Chapter 15

Romance Series 4890

Aara mencelikkan mata apabila merasakan sentuhan tangan kasar yang berada di wajahnya. Anaqi mengangkat keningnya membalas pandangan isterinya.

"Sewonoknya sayang saya tidur" Hujung hidung Aara dicuit perlahan. Tergelak halus Aara mendengar ucapan Anaqi seakan pelat R itu. Mengada!

"Mestilah saya Se. Wo. Nok. walaupun sakit pinggang sikit hehe" Wajah mengusik Anaqi pantas bertukar wajah risau.

Ya. Anaqi membiarkan isterinya tidur dipangkuannya sahaja.

"Sorry sayang. Aku syok sangat peluk teady bear pink aku sampai lupa teady bear pink aku ni mengandung. Eh--? Boleh ke alasan macam tu?"

Aara mengetuk dagu memikirkannya sebelum kembali bersuara. Anaqi menahan senyum melihat isterinya itu dengan mengenakan blouse labuh dan tudung bawal berwarna merah jambu daripada atas hingga bawah. Semua pink! Asyomel betul!

"Boleh" Aara mengukirkan senyuman manis. Semanis senyuman crush yang tak pernah nak perasan kehadiran kita.

"Boleh blah" sambung Aara lalu mencemberutkan muka.  Suka hati dia je panggil kita teady bear pink. Memanglah nama tu comel tapi dia nak Anaqi panggil dia princess hm.

"Merajuk ke tu?" soal Anaqi mendatar. Mata masih tidak lepas merenung isterinya. Cantik macam jodoh aku hm. Getusnya di hati.

"Tak merajuk pun cuma--" Aara melukis pelbagai corak pada dada bidang Anaqi yang tertutup dengan baju kemeja hitam itu. Nak cakap ke tak? Kalau tak cakap nanti tak dapat pula. Kata hati kecil Aara.

Anaqi mengangkat keningnya. Jari-jemari Aara yang masih bergerak segera ditahan. Bahaya!

"Saya nak awak panggil saya princess" pinta Aara perlahan. Kedua-dua tangan Aara naik memeluk leher Anaqi.

"Sayang dah tak nak ke?" Aara mengangkat wajah memandang Anaqi.

"Nak juga. Nak dua-dua" Anaqi pantas melabuhkan bibirnya pada dahi bersih Aara.

"Mana boleh. Nanti madu kau aku nak panggil apa?" Mata Aara mencerung tajam ke arah Anaqi yang sudah tersengih itu kemudian dia melepaskan tawa sinis membuatkan Anaqi terdiam.

"Baby...." panggil Aara meleret. Tali leher ditarik bagi ketat sehingga menyebabkan Anaqi sukar menelan air liur.

"Berani buatlah. Jangankan saya, dengan Triplets sekali saya bawa lari. Jauh daripada lelaki yang tak cukup satu ni"

Tali leher Anaqi dilonggarkan lalu memberikan ciuman pada kedua-dua pipi Anaqi.

Aara bangit dari pangkuan Anaqi. Tudung dan pakaiannya dikemaskan. Dia melabuhkan bibirnya di belakang tapak tangan suaminya sebelum berkata.

"Awak teruskan kerja awak dan jangan berani nak fikir kahwin dua walaupun awak mampu. Saya boleh jadi selemah lemah wanita melayu terakhir macam awak nampak sekarang dan saya juga boleh jadi dingin dan berhati batu yang tak pernah awak sangkakan langsung. Ingat tu" Panjang lebar Aara bicara. Suaranya juga tegas seolah-olah kata-katanya adalah benar belaka. Terkelu lidah Anaqi mendengarnya.

"Saya nak minta izin awak ni. Saya nak pergi butik. Dah lama tak datang sana. Bolehkan?" soal Aara kembali lembut nadanya. Anaqi angguk perlahan.

"Thank you! Sayang awak!" ucap Aara suka lalu memeluk erat tubuh Anaqi.

"Tapi sayang nak naik apa?" Aara melepaskan pelukan kemudian memandang wajah Anaqi. Kerutan halus pada dahi Aara jelas kelihatan.

"Tak tahu hehe" balas Aara sambil menggaru tepi kepala perlahan. Dia lupa tadi dia datang ke sini bersama suaminya. Niatnya mahu berkepit 24 jam tetapi hilang begitu sahaja selepas Anaqi mengusiknya dengan hal yang dia tidak suka itu.

"Nah guna kereta aku. Nanti aku balik dengan Izzan je. Take care princess aku" Anaqi mencubit geram pipi Aara selepas memberikan segugus kunci kepada isterinya.

Aara mengukir senyuman tipis lalu mengangkat kaki dari situ. Saya tak kan jadi macam ni kalau awak sendiri tak minta. Hati kecil Aara berkata.

Selepas 15 minit berlalu, El masih mencuit berkali-kali bahu kekar Izzan. Suaminya merajuk selepas mendengar kata-kata El tentang Abang Saiful itu. Insha kembali ke dapur untuk menolong Datin Marina masak setelah habis berbual dengan tunangnya di telefon.

Rupanya Izzan mengikuti senyap-senyap kereta El. Keretanya juga sengaja di parking jauh sedikit dari rumah Datin Marina. Sampai sahaja di hadapan pintu, dia terdengar perbualan El dan Riz di telefon kepunyaan Insha. Tentang lelaki lain. Mahu tak angin satu badan Izzan dibuatnya.

"Izzan...." Senyap.

"Syuben...." Diam.

"Iz-Izzan hiks" Air mata palsu El mula mengalir. Itu sahaja cara untuk membuat Izzan tidak merajuk.

Izzan menoleh ke arah wajah El yang sudah basah dengan air mata itu. Dia mencebik dalam diam. Bukan dia tak tahu, isterinya itu terlalu bijak dalam bab menarik perhatiannya.

"Nyenyenye. Tampar kang bisu jap lagi" kata Izzan selamba.

"Kau lap sekarang air mata palsu kau" El tersengih malu apabila Izzan tahu permainannya. Air mata pantas dikesat lalu memeluk erat tubuh kekar Izzan Aysar.

"Kau dah jadi mak orang tak payah nak cengeng sangat" Izzan membalas pelukan isterinya. Kepala El yang dibaluti tudung sarung diusap perlahan.

"Ha lagi satu, Abang Saiful kau tu dah jadi tunang orang" El mengangkat wajah memandang ke arah Izzan.

"Alo...." Izzan beriak biasa sahaja melihat wajah muram El. Ini kalau bukan bini aku ni dah lama aku jual kat pekerja kedai mamak haih. Getus Izzan di hati.

"Kau dah lama hidup ke dear?" Menyampah pula dia melihat wajah broken El.

"Aaa--emph!" El memandang bingung ke arah Izzan apabila Izzan menekup mulutnya secara tiba-tiba.

"Diam. Aku malas nak dengar suara kau" El membuat muka tidak puas hati. Dia juga memuncungkan bibir. Izzan segera tarik bibir El dengan kuat membuatkan El mengerang kesakitan.

"Padan muka. Dah lah aku nak pergi dapur. Da...." Izzan melambaikan tangannya ke arah El kemudian mengatur langkah ke dapur.

El menatap geram kelibat Izzan yang semakin hilang daripada pandangannya.

"Aidan, bubu tak nak kawan baba Aidan 1 minit hm"

Aara menyandar pada kerusi kereta sambil menutup mata. Stereng kereta digengam erat. Air mata cuba ditahan. Dia masih berada di kawasan parking kerana tiba-tiba sahaja sakit kepala menyerang selepas membaca mesej daripada seseorang yang tidak dikenali.

"No Aara. Kau kena percayakan suami kau walaupun suami kau sendiri banyak berahsia daripada kau"

"Termasuk abang-abang kau sendiri"

Mata dikelip berkali-kali menghalang air matanya jatuh. Aara menghidupkan enjin kereta sebelum memulakan perjalanan. Perasaan marah dan kecewa diusirkan jauh-jauh.

Keluar sahaja kereta daripada bangunan megah itu, Aara memandu tanpa arah tujuan. Dia tidak mahu ke butik kerana dia sendiri memberi ruang kepada kakak iparnya mengurus butik Relova itu atas permintaan Kakak iparnya sendiri selama tiga bulan. Jadi, dia ikutkan sahaja.

BUK!

Aara terkejut lalu menekan brek dan dahinya terhantuk kuat di stereng kereta itu. Aara mengetap bibir. Takut. Entah apa yang dia fikir sehingga terlanggar kereta di hadapannya.

"Ya Allah. Apa aku buat ni?"

Aara menghentikan kereta di tepi jalan. Begitu juga pemilik kereta di hadapannya itu.

Tok! Tok! Tok!

Aara mengerling sekilas wajah pemilik kereta kemudian air liur ditelan kesat. Airil Hanafi. Ya, itu nama penuh Airil. Kawan Anaqi yang sudah dua bulan lebih dia tidak bersemuka. Kali terakhir mereka bertemu semasa kejadian kehilangan Mawar itu.

Aara membuka pintu dan keluar dari kereta perlahan-lahan. Kepala ditundukkan. Tangan pula menggengam antara satu sama lain.

"Kau gila ke bawa kereta laju macam tu?! Bahaya tahu tak?!" Terhinjut bahu Aara mendengar jerkahan kuat Airil. Dia mengemam bibir menahan tangisan. Remukan teruk di belakang kereta Airil dipandang dengan rasa serba salah.

Airil memicit dahinya apabila melihat wajah merah Aara seperti mahu menangis. Dia mengeluarkan telefon pintarnya dari kocek seluar dan mendailkan nombor seseorang.

"Hello Izzat"

Selepas Airil menamatkan panggilan, dia menyuruh Aara duduk di dalam kereta terlebih dahulu sementara menunggu kehadiran Izzat Anaqi. Botol mineral juga diberikan kepada Aara.

Airil menyandarkan tubuh di tepi kereta milik Anaqi itu. Bukan dia tidak perasan wajah pucat Aara semasa dia menelefon si Anaqi. Dia membuat keputusan untuk mendiamkan diri sahaja.

Dalam beberapa minit, Airil menegakkan tubuhnya apabila susuk tubuh Anaqi menyapa anak matanya. Anaqi berlari membuka pintu kereta di bahagian penumpang belakang. Badan Aara dipeluk erat sebelum melepaskan pelukan itu.

"Aku tak rasa ini jalan nak ke butik kau"

Aara menggigit bibir menahan debaran di dada manakala Airil terkedu melihat anak mata Anaqi.

Oh no, bad omen.

BERSAMBUNG...

Next chapter Riz kahwin and Rexandra akan muncul. Chapter ni sengaja bagi pendek. InsyaAllah chapter akan datang memuaskan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience