Chapter 13

Romance Series 4890

Pstt! Jangan lupa vote ya awak??

Anaqi berdehem bagi menghilangkan gugup di hati. Terangkat kening Aara lalu memandang Anaqi meminta penjelasan.

"Aku ada cakaplah dulu masa kat perpustakaan sekolah dulu. Itu pun kalau kau ingat lagi lah"

Aara angguk tanda faham. Malas mahu tanya lagi. Buat apa kita nak paksa. Dia tidak mahu hubungan dia dan Anaqi rosak gara-gara hal yang tidak penting.

"Saya nak lagi sepotong kek" pinta Aara sedikit manja.

"Kau tak takut gemuk ke?" Aara geleng.

"Saya gemuk pun sebab buatan suami saya sendiri. Ni kat dalam perut ni hehe" Anaqi melepaskan tawa kecil sebelum mengusap perut Aara.

Anaqi momotong dengan potongan yang lebih besar kemudian diletakkan di atas piring yang sama. Baki kek Anaqi simpan di dalam peti ais.

"Ni aku dengan triplets tau buat" Mata Aara meluas menoleh ke arah Anaqi tanda tidak percaya.

"Iya betul. Triplets kata triplets nak kau makan banyak-banyak kek ni sebab El bagitahu diorang yang kau tak makan lepastu asyik menangis je" ujar Anaqi jujur. Aara sudah menyumpah serana si El itu. Memandai je buat cerita! Marahnya dalam hati.

"Sini sudu tu" Aara mengambil sudu di tangan Anaqi lalu menyuapkan kek ke dalam mulut Anaqi.

"Eee sedaplah. Siapa buat kek ni sayang?" Aara menjeling tajam Anaqi. Dia menyuapkan kek itu ke dalam mulut sendiri.

"Awaklah yang buat. Takkan itu pun nak tanya lagi. Tahulah kek awak ni sedap gila" Anaqi mencium geram pipi Aara.

"Sayang makin tembamlah sekarang" Aara mencebik.

"Ala tak apalah. Saya kan ada suami sado. Badan saya montel pun mesti dia larat angkat saya" kata Aara sedikit bangga. Anaqi tersenyum lebar mendengarnya.

Anaqi menongkat dagu sambil menatap Aara yang masih makan itu. Aara menjilat krim kek pada sudu dengan penuh selera.

Anaqi pantas bangun mengangkat piring dan sudu ke singki untuk membilasnya. Aara melihat tindakan suaminya hairan.

"Kenapa awak yang basuh? Kan saya yang makan" soal Aara dengan wajah polos.

Anaqi memusingkan badannya menghadap Aara. Dia menangkup kedua-dua pipi Aara.

"Sebab harini, aku nak layan kau macam princess aku" Tak berkelip mata Aara memandang wajah Anaqi. Anaqi mengangkat tubuh kecil Aara duduk di atas batu dapur.

"Sekarang, nah minum air" Aara menyambut huluran ai mineral itu sebelum meminumnya.

"Dah" Anaqi membuang botol mineral itu ke dalam tong sampah.

"Tunggu sini kejap. Aku nak pergi tandas. Jangan turun dari situ tanpa aku"

Selepas 10 minit, Aara menggoyangkan kedua-dua kakinya sementara menunggu kehadiran Anaqi.

"Awak dah ke belum? Punggung saya ni dah naik petak dah" rungut Aara tidak puas hati. Mata Aara meliar memandang sudut dapur. Bosan!

"ARGHHH!" Aara melompat turun ke bawah tanpa memikirkan dua kali. Mata dipejam pasrah kalau jatuh tersembam sekalipun.

"Eh sayang kenapa ni?" Aara membuka mata dan terkejut melihat wajah Anaqi dekat dengan wajahnya. Aara memeluk erat leher Anaqi. Takut! Iya sekarang ini, dia berada dalam dukungan suaminya.

"Tadi ada encik lipas hiks" Anaqi segera menampung punggung Aara. Hai lah mak budak ni. Getus Anaqi di hati.

"Mana?" soal Anaqi lembut sahaja nadanya. Aara menunjuk tepi tempat duduknya tadi.

"Tak ada pun. Lipas tu dah larilah" Anaqi mengesat air mata Aara yang mengalir itu. Merah muka isterinya ditatap sekilas sebelum menggelengkan kepala. Comel!

"Aara ngantuk lah. Jom naik atas, kita tidur" Aara menguap kecil. Anaqi menolak perlahan kepala Aara ke bahu kekarnya. Anaqi tersenyum kecil selepas mendengar denguran halus isterinya.

"Ngantuk sangat ni"

Kini Anaqi berada di bilik tidur Aara. Anaqi melabuhkan ciuman lama pada dahi Aara yang sudah terlena di atas dada bidangnya. Sebelah tangannya naik mengusap pipi gebu itu. Rindu? Tipulah dia tak rindu dengan isteri sendiri.

"Aku sayang kau sangat sangat. Thanks selalu sabar dengan aku" Air mata Anaqi jatuh setitis demi setitis. Sebak. Aara masih mampu maafkan dirinya walaupun Iqi sudah menengkingnya. Pelukan di pinggang Aara dieratkan.

Kelopak mata Aara yang masih berat dipaksa untuk mencelik apabila mendengar tangisan halus daripada Anaqi.

"Kenapa awak nangis ni?" soal Aara dengan suara serak. Tangan Aara laju mengesat air mata Anaqi. Mereka menatap antara satu sama lain.

"Sejak bila Anaqi saya cengeng ni?" tanya Aara lagi. Terkebil-kebil mata hazel Aara melihat wajah suaminya.

"Sejak Aara Elina hadir dalam hidup akulah" Laju sahaja Anaqi mengepit perlahan hidung mancung isterinya.

"Sakitlah!" rengek Aara sambil menggosok hidungnya bagi mengurangkan rasa berdenyut.

"Dah tidur" Anaqi menepuk belakang badan Aara membuatkan Aara kembali terlena. Dia mengeratkan pelukan sebelum masuk ke alam mimpi bersama Aara.

Anaqi mencelikkan mata apabila merasakan susuk tubuh isterinya sudah tiada di sebelah. Telefon pintar diambil untuk mendailkan nombor telefon seseorang.

"Hello?" sapa Anaqi terlebih dahulu. Dia menyandarkan diri di kepala katil. Rambut yang serabat dibetulkan.

"...."

"Kumpulkan semua bukti yang kau ada. Aku tak nak dia senang senang je terlepas macam tu"

"...."

Panggilan dimatikan. Bibir merahnya mengukirkan senyuman sinis. Matanya terpejam kembali apabila mengingati arwah adiknya.

Semua ahli keluarganya berada di luar wad ICU adiknya.

Krek~

"Ibu bapa kepada pesakit?" soal doktor. Mama dan papa angguk tanda mengiakan.

"Maaf, saya dah lakukan sehabis baik untuk menyelamatkan Izzyani tetapi Allah lagi sayangkan dia"

Penyataan yang keluar dari mulut doktor membuatkan semua terdiam. Izzat dan Izzan sudah terduduk tidak menyangka bahawa pengakhiran adik perempuannya seperti ini. Kedua-dua tangan adiknya pisah daripada badan.

Papa mengusap belakang badan mama yang menangis teresak-esak manakala Irsyad tersandar pada dinding mendengar berita kematian Izzyani sebentar tadi.

Rayyan pula berada dalam jagaan keluarga Dirah memandangkan dia masih kecil. Takut merengek dan tidak selesa untuk tidur.

Sebulan kemudian, Izzat lebih suka berkurung dalam bilik tidurnya sahaja. Pemergian Izzyani sangat menyentap jiwa mereka sekeluarga. Izzat kembali ke sekolah seperti biasa di mana dia sudah berumur 13 tahun.

Pada masa itu, Iqi telah muncul tanpa mereka sedari. Dari tingkatan 1 hingga 3, nama Iqi tidak lekang daripada bibir pelajar-pelajar di SMK Damansara. Setiap hari akan ada namanya masuk dalam buku disiplin. Alasan? Membuli dan sebagainya.

"Baby"

Anaqi membiarkan rambutnya diusap oleh Aara. Dia mencelikkan mata tatkala tidak merasakan usapan.

"Kenapa stop?" rengek Anaqi membuatkan Aara gelak.

"Jom sarapan. Saya ada buat nasi goreng"

"Aku nak mandi dulu. Nak ikut sekali tak?" Pantas sahaja Aara menggeleng. Pipi tembam Aara dicubit sebelum Anaqi bangun melangkah ke arah bilik air.

Ting!

Mesej bergambar ditekan. Aara terkejut. Bukan gambar sahaja tetapi vidio turut ada dalam mesej yang bernama Rexandra.

Gambar yang sama dia jumpa sebelum keluar dari rumah mama manakala vidio pula, vidio mummy dan daddynya ditarik keluar sebelum kereta itu meletup. Api besar menyapa anak mata hazel Aara.

Klak!

Telefon Anaqi dimatikan. Aara menoleh ke arah Anaqi yang hanya mengenakan lilitan tuala pada pinggangnya sahaja.

"Kenapa ni sayang? Pucat je muka tu" Aara menggeleng kepala sebelum memberikan senyuman kelat kepada Anaqi.

"Saya hidangkan sarapan kejap. Awak pakailah baju dulu"

Pintu ditutup perlahan serentak air mata Aara jatuh. Dia menekup mulut menahan esakan supaya Anaqi tidak mendengarnya.

"Sampai hati awak hiks. Saya cuba untuk percayakan awak tapi vidio tadi tu hiks" Tubuh Aara melorot ke bawah. Kakinya lemah untuk berdiri sekarang ini.

Aara memeluk lutut lalu membenamkan wajah di situ.

"Sayang" Aara menepis kasar tangan Anaqi yang cuba memelukkan. Entah bila pintu dibuka pun dia tidak perasan.

"Jangan panggil saya sayang kalau awak memang tak maksudkan perkataan tu" Aara mengesat air matanya lalu bangun melangkah ke dapur.

Anaqi terpinga-pinga apabila ditinggalkan begitu sahaja. Telefon pintar di tangan dibuka. Terkedu. Dia meraup wajah seketika. Apa yang dia pasti, Aara makin salah faham dengan dirinya.

Tiba di dapur, Anaqi mendekati isterinya yang sedang menyedok nasi goreng masuk ke dalam bekas biru.

Aara tahu jika Anaqi sudah lengkap berpakaian kerja, pasti tidak mahu bersarapan di rumah. Eloklah tu, hati Aara sedang membara sekarang dan dia tidak mahu dilepaskan pada suami sendiri.

"Aara sayang" Anaqi memusingkan tubuh kecil Aara supaya menghadapnya. Aara menarik nafas panjang dan dilepaskan secara perlahan. Sabar Aara sabar. Ucapnya dalam hati.

"Aku tahu banyak persoalan dalam fikiran kau. Nanti bila semua dah selesai. Aku janji aku cerita daripada A hingga Z" Aara mencebik dalam diam.

"Sampai bila? Sampai awak tinggalkan saya lagi? Lepastu apa jadi? Awak nak suruh siapa pula jaga saya?"  Laju sahaja tangan Anaqi mendarat pada pinggang isterinya. Aara berpaling wajah. Malas mahu melihat wajah tanpa perasaan suaminya itu.

"No. Aku takkan sesekali tinggalkan kau lagi" Anaqi mengucup kedua-dua pipi merah Aara.

"Jom ikut aku pergi office" Aara angguk perlahan.

"Tangan awak sanalah, saya nak naik tukar baju ni" Anaqi menurunkan tangannya sambil tersengih.

"Eh lupa, sorry sayang. Jangan lama-lama. Nanti aku rindu"

Kini Zafran, Zemir dan Riz berada di syarikat mereka di Jepun. Mereka sedang menunggu kehadiran client mereka yang akan tiba tidak lama lagi.

Riz menggoyang kaki sambil bermain telefon. Tiba-tiba dia teringat sesuatu.

"Along. Angah. Balik je Malaysia aku nak teruskan majlis aku. Tau abang-abangku sekalian?!" Zafran angguk manakala Zemir membuat muka.

"Joshi, anata no kokyaku ga tochaku shimashita (Bos, pelanggan anda telah tiba)" sapa pekerja di sana. Riz dan Zemir membetulkan posisi mereka. Tidak mahu dianggap kurang ajar nanti. Zafran angguk tanda membenarkan client itu masuk.

Mereka meneruskan perbincangan mereka tanpa sebarang gangguan. Selepas satu jam kemudian, mereka menuju ke hotel yang dikatakan oleh Anaqi tentang keberadaan rakan mereka di sana.

"Dare o sagashite iru no? (Siapa yang anda cari?)"

Mata Hana meluas apabila tiga jejaka itu pusing menghadapnya. Tersengih kekok Hana dibuatnya.

"Sorry tak perasan" Zafran angguk tanda tidak mengapa.Zemir dan Riz mendiamkan diri sahaja.

"Err datang sini cari siapa?" soal Hana sekali lagi.

"Hairul" balas Zafran sepatah.

"Hairul tak ada. Dia keluar dengan Dirah. Yang ada Nico, Fakhrul dan Iqram" jelas Hana sambil membuka pintu. Hana masuk terlebih dahulu meninggalkan tiga jejaka di luar.

"Awalnya you balik?" Hana memberikan senyuman nipis kepada Nico.

"Saja amik angin je. Ni abang-abang Aara ada datang. Diorang kat luar" Terangkat kening Nico mendengarnya.

Nico mendekati isterinya lalu mencium tepi kepala Hana sebelum melangkah keluar. Hana mengangkat bahu kemudian masuk ke bilik untuk rehat.

"Eh masuklah. Kita borak kat dalam" Zafran dan yang lain angguk.

Zafran berdehem terlebih dahulu membuatkan Nico memandangnya. Begitu juga Zemir dan Riz.

"Betul ke dekat rumah pemberian daddy tu bukan ummi Hana yang sebenar?"

"Haah bukan. Rexandra merupakan jiran kepada arwah aunty Rai. Dia juga yang membantu arwah ke hospital untuk melahirkan Hana. Suami kepada arwah aunty Rai iaitu uncle Farhan merupakan anak buah Rexanda dalam sindiket culik dan jual organ di tempat persembunyian mereka di Jepun. Arwah aunty Rai tidak pernah tahu tentang pekerjaan suami dia" balas Nico panjang.

"Selama Rexandra menjaga Riz dan Hana, Hana akan dilayan seperti kuli manakala Riz dijaga dengan penuh kasih sayang" sambung Nico dengan menceritakan apa yang dia tahu. Riz terdiam mendengarnya.

"Jadi Hana tidak pernah jumpa ibu kandung dia sendiri. Dia hanya jumpa orang yang mirip dengan wajah ibu kandung dia je?" Nico angguk sebagai jawapan.

Riz meraup wajah kesal dengan keluarga susuannya itu. Lagi-lagi uncle Farhan! Daripada kecik, Riz memang memanggil uncle Farhan sahaja. Entah kenapa dia tidak biasa untuk panggil lelaki itu walid mahupun ayah.

"Tapi kenapa uncle Farhan buat macam tu?" Nico angkat bahu. Dia sendiri tiada jawapan untuk soalan itu.

"Woi borak apa ramai-ramai ni?!"

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience