Chapter 4

Romance Series 4890

Langit yang cerah sudah bertukar menjadi gelap. Kini semua penghuni di rumah sedang santai di ruang tamu termasuk keluarga Izzan. Hanya keluarga Irsyad sahaja tiada di situ.

Ehem!

Anaqi berdehem membuatkan semua yang berada di situ memandangnya. 

"Izzat nak bagitahu yang triplets akan dapat adik"

Triplets yang sedang bermain dengan Rayyan dan Aidan pantas mengangkat kepala. Mama dan papa mengucapkan alhamdulillah tanda syukur.

"REALLY?!"

Semua di situ menghamburkan tawa kecil melihat anak-anak Aara teruja. Rayyan dan Aidan melanjutkan permainan lego nya.

Triplets mendekati ibu dan ayahnya. Anggun mengambil tempat di sebelah Aara manakala Mawar melabuhkan punggung di atas peha Anaqi dan Mia duduk di antara Aara dan Anaqi.

"Triplets nak adik lelaki macam abang Rayyan dengan Aidan tu. Handsome!! Mia suka" ujar Mia teruja. Anggun dan Mawar mengiakan sekali ujaran adiknya itu. Anaqi melebarkan senyumannya. Gatal sungguh macam mak dia haih. Getus Anaqi di hati.

"Ibu! Ayah! Ikut kita orang pergi jalan-jalan kat taman esok nak tak?! Esokkan triplets cuti" Mawar dan Mia menjatuhkan kepala sekali lagi.

"Kita orang tu siapa?"

"Mia, Anggun, Mawar, Aidan em abang Ayyan, maklang, paklang--" El pantas memotong kata-kata Mia itu. Mia hanya beriak biasa. Tidak terasa hati langsung dengan sikap mak saudaranya itu.

"Semua ikut Izzat. Pergi sana sebab nak joging sebenarnya. Alang-alang tu bawa diorang sekali lah. Zafran semua tu pun ada. Cuma Airil tak dapat join" jelas El kepada Anaqi. Anaqi menoleh ke arah El sekilas sambil mengusap rambut Mia itu. Izzan memandang tajam isterinya. El memberikan sengihan sahaja.

"Lain kali jangan menyampuk. Kita kan dah besar, jangan tunjukkan contoh yang tak baik. Lagi lagi kalau ada budak dekat sekeliling kita" Nasihat Izzan kepada isterinya. El mengangguk faham lalu menyandarkan kepalanya pada bahu Izzan. Sayangnya syuben kita ni!

Anaqi memandang Aara sambil mengangkat kening . Aara memberikan senyuman lebar lalu mengangguk perlahan tanda setuju.

"Yes! Esok kita ada family time!" jerit triplets teruja. Mama dan papa menggelengkan kepala sahaja melihat cucu kesayangannya teruja seperti itu.

Seperti yang dijanjikan, mereka berkumpul di Taman Merdeka pada jam 7 pagi. Mereka melakukan warm up terlebih dahulu manakala triplets, Aidan dan Rayyan sedang bermain kejar-kejar sesama sendiri.

Para jejaka mula berjoging meninggalkan Aara dan El bersama budak-budak.

Aara memimpin tangan kecil Anggun dan Mawar manakala El mendukung Aidan dan Rayyan memegang erat tangan Mia.

"Abang Ayyan pimpin tangan Mia ni macam boyfuwen girlfuwen lah hihihi"

Rayyan menghamburkan tawa kecil mendengar kata-kata Mia.

"Boyfriend girlfriend ni tak sesuailah. Haram. Tak boleh touch touch. Nanti dapat dosa. Mia nak dosa?" Mia geleng.

"Tak naklah abang Ayyan. Cikgu Awa kata kalau kita dapat dosa nanti masuk neraka. Neraka tu ada api. Panas. Mia tak sukalah" Bersungguh-sungguh Mia menerangkan kepada bapa saudaranya.Rayyan mencubit pipi tembam Mia itu.

"Ish jangan cubit pipi Mialah nanti ibu kata pipi Mia jadi bulat macam bomboloni" rungut Mia sambil menepis berkali-kali tangan Rayyan yang cuba mencuit pipi Mia itu.

Aara dan El menggelengkan kepala melihat tindakan nakal Rayyan. Aidan mengekek ketawa apabila Anggun dan Mawar mengagahnya dari belakang.

"Baa!" Terangkat bahu Aara setelah mendengar suara itu dan bahunya dirangkul tangan seseorang. Aara menoleh ke kiri. Wajah Anaqi termengah-mengah itu menyapa pandangannya.

"Aik baru satu round tak kan dah pancit Izzat" balas sinis Zemir. Anaqi menjeling nya. Tangan Aara ditarik menuju ke tempat duduk berdekatan.

"Awak tak nak sambung joging ke?" Anaqi geleng.

"Malaslah. Aku nak berkepit dengan kau je harini. Mana tahu lepasni dah tak boleh dah" Aara mengerut kening seketika. Hanya disebabkan dia malas untuk berfikir, dia mengangkat bahu sahaja sebagai balasan.

"Mia! Mawar! Jom ikut uncle Riz joging" Mawar dan Mia berlari ke arah Riz. Mereka meneruskan untuk pusingan kedua. El hanya menyambung berjalan kaki. Mata Aidan masih memandang sekeliling.

Anggun melabuhkan punggung di tepi Aara. Kaki yang tidak menjejak tanah dihayun ke depan dan ke belakang. Anggun ialah orang paling setia jadi nyamuk. Mengacau ketika ibu dan ayahnya mahu dating.

"Ibu! Ayah! Anggun memang ada satu tokma dan satu tokpa je ke?" Terkelu lidah Aara dan Anaqi mendengar soalan Anggun. Aara menelan air liur menahan sebak.

"Anggun ingat tak kita pergi ziarah kubur  bulan lepas?" Anggun angguk tapi memandang ibunya bingung.

"Banyaklah ibu. Ada satu, dua, tiga, empat dan lima . Ha ada lima kubur kita ziarah. Anggun lupalah. Mana satu kubur nenek dan atuk?" Bibirnya digerakkan ke kiri dan ke kanan seolah memikirkan hal itu.

Aara tersenyum kelat. Mungkin Anggun baru teringat pesanannya ketika itu bahawa mereka mahu menziarahi kubur orang yang Aara sayang iaitu mummy, daddy dan anggota 4Starlight. Auliyah? Ibu bapanya tidak benarkan mereka menziarahi arwah anaknya kerana baginya mereka adalah punca. Aara hanya menerima hati yang terbuka sahaja.

Riz memimpin tangan Mawar dan Mia sebelum tubuhnya dilanggar oleh seseorang. Yang peliknya dia yang jatuh. Sado sangat ke orang yang melanggarnya itu?

"Cikgu Awa!" jerit riang Mawar dan Mia serentak. Riz mendongak lalu terkedu. Begitu juga orang yang melanggarnya.

"KAU?!"

"Ganas betul kau ni perempuan" gumam Riz tidak puas hati. Dia lelaki kot. Hilang macho seorang Riz. Cis!

"Apa? Kau ingat semua perempuan lemah ke?" balas perempuan itu tidak puas hati juga.

"Aku tak cakap pun" Riz bangun dan membuang rumput yang melekat pada seluarnya kemudian memandang wajah perempuan itu. Lama. Cantik macam bidadari tapi perangai memang minta tapak kaki aku haish. Bisik hati Riz.

"Aku macam kenal kaulah perempuan" Riz berjalan mengelilingi perempuan itu.

"Nama kau apa?"

"Haura. Kenapa? Kenal ke?" Mawar dan Mia memandang cikgunya dan Uncle Riz bersilih ganti. Apa yang sedang berlaku ni kawan-kawan? Getus hati Mia.

"Haura oh Haura. Em Haura eh? Sekejap. Sekejap" Riz mengeluarkan telefonnya dan mendailkan nombor seseorang.

Berkali-kali kucoba untuk pergi jauh darimu~

"Alolo sendunya ringtone cikgu-- em apa nama cikgu awak berdua ni?" soal Riz kepada Mawar dan Mia. Sengaja tidak mengingati nama itu.

"Cikgu Awa uncle. Cikgu Awa" balas Mawar dan Mia serentak.

Perempuan itu mengangkat kening ke arah Riz sambil tangan menyilang ke dada.

"Insha Haura right? Baik kau mengaku sebelum aku--" Insha dengan selamba memintas.

"Apa? Apa? Kau yang tak cam aku. Jadi bukan salah aku" Insha mengangkat bahu.

"Ya Allah! Flawlessnya kau! Hello everybody! This is my cutie girlfriend okay! Jangan curi curi nanti aku potong tangan korang!" Tercengang Insha dan Mawar mendengar Riz menjerit itu. Mia meluaskan mata sebelum bersuara.

"Boyfriend girlfriend ni tak sesuailah uncle. Haram. Tak boleh touch touch. Nanti dapat dosa. Uncle nak dosa?" Mia mengulang semula kata-kata abang Ayyan.

"Okay okay. Sorry. Uncle salah. Uncle tak nak dosa. Uncle suka pahala je hehe" Insha menahan tawa melihat Riz salah tingkah itu.

"Jadi marilah kita membina masjid-- ehem maksud aku mendirikan rumah tangga. Aku serius ni Insha"

"Gila tak boleh bawa bincanglah kau ni Riz"

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience