Chapter 16

Romance Series 4890

"Jawab soalan aku Aara Elina"

Suara keras daripada Iqi membuatkan tangisan Aara pecah. Entah kenapa Aara begitu lemah apabila dengan suaminya sendiri.

"S-saya tipu awak--Aww!" Belum sempat Aara menghabiskan kata-katanya, Iqi mencengkam kuat kedua-dua bahu Aara.

"BOLEH TAK JANGAN BUAT AKU RISAU?!" Kecut perut Aara mendengarnya. Pandangan Iqi kembali redup selepas perasan luka di dahi Aara.

"Dahi kau kenapa?" soal Iqi lembut. Badan Aara menggigil bersama air mata itu segera dipeluk semula.

"Sorry. I'm so sorry" ucap Iqi penuh kesal dengan sikapnya sendiri namun dia bersyukur kerana tidak menaikkan tangan pada Aara. Pelukan dirungkaikan, belakang tangan Aara dikucup berkali-kali.

"Aku minta maaf okay? Kau tak nak jawab soalan aku tak apa. Aku tak marah. Kau rehat dulu, aku nak selesaikan hal ni dengan Airil kat luar" Iqi mengesat air mata Aara menggunakan ibu jarinya sebelum melabuhkan ciuman di pipi  dan perut Aara yang semakin membukit itu.

Tanpa menunggu balasan daripada Aara, Iqi terus menutup pintu kereta.

"Kau nak aku baya--" Airil menghentikan kata-kata Iqi dengan menepuk bahu Iqi dua kali.

"Tak apa. Aku call kau sebab aku risaukan Aara tu, dia kan tengah mengandungkan anak kau. Ha dengar ni aku nak pesan, tahan baran kau tu. Aara dah banyak tanggung derita sebelum-sebelum ni. Aara tu bijak orangnya. Better kau terus terang je. Takut Aara tahu perkara tu daripada orang lain dan dia salah faham lagi dan lagi" Iqi meraup kasar wajahnya tatkala Airil berbicara seperti itu.

"Aku gerak dulu, aku dah lambat ni. Nanti kereta aku ni, kau tolong call mekanik tau. Maceh" Habis sahaja kata-katanya, Airil mendekati kereta yang dinaiki Anaqi itu.

"Pinjam pekerja kau!" Bayangan Airil semakin hilang selepas Airil memasuki kereta pekerja Anaqi di bahagian penumpang dan kereta tersebut berlalu pergi.

Iqi menoleh ke kanan kemudian mengusap dadanya. Terkejut melihat Aara yang tiba-tiba sahaja berada di sebelahnya.

"Jom balik. Saya nak sambung makan kek red velvet kat rumah tu" pinta Aara perlahan. Dia hanya memandang bawah sahaja. Pipinya berubah warna apabila suaminya tidak lepas daripada merenung wajahnya.

"Are you blushing?" Aara menggigit bibir selepas mendengar suara dalam milik suaminya. Tangannya mengipas wajahnya tanpa membalas pandangan orang di hadapanya. Dia masih tidak perasan perubahan warna anak mata Anaqi itu.

"Mana ada. Ni sebab panaslah. Jomlah balik" jawab Aara sambil meramas tepi blouse merah jambunya. Keresahan Aara membuatkan dia tersenyum sinis.

"Boleh tapi bagi aku call along kau dulu" Belum sempat Aara membantah, Iqi sudah menarik dirinya masuk ke dalam perut kereta. Begitu juga Iqi. Nasib baik kereta Anaqi tidak seteruk kereta Airil. Aduh kau nak berlumba ke apa Aara? Soal Iqi dalam diam seraya menggelengkan kepala.

"Awak kenapa? Tergeleng-geleng" Risau Aara dibuatnya. Dia hanya melihat daripada ekoran matanya sahaja kerana ketakutannya masih ada untuk menghadapi suaminya sendiri selepas dimarahi beberapa minit yang lalu.

Iqi menghiraukan pertanyaan itu lalu mengeluarkan telefon pintarnya dan mendailkan nombor telefon Zafran. Aara terdiam. Bukan terasa dengan tindakan suaminya tetapi cuba untuk menahan debaran di dada kerana suaminya sedang membuat panggilan itu.

"Assalamualaikum" sayup-sayup dia mendengar suara alongnya di talian.

Iqi menjawab salam dan memberitahu apa yang berlaku di Malaysia kepada Zafran. Aara sudah pasrah dan bersedia untuk mendengar bebelan alongnya.

Sedang Aara mengelamun, tiba-tiba dia teringat mesej yang dia terima sebaik sahaja berada dalam kereta Anaqi.

Get ready for a sense of loss, soon.

Get ready for a sense of loss, soon.

Get ready for a sense of loss, soon.

Satu perasaan menyelinap masuk ke hatinya. Aara mengukirkan senyum senget seketika. Riak wajahnya pantas dikawal.

Tak nak terus terang? Tak apa.

Masih nak teruskan permainan teka-teki ini dengan Aara? Okay, Aara siap sedia mahu turut serta.

Nak teruskan memperbodohkan Aara? Wow, teruskan.

Nak anggap Aara Elina hanyalah gadis lemah yang selalu menghamburkan tangisan untuk mendapatkan perhatian?

Sorry, you're wrong.

Aara tersentak apabila bahunya disentuh.

"Termenung apa? Pakai tali pinggang tu" arah Iqi sambil membetulkan posisi keselesaannya untuk memandu. Aara hanya akur. Dalam hati sudah melompat suka apabila melihat  suaminya sudah menamatkan panggilan.

Iqi memulakan pemanduannya pulang ke rumah.

"Ibu!"

Aara yang baru sahaja melangkah masuk ke rumah mama terkejut mendengar jeritan itu. Terdapat tiga monster kecil berlari ke arahnya.

Sejujurnya dia hairan dengan sikap suaminya seperti orang asing di dalam kereta sebentar tadi. Dan sekarang dibawa pulang ke rumah mama pula tanpa menjelaskan apa-apa.

"Eh eh jangan lari. Gegar rumah tokma ni nanti" usik mama apabila melihat triplets berlari menuju ke arah menantunya.

Triplets segera memperlahankan langkahnya seolah-olah merajuk dengan kata-kata tokmanya. Anggun, Mawar dan Mia masih tidak melepaskan tangan masing-masing. Ya, mereka sedang berpimpin tangan berjalan ke arah ibu kesayangannya.

"Tokma nak cakap triplets gemuk lah tu" ujar Anggun perlahan tetapi masih jelas terdengar pada telinga Aara dan mama.

"Tak apa. Kalau runtuh sekalipun, nanti kita suruh ayah beli rumah baru khas untuk tokma. Tokma jangan risau" Mawar menayangkan giginya yang tersusun elok kepada tokmanya.

"Betul tu. Kalau ayah tak nak, Mia sendiri yang paksa ayah sebab kat sini, Mia ada Abang Ayyan hihihi" sokong Mia pula. Aara dan mama mengukirkan senyuman lebar lalu menggelengkan kepala. Ada ada saja budak-budak bertuah ni!

"Ibu! We miss you so much!" ucap triplets sebaik sahaja tiba di hadapan ibunya. Aara melutut dan mendepakan tangannya tanda mahu pelukan. Triplets segera masuk ke dalam dakapan wanita itu.

"Makin tembamlah anak ibu. Macam berselera je makan tanpa ibu di sisi" kata Aara seolah-olah berjauh hati. Dia terikut perangai El lah ni. Banyak drama!

"Ish mana ada. Hari-hari triplets teringat ibu tau. Lagi-lagi Abang Ayyan" Terangkat kening Aara mendengarnya. Pelukan juga dirungkaikan. Tidak dapat menafikan bahawa Rayyan lebih rapat dengan Aara berbanding El dan yang lain selepas dia menjadi sebahagian daripada keluarga Anaqi itu.

"Akak Aara!"

Tersentak Aara apabila mendapat pelukan hangat daripada Rayyan. Tangan Aara mengusap belakang badan Rayyan berulang kali.

"Rayyan dah makan ubat?" Rayyan geleng kepala.

"Kan dah pakai ni. Cukuplah tu" rengek Rayyan perlahan sambil menunjukkan tampalan di dahinya. Cool fever.

"Macam budak keciklah Abang Ayyan ni kalau demam. Comel!" ujar Mia dengan gerakan badannya ke kiri dan ke kanan. Rayyan memberikan senyuman lemah kepada Mia lalu mencubit lembut pipi gebu Mia itu. Mia mula terkekeh suka dengan tindakan Rayyan.

Semua di situ menggelengkan kepala.

"Dah dah. Kesian Akak Aara kamu melutut macam tu je daripada tadi. Ayyan, tolong Akak Aara kamu berdiri tu" Rayyan akur dengan arahan mamanya. Perut Aara yang mula kelihatan itu diusap kemudian dicium sekali.

"Ayyan harap Akak Aara selamat masa lahirkan baby ni nanti hehe--erm" Semua memandang Rayyan seperti mencari seseorang itu.

"Abang Izzat mana akak? Takkan tak masuk lagi?" Aara menggaru kepala. Sebenarnya suaminya itu menyuruh dia masuk terlebih dahulu dan Aara hanya mengikuti arahan suaminya tanpa sebarang soal.

Belum sempat Aara menjawab, kelibat suaminya sedang menanggalkan kasut menyapa anak matanya.

"Lah kenapa berdiri kat sini? Em tak apalah Iqi--maksudnya Izzat. Izzat masuk bilik dulu ya mama"

Semua terdiam kecuali Aara yang sudah mengerut dahi melihat perubahan suaminya itu. Tadi okay je.

"Ehem! Aara pergilah rehat dulu kat bilik. Ayyan pun sama. Triplets, meh ikut tokma ke dapur"

"Akak Aara nak Ayyan dukung tak?" tawar Rayyan sambil menghulurkan kedua belah tangannya. Jarinya juga digerak-gerakan. Tergelak Aara dibuatnya.

Mama yang mahu beredar terhenti dan menyuruh triplets pergi ke dapur terlebih dahulu. Dia mahu mendengar dari jauh perbualan anak bongsunya yang masih tak cukup umur itu tidak habis menggoda kakak iparnya sendiri. Lah! Menggoda pula.

"Rayyan. Tunggu Rayyan dah besar macam abang-abang Rayyan. Nanti Rayyan boleh dukung perempuan yang Rayyan suka. Tapi janji kena kahwin dulu lah" Terangguk-angguk Rayyan mendengar penjelasan Aara. Wajah pucat Rayyan mula berkerut.

"Rayyan okay?"

"Termasuk dukung Akak Aara?"

Pertanyaan yang serentak dikeluarkan dari mulut Aara dan Rayyan membuatkan mama menggelengkan kepala. Apa sajalah yang ada dalam fikiran Rayyan ketika itu.

"Ayyan! Kamu tu sakit, buat cara sakit!" Suara mama mula memetir satu ruang tamu. Rayyan kelam kabut naik masuk ke dalam bilik. Begitu juga Aara. Cuma Aara meneruskan langkahnya dengan tenang.

Bukan salahnya kan? Ada adik ipar secomel dan sebaik dan seprihatin Rayyan?

Ting!

Aara yang mahu memegang tombol pintu kini terhenti selepas mendengar bunyi mesej masuk. Mesej dibuka.

Hana
2 M1NGGU L4G1, Y0U7 T347S W1LL B3 B4CK.

"Hana?" gumamnya perlahan. Setahunya Hana tidak lagi menggunakan nombor telefon ini cuma dia sahaja yang terlupa memadamnya. Lagi menghairankan ialah mengapa Hana mesejnya seperti ini?

Apa yang Aara dapat menyimpulkan, semua ini ada kena mengena dengan perubahan Anaqi.  Aara melepaskan nafas kasar lalu memicit dahi sebelum mendengar bunyi barang pecah.

Prang!

Aara memandang pintu yang masih tertutup dengan riak risau. Tombol pintu dipusing dan perlahan-lahan kaki melangkah masuk ke dalam dan mengunci semula pintu bilik tidur mereka.

Kelibat suaminya dicari.

Prang!

"Tak guna kau!"

Tubuh Aara mengeras setelah melihat keadaan suaminya. Cermin di dinding yang pecah dikerling sekilas sebelum menumpukan perhatiannya kepada suaminya. Suaminya pula sedang menggenggam serpihan kaca daripada cermin itu lalu menggoreskan pada sekeping gambar dengan penuh perasaan.

"Makcik Raihana?"

Tokyo, Jepun

Tangan Hana lincah menaip sesuatu di telefon pintarnya. Mukanya juga serius ketika itu.

"I'm done!" teriak Hana suka. Telefon pintarnya di letak di meja sebelah katil. Dia bangkit mencari susuk tubuh suaminya di ruang tamu.

Laju sahaja Hana duduk di sebelah Nico sebaik sahaja melihat orang yang dia mahukan. Bibirnya mendekati telinga Nico dalam diam kerana tidak mahu mengganggu rakan-rakan suaminya itu berbual.

"Tugas kita, I dah buat"

Hana dan Nico mencantumkan tapak tangan mereka sehingga menghasilkan bunyi.

Pap!

"Good girl" ucap Nico kemudian menaikkan tangannya dan mengusap lembut rambut Hana.

Nico dan Hana tersenyum puas tanpa yang lain sedari.

Bunyi panggilan masuk pada telefon Zafran menyentak dan memudarkan senyuman mereka. Semua di situ memandang ke arah Zafran termasuk Nico dan Hana.

"Siapa?" soal Hairul mendatar.

"Alisya. Aku jawab call dulu" Zafran masuk ke bilik setelah mendapat anggukan daripada rakan-rakannya.

Nico dan Hana memandang sesama sendiri. Nico mula mengecilkan mata ke arah isterinya. Hana yang faham hanya mengangkat bahu. Dia memang tidak tahu apa-apa, nak buat macam manakan?

     Zafran mengusap tengkuknya seolah kekok mahu berbual dengan Alisya. Tiba-tiba sahaja nak call dia, dah kenapa?

"Hai Zaf!" sapaan ceria di corong telefon.

"Hai. Kenapa you call i ni?"

"I dengar Riz nak kahwin dua minggu lagi. Betul ke?'

"Haah. Jemputlah datang"

"Okay nanti I datang. Bye!" Terangkat kening Zafran melihat tindakan aneh daripada Alisya. Selalu Alisya akan call jika ada perkara penting untuk diberitahu. Tapi tadi?

Zafran angkat bahu lalu menapak keluar dan kembali berkumpul dengan rakan-rakannya.

Something fishy but never mind.

Mungkin tak ada kena mengena dengannya. MUNGKIN.

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience