Chapter 11

Romance Series 4890

Izzat mula membuka mata perlahan-lahan. Dahinya berkerut halus apabila belakang kepalanya berdenyut.

"Dah bangun pun kau"

Izzat mahu bangun terhenti apabila melihat tangan dan kakinya sudah diikat pada kerusi kayu. Dia menatap geram seseorang yang berada di hadapannya. Berhoodie kelabu gelap dan memakai topeng muka menutup wajahnya.

"Kau kira bernasib baiklah sebab kau tak jadi mangsa aku harini tapi adik kau sebagai ganti"

Izzat mengetap bibir melihat tangan dan kaki adik perempuannya diikat dalam keadaan berdiri. Izzan juga dilakukan hal yang sama seperti Izzyani.

"Memandangkan aku dah lama tak layan drama air mata. So aku amik dua orang je untuk jadi bahan perniagaan aku. Kau? Tengok okay"

Izzat meronta-ronta cuba merungkaikan ikatan pada tangannya.

"Arghh!" Izzat menatap wajah kesakitan adik perempuannya. Susuk tubuh yang masih belum menunjukkan muka itu sedang memotong tangan kanan adiknya menggunakan parang tajam.

"Abang hiks sakit hiks" adu Izzyani mula lemah. Darah pekat sudah mengalir membasahi lantai.

"WOI! KAU NI SIAPA HA?!" Suara lantang Izzat memenuhi ruang itu. Izzan menutup mata tidak sanggup untuk melihatnya setelah mendengar rintihan daripada adiknya itu. Tubuhnya juga lemah ketika itu.

Setelah tangan kanan Izzyani terputus, dia menyuruh anak buahnya membersihkan tangan kanan itu lalu dia mendekati Izzat. Kepala hoodie ditarik ke belakang, topeng ditanggalkan.

"Kenalkan aku Rexandra, daripada sindiket pemerdagangan organ manusia" Kenalnya bersahaja dengan mengukirkan senyuman sinis.

Izzat mendiamkan diri menganalisis setiap sudut wajah itu. Tidak akan dia melupakan sama sekali.

Bunyi panggilan membuatkan Rexandra mengalihkan pandangan dari Izzan yang merenungnya tajam. Telefon pintar dikeluarkan dan panggilan diangkat.

"I'll back now" Rexandra berjalan keluar sempat memberikan senyuman sinis kepada Izzat. Topeng dipakai semula kepala hoodie ditarik menutup rambutnya.

"Sambung macam biasa. Aku nak balik Jepun" 

Izzat mengepal penumbuk melihat susuk tubuh Rexandra itu hilang. Aku akan cari kau semula Rexandra. Kau tunggu. Getusnya dalam hati.

"Hiks abang" Izzat dan Izzan memandang sayu keadaan Izzyani itu. Tubuh Izzyani sudah terbaring lemah di lantai selepas anak-anak buah Rexandra memotong tangan kiri Izzyani dengan sekali tekan sahaja parang itu pada tangannya.

"SESIAPA DI DALAM DIMINTA KELUAR. SERAHKAN DIRI ANDA. ANDA TELAH DIKEPUNG"

Izzat menghembus nafas lega mendengarnya. Sekurang-kurangnya dia tahu mama dan Rayyan selamat kerana dialah yang meminta mamanya untuk mendail nombor kecemasan itu.

BANG!

Pintu besi itu dibuka serentak dua orang anggota polis itu mengacukan pistol kepada kedua-dua anak buah Rexandra yang berada di situ.

Salah seorang anak buah Rexandra sudah mengangkat tangan paras mahu tanda mengalah. Sorang lagi mengheret tubuh lemah Izzyani mendekatinya yang masih lagi memegang parang itu lalu menikam dada kiri gadis itu.

Tergamam Izzat dan Izzan melihat kejadian tersebut. Kejadian itu berlaku begitu pantas tanpa sempat dua orang anggota polis itu melakukan apa-apa.

"Bro"

Terbuka mata Anaqi bersama air mata yang masih tersisa. Hairul di sebelah mula menggaru kepala.

"Kau okay?" tanya Hairul berhati-hati.

"Aku tak sangka pengakhiran adik perempuan aku jadi macam tu. Sebab tu hal sekarang, aku kalau boleh tak nak Izzan ikut sekali walaupun sekarang ni Iqi cuma nak perangkap Rexandra datang Malaysia semula je"

"A-aku takut. Sama macam aku takut bila Riz bagitahu aku yang Mawar hilang" Hairul mengusap perlahan belakang badan Anaqi.

"Aku nak cakap lebih lebih, aku sendiri tak pernah rasa dan minta dijauhkanlah. Aku cuma nak pesan, tak baik tau kita menangis kepada orang yang dah tak ada dalam dunia ni. Kau sedekahkan al-Fatihah okay untuk arwah" Anaqi mengangguk perlahan.

"Ni kau jadi ke kau balik malam ni?" Anaqi mengesat air matanya lalu mengerling jam di skrin telefon. Dia angguk sebagai balasan pertanyaan daripada Hairul.

"Aku gerak dulu"

Hairul memandang susuk tubuh Anaqi yang sudah hilang itu.

"Haris!" Hairul menoleh ke belakang lalu mengerut dahi melihat wajah cemberut isterinya.

"Kau nak apa? Bukan tak nak kawan aku sampai bila-bila ke?" Dirah merangkul lengan Hairul dengan selamba sahaja.

"Diamlah. Jom tidur"

Keesokannya, Aara dibenarkan pulang memandangkan rekod kesihatan Aara semakin membaik.

Aara termenung di tepi katil. Rindu terhadap suami dan anak-anaknya semakin menggunung. Mahu sahaja dia pergi ke rumah mama sekarang ini tetapi along dan abangnya yang lain sudah melarang sekeras-kerasnya.

"Rara" panggil Zemir tetapi Aara masih tidak menyahut panggilannya.

Aara kembali ke alam nyata apabila angahnya menepuk perlahan bahunya. Zemir mengambil tempat di sebelah  adiknya.

"Rara okay tak ni?" Aara angguk.

"Angah. Boleh tak Rara nak pergi rumah mama?" soal Aara sambil bermain jari kasar abang keduanya itu.

"Aku tak tahulah. Aku takut monster besar ngamuk nanti"

Aara mengerut dahi tidak faham.

"Siapa? Along?"

"Bukanlah. Monster besar tu suami kaulah. Along kau tu bukan monster tapi serigala jadian. Orang usik sikit mula nak mengaum macam gorila hilang anak" jawab Zemir bersama omelannya.

"Anaqi?"

Zemir angguk tanpa memberi sebarang penjelasan.

Tiba-tiba Aara teringat peristiwa sebelum dia dihalau oleh suaminya sendiru. Dimana persoalannya masih belum terjawab sehingga hari ini.

"RARA!" Terhinjut bahu Aara lalu memandang wajah angahnya.

"Hish kau ni termenung lagi. Apa lagi yang mengganggu fikiran adik manis aku ni?" Aara menggulingkan mata ke atas tanda menyampah.

"Betul nak tahu?" Zemir angguk.

"Apa aku dapat kalau aku bagitahu kau?" Zemir mengetuk dagu menggunakan jari telunjuknya.

"Erm tengoklah. Kalau masalah kau tak penting sangat, aku buang kau dalam gaung je. Masalah kecik pun nak dipikirkan sampai ke bulan. Apolah" Aara mencubit kuat peha angahnya.

"Ish nak dengar ke tak nak?" Zemir angguk sambil mengusap bekas cubitan adiknya sebentar tadi.

"Sebelum Rara keluar dari rumah mamakan, Rara jumpa gambar mummy dan daddy kemalangan tu dekat bilik tidur Rara dengan Anaqi. Walaupun Rara tak tahu keadaan mummy dan daddy masa kemalangan tu tapi gmbr tu dah jelas dah sebagai bukti" Zemir terdiam.

"Rara rasa dia yang bun--"

Pap!

"Aww! Sakitlah!" marah Aara apabila seseorang menepuk dahinya. Zemir sudah menghela nafas lega.

Aara menoleh ke sisi dengan perasaan geram. Terbuntang matanya setelah melihat kehadiran alongnya. Kini Aara berada di tengah-tengah.

"Eh along. Sejak bila along ada kat sini?" soal Aara sambil tersengih.

Zafran memandang Aara tajam. Kalau di hadapannya sekarang bukan adiknya, sudah lama dicincang mulut kecil Aara itu.

"Tuduh menuduh ni boleh jadi fitnah tau. Rara tahukan dosa menfitnah lebih besar daripada membunuh?" Aara angguk perlahan.

"Kalau tak tahu buat cara tak tahu. Faham?" tegur Zafran dingin. Aara angguk sekali lagi.

"I need your word Rara"

"Aara faham" balas Aara perlahan.

"Dah jom" Zafran memimpin tangan adiknya lalu melangkah keluar dari wad. Zemir hanya mengikuti mereka dari belakang.

Beberapa minit kemudian, Riz melihat susuk tubuh tiga adik beradiknya pantas keluar dari kereta.

"Along! Kau drive eh?" Tanpa menunggu balasan daripada Zafran, Riz terus masuk bahagian penumpang belakang. Tidak lupa juga untuk menarik tangan Aara yang masih terkebil-kebil di sisi kereta.

Zafran hanya menggelengkan kepala melihatnya lalu melangkah masuk ke dalam kereta. Zemir yang memegang beg pakaian merah jambu Aara segera membuka pintu kereta dan melabuhkan punggung di bahagian penumpang sebelah pemandu.

Zafran memulakan perjalanan selepas Zemir menutup pintu kereta.

"Rara. Malam ni along, angah dengan Riz kena pergi Jepun untuk uruskan syarikat kat sana" Zafran sengaja awalkan rancangannya ke Jepun memandangkan Anaqi memberitahunya bahawa penerbangan dia ke Malaysia akan bergerak malam semalam.

Tubuh Aara terus menegak mendengar kata-kata alongnya. Wajah muram jelas kelihatan pada muka Aara.

"Ala. Kalau macam tu Rara nak ikut sekalilah" Para jejaka serentak menggelengkan kepala.

"Takkan korang nak tinggalkan Rara macam tu je. Rara takutlah tinggal sorang-sorang" rengek Aara dengan suara bergetar halus. Air mata juga sudah mengalir di pipi.

Bunyi esakkan Aara membuatkan para jejaka menggaru kepala. Zafran memberi isyarat kepada Riz supaya memujuk Aara. Riz yang mengerti pantas menarik Aara ke dalam pelukannya.

"Hei. Janganlah nangis. Nak masuk wad lagi ke ni?" soal Riz dengan nada lembut. Aara geleng kepala. Tersedu-sedu menahan tangisan.

"Dah tu berhentilah nangis. Sian baby ikut stres ada mak pun asyik nak melalak je" Suara tangisan Aara semakin kuat apabila Riz berkata seperti itu manakala Zafran dan Zemir sudah menepuk dahi mendengarnya.

"Kau dah lama hidup ke Riz? Nak aku hantar rumah baru kau ke?" soal Zemir geram dengan kata-kata selamba Riz sebentar tadi.

"Rumah baru? Boleh juga tu. Besar tak?" balas Riz sambil menepuk belakang badan Aara. Soalan pertama sengaja dia abaikan.

"Besar tu tak beberapa besarlah. Panjang dia tu tujuh kaki, lebar dia tu membawa tiga kaki,  dalam dia sama macam panjang tadi, tujuh kaki lah" Riz mengerut dahi seperti pernah mendengar kata-kata itu. Matanya kembali meluas apabila sudah menangkapnya.

"ITU KUBUR TEMPAT KAU NAK MAM--" Riz menghentikan balasannya apabila suara dengkuran halus daripada Aara menyapa telinganya. Riz menjeling tajam melihat Zemir ketawa angin itu. Zafran hanya ketawa kecil. Jika mereka mempunyai masa lapang, mereka bertiga akan menghabiskan masa dengan menonton cerita P.Ramlee atau movie yang penuh jenaka.

Telefon Zafran berbunyi menandakan panggilan masuk. Nama Izzat muncul di skrin telefonnya. Zafran menyuruh Zemir menjawab panggilan itu.

"Hello" sapa Zemir terlebih dahulu.

"Assalamualaikum, korang kat mana?"

"Waalaikumussalam. Ada ni dalam perjalanan nak balik. Kau dah sampai sini ke?"

"Dah. Tengah tunggu Izzan amik aku"

"Ni kau jumpa triplets dulu ke?" tanya Zemir lagi. Zafran dan Riz mendiamkan diri sahaja.

"Haah. Korang dah nak gerak baru aku datang sana. Aku tutup dulu, Izzan call aku ni" Zemir angguk lalu membiarkan Anaqi mematikan panggilan.

"Dia dah sampai sini dah tapi dia nak jumpa anak-anak dia dulu. Malam masa kita nak gerak baru dia datang" beritahu Zemir ringkas. Zafran dan Riz mengangguk faham.

Anaqi menyandarkan tubuh pada kerusi kereta Izzan sambil menutup mata. Penat. Lagi-lagi bila tahu Rexandra masih melakukan hal keji seperti itu walaupun dia sudah merasa kemewahan arwah Raihana tanpa dikongsikan dengan sesiapa.

"Kau okay tak ni?" Izzan memandang sekilas wajah lelah Anaqi.

"Rexandra masih sama macam dulu. Dan yang kau kena tahu sekarang ni, kawan Ayyan juga salah satu target dia"

Izzan menekan brek secara tiba-tiba membuatkan Anaqi mencelikkan mata.

"Siapa?" soal Izzan mula dingin. Terangkat kening Anaqi mendengarnya .

"Adelia" Izzan mengetap bibir sambil mengenggam erat stereng kereta. Adelia merupakan salah satu ahli kumpulan kanak-kanak yang selalu menemaninya ketika dia sedih dengan kehilangan El.

"Aku nak ikut rancangan kau untuk perangkap Rexandra" Pantas Anaqi menggelengkan kepala.

"Jangan sesekali Izzan Aysar" serentak anak mata hitamnya bertukar warna kelabu.

Izzan mendengus tidak puas hati lalu menjeling tajam Iqi.

"Kau boleh tak jangan muncul sekarang?  Aara dengan triplets perlukan Izzat bukan kau" Iqi memeluk tubuh seraya mengangkat bahu. Mata dipejam semula menghiraukan Izzan di sebelah.

Izzan meneruskan perjalanannya ke rumah mama dengan bebelan panjang dengan sikap Iqi dan Anaqi yang asyik mengawal hidupnya jika itu berkaitan dengan Rexandra.

"Lama-lama aku bakar je Rexandra ni. Kecik-kecik tak nak die besar-besar menyusahkan orang je. Eee menyampahnya aku!"

"Eh yang last tu asal suara aku macam abang Sally upin ipin ni?" Izzan berdehem membetulkan kedudukan halkumnya.

"Aku terima nikahnya Aisyah Elmaira binti Razif Yusof dengan mas kahwinnya RM 9000 tunai" katanya dengan bangga. Suaranya juga sudah kembali dengan suara jantan.

"Haish rindu pula dengan dear aku ni"

Tiba sahaja di rumah mama, Izzan mengejut abang kembarnya dengan menepuk bahu berkali-kali. Anaqi mengerut dahi lalu mencelikkan matanya. Dia menoleh ke sisi membuatkan Izzan melepaskan nafas lega.

"Kau kenapa? Pandang aku macam tak cukup nafas tadi?" soal Anaqi sambil merenggangkan sendi dan otot lehernya.

"Aku ingat sebelah aku ni Iqi" Izzan membuka pintu kereta bersedia untuk keluar. Anaqi pantas menarik baju Izzan membuatkan Izzan terbatuk-batuk merasakan dirinya tercekik.

"Woi! Uhuk! Uhuk!" Anaqi melepaskan baju Izzan dengan beriak selamba. Izzan menyandarkan tubuh pada kerusi kereta sambil memejam mata. Gila! Sakit tekak aku. Getusnya di hati.

"Sorry" ucap Anaqi apabila melihat Izzan tidak lepas daripada memegang lehernya itu. Izzan mencelikkan mata lalu menghempuk tubuh Anaqi dengan beberapa fail kerjanya yang masih lagi berada di dalam kereta.

"Ish kau ni aku dah minta maafkan" rungut Anaqi sambil menahan fail-fail itu melekat pada tubuhnya. Setelah puas, Izzan meletak kembali fail itu ke tempat asal. Izzan memeluk tubuh memandang tajam Anaqi.

"Kau pahal ha? Dah muak tengok muka aku ni?" Izzan mendengus tidak puas hati. Anaqi hanya menghamburkan tawa kecil mendengar kata-kata Izzan.

"Nak tanya ni" Izzan menjeling tajam Anaqi. Mula dah cakap sepatah sepatah dia ni. Rungut Izzan dalam diam. Inilah yang dia hadap ketika Aara mengandungkan triplets. Hanya Izzan sahaja tahu cara untuk menahan kesabarannya setiap kali kelakuan Anaqi seperti ini.

"Kau takut dengan Iqi eh?" soal Anaqi lalu mengangkat kedua-dua keningnya berkali-kali. Izzan mencebik.

"Siapa je tak takut monster tu, tahu nak mengamuk je. Dah lah baran lepastu--" Izzan tersengih setelah perasan pandangan dingin Anaqi.

"Kalau aku sepak kau jap lagi, agak-agaknya terpusing tak kepala kau?" Tanpa menunggu balasan daripada Izzan terus melangkah keluar dari kereta.

Izzan yang masih di dalam sudah mengomel dengan perangai Anaqi.

"Dia yang tanya, dia yang mental"

Izzan menutup pintu kereta lalu kakinya menuju masuk ke dalam rumah yang kecoh dengan kepulangan Anaqi.

"Macam artis datang rumah pula"

Izzan kembali tersenyum lebar apabila susuk tubuh gadis kesayangannya menyapa kornea matanya. El berlari ke arah Izzan lalu memeluk erat tubuh suaminya itu.

"Lamanya husbaby saya pergi. Kenapa tak tinggal je Izzat kat airport?" Bisikan El membuatkan Izzan ketawa perlahan.

"Ingat nak buat tadi. Biar dia tahu langit tinggi ke rendah" Pasangan itu menghamburkan tawa seperti lucu dengan perkara yang dibincangkan.

"Dear" panggil Izzan manja. Terkebil-kebil El memandang Izzan.

"Kau tahu tak tadi kan Izzat cekik aku. Tengok leher aku merah merah" adu Izzan kemudian mengeratkan pelukan pada tubuh El. Suaranya juga dikuatkan untuk menarik perhatian penghuni di ruang tamu.

"HALAH OVER LAH KAU. TERCEKIK DENGAN MENCEKIK TU BEZA TAU. KAU JANGAN SAMPAI AKU SURUH IQI CEKIK KAU MALAM NANTI" balas Anaqi menaikkan nada suaranya. Mama dan papa hanya menggelengkan kepala melihat pertengkaran itu manakala triplets dan Aidan tidak berkelip memandang Anaqi. Terkejut mungkin.

"Ini ayah ke daddy Iqi?" soal Mawar lalu menarik kepala ayahnya supaya memandangnya untuk dia melihat warna mata ayahnya itu.

Anaqi tersenyum nipis melihat tindakan selamba Mawar sama seperti isterinya kalau mahukan sesuatu. Arghh rindunya. Kata Anaqi di hati.

"Ayahkan ni?" Anaqi angguk membuat triplets memeluk erat ayahnya. Nasib baik tanganya sempat menyentuh lantai kalau tidak mahu terlentang dia bersama triplets.

"Rindunya ayah. Ayah nak tahu tak daddy Iqi tu garang sangatlah, takut Mia" Anaqi mengusap lembut rambut panjang Mia. Dia tahu Iqi tak kan apa-apakan orang yang dia sayang walaupun Iqi sudah tertengking isterinya apabila rancangannya hampir gagal.

"Adan pun!" jerit kecil Aidan. Dia terkedek-kedek mendekati Anaqi. Izzan mencemberutkan wajahnya lalu menarik El naik ke bilik. Baba tak nak kawan Aidan. Baba nak merajuk! Getusnya dalam diam.

Mama membawa Aidan ke dalam pangkuannya selepas Anaqi mencium pipi tembam Aidan. Mama dan papa melangkah ke dalam bilik mereka untuk memberi masa triplets dengan anak terunanya.

Anaqi hanya menatap pemergian Aidan dan ibu bapanya. Pandangan Anaqi beralih ke arah triplets.

"Malam ni ayah nak spend time dengan ibu berdua dekat rumah pak long. Nanti bila ayah dan ibu dah berbaik, ayah bawa ibu jumpa triplets"

"Yeay! Ibu dan ayah nak love love balik!" jerit teruja triplets seraya menepuk tangan tanda menyukai kata-kata ayahnya sebentar tadi.

BERSAMBUNG...

(Alang-alang tu, mari kita doakan sekali untuk keselamatan dan kebebasan Anhar. Allahhuakbar... Ya Allah engkau prmudahkn urusan saudara Islam kami, Anhar.)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience