabar nak confess dekat ayah dulu masa sekolah" kata Anaqi bangga.

"Ehh?! Mana ad--emphh" Anaqi menekup mulut isterinya sambil memberikan senyuman kepada anak-anaknya.

"Yang tahu je tahu okay" Anaqi mengenyit mata pada readers. Anaqi melepaskan tekupan itu lalu mengambil kedua-dua tangan Aara diletakkan pada dada bidangnya.

"Kemaskan baju kemeja aku lepastu pakaikan tie ni" Aara memicingkan mata ke arah wajah Anaqi yang tidak bersalah. Dia tak perasan ke masih ada triplets di sampingnya.

"Ayah. Mawar tak habis cakap lagi ni" rungut Mawar perlahan kerana takut ayahnya marah. Dia tahu walaupun ayahnya suka manjakan dirinya tapi masih adil kasih sayang yang diberikan oleh ayahnya kepada Anggun dan Mia. Jika salah pasti dimarah. Suara dingin ayahnya mampu membuatkan triplets diam tidak terkata termasuk Aara.

"Okay okay sorry. Triplets nak buat apa pula harini? " Tersengih triplets mendengarnya.

"Kami nak main dekat taman petang nanti dengan Aidan boleh?" Aara dan Anaqi memandang sesama sendiri.

"Boleh sayang tapi kena minta izin maklang dulu. Kalau maklang bagi baru boleh keluar okay?" Wajah ceria triplets dipamerkan setelah mendengar balasan daripada Aara. Anaqi diam memerhati gelagat mereka berempat.

"Dah keluar. Pagi ni masa ayah dengan ibu tau. Janganlah kacau" rengek Anaqi. Triplets mencebik dalam diam sebelum melangkah keluar dan tidak lupa juga untuk menutup pintu bilik.

"Okay sayang sambung" Tangan Aara diletakkan pada dada bidangnya semula.

"Okay baby"

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience