Chapter 9

Romance Series 4890

Aara ditahan wad satu hati memandangkan keadaan Aara masih lemah. Wajah pucat Aara ditenung lama.

Aara dimasukkan ke dalam wad kerana kandungannya sangat lemah akibat Aara jatuh terhempap pada perutnya. Mahu terhenti degupan jantung Zafran, Zemir dan Riz mendengar doktor memberitahu bahawa Aara hampir mengalami keguguran.

Riz mengeluh dalam diam. Bukan marah dengan adik kembarnya tapi dia malu dengan keluarga Insha. Perkahwinan mereka ditangguhkan sebulan yang lalu kerana masalah Aara dan Iqi ini.

Bunyi panggilan di telefon mematikan lamunannya. Panggilan diangkat. Sempat Riz mengerling jam di dinding wad Aara.

5:00pm

"Hello tunang kesayangan Insha Haura!" Ternaik hujung bibir Riz mendengarnya.

"Hai. How's your day?" soal Riz mendatar.

"Good! Insha yang patut tanya Riz. Riz okay?" Riz menutup mata menahan sebak. Air liur ditelan kesat.

"Aariz Elvin...." panggil Insha meleret. Air mata Riz jatuh. Dia menangis tanpa mengeluarkan sebarang suara.

"Doakan yang terbaik untuk keluarga Aara okay? Pasal majlis nikah kita tu tak payah risaulah. Mak dan abah Insha faham. Sampai Riz tawar hati dengan Insha pun tak pa. Insha terima dengn hati yang terbuka haha" ujar Insha sempat dia menyelitkan gurauan di situ.

"Insha. Tak lawak okay" balas Riz dengan suara serak basah. Insha sudah menekup mulut tidak percaya.

"Are you crying boy? Janganlah syedih" Riz tersengih dengan air matanya yang setia jatuh membasahi pipinya. Suka dengan gelaran itu. Tangan naik mengesat pipi basahnya.

Ya, Mereka telah menggelarkan diri masing-masing dengan menggunakan nama mereka sendiri. Kadang-kadang Insha juga akan memanggil bakal suaminya itu dengan panggilan boy.

"Hmm" gumam Riz ringkas.

"Ish Insha tak tahu nak pujuk orang supaya berhenti nangis ni. Riz boleh pula hmm hmm kan Insha" Riz kembali tawa kecil mendengar bebelan halus daripada Insha. Mereka kembali berborak seperti biasa.

"Erm"

Riz mengerling ke arah Aara yang sedang mengerut dahi tetapi matanya masih tertutup.

"Nanti kita sambung borak okay? Aara dah sedar ni" Selepas mendengar balasan Insha, Riz mematikan panggilan. Riz melabuhkan punggung di birai katil.

"A-anaqi" panggil Aara lemah. Air matanya mengalir deras walaupun mata masih tutup.

Riz menggengam erat kedua-dua tangan Aara yang memukul diri tubuhnya sendiri dalam satu tangannya sahaja. Satu tangan yang bebas menepuk perlahan pipi Aara, cuba menyedarkan Aara dari tidurnya.

Tiba-tiba mata Aara terbuka luas diiringi dadanya yang berombak besar. Aara kembali menangis melihat wajah cemas Riz.

"Hey kenapa ni?" tanya Riz membuatkan Aara menangis semakin teruk. Riz menarik Aara duduk perlahan-lahan kemudian membawa tubuh itu ke dalam pelukannya.

Aara memeluk erat leher Riz. Dia takut dengan mimpi sebentar tadi. Dia melihat suaminya terbaring lemah di lantai dengan seorang wanita yang berada di sebelah suaminya sedang memegang pisau yang sudah berlumuran darah Anaqi. Tapi yang paling menyedihkan.

"Mimpi apa tadi?" Aara kembali di alam realiti setelah mendengar pertanyaan daripada Riz.

"A-aku mimpi hiks Anaqi lepaskan aku. Tapi yang peliknya mata dia warna kelabu terang" Aara hanya menceritakan akhirnya sahaja kepada Riz. Itu adalah sambungan mimpinya. Dia diceraikan kerana Anaqi menyuruhnya mencari pengganti ketika dia sudah tiada.

Terkelu lidah Riz mendengar mimpi Aara. Tangannya naik mengusap belakang badan Aara. Tangisan Aara mula reda. Usapan Riz membuatkan dia kembali lena.

"Ya Allah, kau berikanlah yang terbaik untuk adik kembarku" bisik Riz di hati.

Sudah seminggu Iqi berada di Jepun. Kini dia berada di Okura Hotel di Tokyo, Jepun. Triplets ditinggalkan pada mama dan papanya sementara dia masih berada di sana.

Iqi memicit dahi risau dengan keadaan Aara di Malaysia. Sebentar tadi dia mendapat mesej yang menyatakan Aara hampir mengalami keguguran. Paling meluluhkan hatinya apabila Riz menghantar gambar wajah lesu Aara. Dia dapat melihat tiada keceriaan langsung di wajah itu. 

"Apa masalah kau ni Iqi? Kau dah sukakan Aara ke?" Bengang  dengan diri sendiri asyik memikirkan isteri Anaqi itu.

"Iqi. Malam ni kita mulakan" ujar Hairul yang baru sahaja muncul. Ya! Hairul Haris, sahabat kepada Iqi. Fakhrul dan Iqram turut ada disamping Hairul. Reunion? Bukan untuk sekarang.

Iqi mengangguk faham tanpa menoleh mereka bertiga.

"Assalamualaikum!" Mereka berempat menoleh ke arah pintu. Mereka menjawab salam dan mendekati gerangan.

"So ini Hana Zafira?" Nico angguk. Hana menatap takut dengan renungan tajam mata kelabu terang Iqi. Dia masih tidak tahu bahawa dia berhadapan dengan Iqi bukan Anaqi.

"Seronok buat kerja gila masa sekolah?" Nico merangkul erat bahu Hana. Dia tahu isterinya takut.

"Iqi" Iqi mengangkat kedua-dua tangan separa bahu tanda mengalah. Para jejaka di situ menggelengkan kepala dengan sikap Iqi itu.

"Korang rehat dululah. Malam nanti bawa aku ke rumah Raihana" Para jejaka sudah tersenyum sinis mendengarnya kecuali Hana. Dia merasakan sesuatu yang buruk akan berlaku malam ni. Nico membawa Hana masuk ke bilik meninggalkan Iqi dan yang lain.

•Flashback•

Hairul sedang bersantai di biliknya sementara menunggu panggilan daripada kawan abang sulung kepada Anaqi yang tinggal di Jepun ingin membantu Iqi untuk mencari maklumat tentang seorang wanita bernama Rexandra.

Bunyi panggilan membuatkan Hairul segera mengangkatkan.

"Watashi wa sudeni Rahaina ni tsuite no joho o emashita (Saya sudah dapat maklumat mengenai Raihana)"

"Ima teishutsu (Hantar sekarang)" Hairul mengucapkan terima kasih terlebih dahulu sebelum menamatkan panggilan. Mesej dibuka dan matanya memandang tajam meneliti butiran yang diperolehi oleh kawan Nico itu.

Telefon dimatikan. Hairul berjalan keluar mencari susuk tubuh sahabat-sahabatnya.

"Iqi. Aku ada berita gembira nak bagitahu kau" sapa Hairul sebaik sahaja menemukan tiga sahabatnya. Fakhrul dan Iqram yang berada di situ juga mengalihkan perhatian kepada Hairul. Iqi mengangkat kening ke arah Hairul.

"Raihana ialah Rexandra"

Iqi tersenyum puas dengan maklumat yang baru sahaja dia terima daripada Hairul. Fakhrul dan Iqram mengukirkan senyuman sinis. Iqi melagakan penumbuknya pada sahabat-sahabatnya.

"Jom aku belanja korang makan"

Fakhrul dan Iqram sudah bersorak gembira manakala Hairul dan Iqi hanya beriak biasa. Mereka keluar dari hotel untuk mencari restoran halal di situ.

•End Flashback•

Nico dan Hana masih lagi senyap melakukan hal sendiri walaupun mereka duduk bersebelahan sahaja. Hana mengubah posisi duduk bersilanya menghadap Nico. Nico mengangkat kepala memandang Hana sambil menaikan keningnya sebelah.

"Malam ni kita nak buat apa pergi rumah ummi? I masih tak beranilah nak jumpa ummi" soal Hana perlahan. Mata juga tidak memandang anak mata suaminya.

"Dia bukan ummi kau pun" Hana menatap mata Hairul hairan.

"Huh? Apa you mengarut ni?" Nico memberikan senyuman hambar kepada isterinya lalu mengucup pipi Hana yang bebas daripada jerawat itu. Tangannya naik mengusap bahu Hana yang terdedah sehingga terlihat parut panjangnya. Nico mengeluh dalam diam. Apa reaksi Hana kalau tahu umminya sudah tiada selepas sahaja dia melahirkan Hana? Getus Nico di hati.

"Nico! I tanya you ni, boleh pula you termenung" rungut Hana. Nico hanya mempamerkan wajah tidak bersalah itu kemudian menarik Hana ke dalam pelukannya.

"Ish you ni selalu macam ni" Nico mengeratkan pelukan dan menyambung kembali mengscroll telefonnya. Hana mencebik apabila Nico menghiraukan sahaja dirinya.

        Triplets memuncungkan mulut dan diherotkan ke kiri dan ke kanan. Mereka berada di dalam bilik tidurnya sedang memikirkan hal orang dewasa iaitu tentang masalah ibu bapa mereka sendiri.

"Macam mana ni Anggun? Pening ar ibu dan ayah ni" soal Mawar. Mia sedang bermain teady bear Rayyan itu mengangguk pantas. Mia suka dengan teady bear Rayyan jadi tak salahkan nak pinjam sekejap?

Tok! Tok! Tok!

"Triplets! Bukalah pintu ni. Tak nak bagi abang Ayyan masuk ke?" soal Rayyan jauh hati.

Mia mengangkat kepala memandang pintu diiringi dengan wajah ceria. Mia bangun dan lompat turun dari katil lalu berlari menuju ke pintu bilik.

Klak!

Mia menayangkan giginya yang putih dan cantik tersusun itu ke arah Rayyan. Rayyan melabuhkan ciuman di pipi gebu Mia sebelum memimpi tangan kecil itu mendekati Anggun dan Mawar di atas katil. Pintu bilik sempat ditutup oleh Rayyan.

"Tengah buat apa ni triplets?" Rayyan duduk bersila menghadap Anggun dan Mawar. Mia pantas melabuhkan punggungkan di peha Rayyan.

"Mia nak duduk sini juga" ujarnya dengan suara manja apabila Rayyan mengangkat kening ke arahnya. Rayyan, Anggun dan Mawar menggelengkan kepala. Nasib baik tubuh Mia itu kecil.

"Ibu ayah tak nak balik sini ke? Lamanya hm tapi ibu lagi lama duduk rumah pak long. Anggun rindu ibu" kata Anggun seraya menundukkan kepala menahan tangisan. Mawar juga merasakan hal yang sama.

Terkelu lidah Rayyan mahu menjawab. Dia tahu kakak kesayangannya ada masalah dengan abangnya itu.

Dia baru tahu dengan sisi kedua abangnya dan dia juga baru tahu bahawa dia mempunyai seorang kakak yang telah meninggal dunia. Dia tahu disebabkan abang Irsyad dan abang Izzannya selalu memberi pesanan supaya berhati-hati ketika di sekolah kerana sekiranya peristiwa itu berlaku untuk kali kedua itu akan membuatkan Iqi hilang kawalan.

"Nanti ibu dan ayah triplets balik lah tu. Sekarang ni, jom kita painting!" ajak Rayyan untuk membuang kesedihan pada wajah triplets itu.

"Yeayy!" jerit triplets teruja. Rayyan dan triplets berlari keluar menuju ke bilik lukisannya.

BERSAMBUNG...

Btw sebelum ni nak buat story ni genre sad romance tapi tak idea pulak , so Farah akan tukar jadi romance je. So lepasni jangan benci Anaqi or Iqi okay? HAHAHAHA TAPI TAKTAHU LAH IDEA LEPAS MACAM MANA :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience