Chapter 2

Romance Series 4890

Aara meletakkan kepalanya di meja kaca itu dengan berlapik kedua lengannya.

"HELLO! MANA BOS YOU?! PANGGIL SEKARANG! AKU NAK JUMPA DIA! ADA PEKERJA PUN TAK BOLEH GUNA!"

Aara mengerut kening apabila mendengar suara riuh rendah di butiknya. Aara bangun melangkah keluar.

"Ya cik. Ada apa ya? Terjerit terlolong macam hilang anak ni kenapa ya?" tegur Aara selamba. Dia tidak suka apabila ada orang membuat kecoh di butiknya.

"Lah kau rupanya pemilik butik ni? Patutlah tak ada adab langsung. Bosnya pun perangai macam ni"

Aara terkejut setelah melihat pelanggannya itu. Pelanggan itu hanya memberikan senyuman sinis kepada Aara.

"Err semua dah buat kerja masing-masing. Kau ikut aku!"

Pekerja-pekerja Aara kembali melakukan kerja masing-masing. Aara dan pelanggannya itu masuk ke bilik khasnya yang berada di butik Ralova.

Pelanggan itu mengambil tempat di kerusi mewah Aara tanpa ada perasaan malu. Aara hanya memerhati sahaja tindakan orang di hadapannya.

"So inilah butik Aara Elina binti Ryaan Eszra kita. Wow!" 

Aara menggulingkan mata ke atas. Menyampah!

"Sudahlah tu Dirah. Dah lah muncul tiba-tiba lepastu buat kecoh dekat butik aku. Ha sekarang ni duduk pun tak dijemput. Hairul tak ajar ke bini dia supaya jadi sopan sikit?" soal Aara mendatar. Dirah tersengih.

"Baguslah kau ni. Aku belum kenalkan diri pun kau dah tahu" Aara mengetap bibir lalu menarik rambut Dirah dengan kasar. Sudah puas baru dilepaskan tanpa rasa serba salah.

"Aww! Sakitlah Aara! Rosak rambut aku. Nak main-main pun tak boleh" rungut Dirah sambil membetulkan rambutnya.

"Main main kepala hotak hang!  Kalau harini aku tak masuk? Dah semua orang cop kau ni perempuan meroyan tak tentu pasal. Padanlah muka kau nanti" Dirah beriak selamba. Kata-kata Aara dihiraukan sahaja. Nak bebel, sila bebel sorang sorang. Aku tak nak dengar. Kata Dirah dalam hati.

"Woi! Kau dengar tak apa aku cakap ni?"

"Tak! Bisinglah kau. Apa kata kau belanja aku lunch dekat cafe suami kau tu sekarang"

"Eloklah tu laki bini sama. Suka mengemis nak minta orang belanja" gumam Aara perlahan.

"Mestilah sama. Aku ikut peranga Hairul lah ni. Dah lah jom jom!"

Aara pasrah tangannya ditarik oleh Dirah. Beg silangnya juga pantas dicapai.

"WELCOME BACK TO MALAYSIA!"

Tiga lagi rakannya menunduk malu. Seorang gadis membetulkan ikatan rambutnya bagi memastikan rambutnya dalam keadaan kemas.

"Sudahlah tu Alisya. Sekarang ni kita nak balik rumah naik apa? Grab?" Alisya menggelengkan kepala lalu mengeluarkan telefonnya dan mendailkan nombor seseorang. Setelah beberapa minit, panggilan dimatikan.

"Sekejap lagi dia datang" Mereka berempat mengangguk faham.

"Sorry! Korang dah lama sampai ke?"

Wajah Alisya bertambah ceria mendengar suara gemersik rakan baiknya. Terkelu lidah mereka melihat rakan sekelasnya dulu. Zafran Zaqeel.

Syakirah, Bella dan Erine tidak mengetahui bahawa Alisya masih berhubung dengan Zafran kerana mereka sudah tidak berhubung selepas sahaja habis tingkatan 6.

"Tak lama pun. I baru je sampai. You jangan risaulah Zafran tapi I penat sikitlah hehe" Zafran mengangguk faham.

"Tak apa esok lusa ke nanti aku belanja korang makan free kat cafe aku" Zafran menyimpan senyuman melihat wajah teruja Alisya. Rakan-rakan Alisya hanya memandang aneh ke arah mereka berdua.

"Weh aku gerak dulu. Aku dengan Erine balik naik grab tau sebab rumah kita orang dekat" beritahu Syakirah. Erine mengangguk tanda setuju. Mereka berdua mula mengangkat kaki dari situ.

"Jom aku hantar korang balik"

Zafran bergerak ke tempat parkir diikuti Alisya dan Bella. Kunci kereta ditekan sebaik sahaja tiba di hadapan kereta Suzuki Swift berwarna merah terang itu.

Mereka masuk ke dalam kereta. Beg galas mereka hanya diletakkan di tempat penumpang belakang iaitu sebelah Bella. Zafran menghidupkan enjin dan meneruskan perjalanan.

Zafran dan Alisya berborak rancak. Bella memandang mereka berdua sambil menyilangkan tangan ke dada.

"Aku dengar El dah jumpa balik, betul ke Zaf?"

"Haah. Dua tahun lepas, sekarang baru nak tanya?" Bella mencebik.

"Serius lah you?! Agak agak El ingat I lagi tak?" Zafran mengangkat bahu dengan pertanyaan Alisya. Zafran bukan seorang yang suka menyibuk tentang orang lain selain daripada keluarga sendiri. Cukuplah dia kena ambil tahu tentang dua orang adiknya iu yang berperangai macam anak beruk.

"You jangan bagitahu Aara tau. I tak nak jumpa dia lagi" Zafran mengerut kening seketika.

"Kenapa?"

"I nak suprise kan dia. Mana tahu dia dah lupakan I ke, yelah butik dah terkenal kan" Zafran ketawa. Bella memicingkan mata sebelum kembali bersuara.

"Korang bercinta eh?" soal Bella

"TAKLAH MANA ADA!!" pantas Zafran dan Alisya menjawab. Mereka memandang sesama sendiri. Terkejut.

"Eh! Kita orang kawan je!!" jawab serentak sekali lagi. Bella mengangkat kening.

"ISH KAU DIAM JE LAH BELLA!!" Terdiam mereka bertiga. Zafran dan Alisya mendiamkan diri kerana takut bicara benda yang sama manakala Bella mendiamkan diri kerana dijerkah oleh mereka berdua.

Zafran menghantar mereka berdua pulang terlebih dahulu sebelum mengambil Riz di ZZ Holding.

Anaqi menyandarkan tubuh di sofa empuknya sambil merenung ke arah pintu yang masih diketuk daripada tadi.

Tok!
Tok!
Tok!

"Ni kalau bukan Izzan mesti Riz ni" ujar Anaqi sendirian.

"Woi! Aku masu--" Riz tersenyum miang melihat Anaqi sudah merenungnya tajam.

"Janganlah tengok aku macam tu. Malu!" Riz menghentak kaki tanda protes.

"Aariz stupid !" kata Anaqi meluat.

"Jom lunch! Along, Airil semua tunggu kat bawah" Dahi Anaqi berkerut hairan. Tiba-tiba ajak jumpa?

"Cepatlah! Kau ingat kau artis ke nak suruh aku tunggu kau lama-lama kat sini?" Anaqi menjeling Riz kemudian bangun, dompet coklatnya diambil lalu melangkah keluar bersama Riz.

          Aara mengerling ke arah makanan di atas meja. Semua makanan itu dipesan oleh Dirah. Aara mengucapkan terima kasih kepada pekerja yang menghantar makanan itu. Aara berdehem untuk membetulkan suaranya.

"Dirah aku nak tanya ni" Dirah mengangkat kening memandang Aara sebelum menumpukan semula perhatiannya kepada makanan di atas meja itu.

"Kau dah lama kahwinkan?" Dirah angguk. Aara menggaru kening serba salah untuk menanyakan soalan itu. Takut dicop Makcik Bawang.

"Kau tak nak mengandung ke?"

Uhuks!
Uhuks!

Gelabah Aara memberikan air fresh orange kepada Dirah.

"Kau ni memang patut digelarkan makcik bawanglah Aara" Haa dah cakap dah tadi!

"Aku dan Hairul tengah usaha lah ni tapikan aku rasa Hairul dah tak sayang aku--HUWAAAA!"

"Eh eh asal kau nangis pula ni" Risau Aara dibuatnya.

Anaqi dan rakan-rakannya yang baru sahaja muncul terkejut melihat Dirah menangis. Mereka berjalan mendekati Aara dan Dirah.

"Kenapa ni Rara?" Aara pantas menoleh. Jujur dia rindu layanan abang-abangnya tapi mereka sibuk menguruskan syarikat.

"Sayang" panggil Anaqi apabila perasan Aara memandang lama ke arah Zafran. Bukan cemburu tapi kecewa dengan diri sendiri yang tidak peka dengan perasaan isterinya yang sedang menahan rindu pada abang-abang kandungnya sendiri.

Aara tersentak lalu tersenyum nipis.

"Kenapa isteri aku menangis ni Aara?" soal Hairul sambil memeluk Dirah yang masih teresak-esak itu. Aara memandang semula Dirah dan Hairul.

"Err" Aara menggigit bawah bibir sebelum melepaskan keluhannya. Hairul Haris bukan boleh dibuat main kalau marah.

"Salah aku. Aku tanya perkara yang tak sepatutnya" jawab Aara jujur. Kepala ditunduk. Aara tahu suami dan abang-abangnya memandangnya tajam. Izzan dan Airil beriak biasa sahaja. Chill sudah lah, betul tak?

"So-sorry" sambung Aara lagi. Hairul mengeluh dalam diam. Nak marah bini orang? Itu bukan dirinya tapi kalau dah tanya soalan macam macam tu--haish.

"Tak apalah. Aku dan Dirah keluar dulu. Maaf tak dapat join korang" Para jejaka mengangguk faham. Hairul dan Dirah melangkah keluar dari Z'Family Cafe.

"Rara rasa Dirah mengandunglah. Sensitif semacam je" ujar Aara selepas pasangan itu pergi. Anaqi mengambil tempat di sebelah Aara manakala abang-abang Aara duduk di hadapan mereka berdua.

"Lain kali jangan cakap macam tu" tegur along dingin. Aara hanya menjuihkan mulut. Para jejaka menggelengkan kepala melihatnya. Izzan mengeluarkan telefon lalu menyambung mesej bersama isteri kesayangannya.

"Ni siapa nak makan makanan banyak-banyak ni?"

"Aku!!" jawab Riz dan Izzan semangat. Izzan yang tadi memegang telefon terus meletakkan telefonnya di atas meja bersedia untuk melahap.

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience