Chapter 12

Romance Series 4890

Aara mengerut kening apabila ada yang mengganggu lenanya. Dia menggeliat kecil walaupun ruangnya sangat terbatas kerana masih dipeluk seseorang.

"Rara bukalah mata tu" Aara menggelengkan kepala sebagai balasan. Kepalanya terletak elok pada dada bidang Riz.

Zafran membuka pintu kereta lalu mendukung tubuh adik perempuannya itu manakala Riz pantas keluar dari kereta. Zafran masuk ke dalam meninggalkan Riz di luar.

"Jangan lupa kemas baju untuk seminggu kita kat sana" pesannya keapda Zemir yang sudah berada di ruang tamu. Zemir menunjukkan ibu jari tanda mengerti.

Zemir hairan tiada kelibat Riz daripada tadi lalu memutuskan untuk melangkah keluar. Dia menahan tawa melihat keadaan Riz sekarang. Di mana Riz sedang menghayati lagu What Is  Love diikuti tariannya. Panggilan masuk itu sengaja tidak diangkat sehingga lagu tamat.

"Assalamualaikum Insha" sapa Riz dengan sedikit mengah. Peluh yang merintik dia lap menggunakan tangan sahaja. Fuh penat I nari tadi. Getusnya di hati.

"Waalaikumussalam Riz. Lamanya nak tunggu angkat? Ni kenapa macam tak cukup nafas pula?" Riz menggaru kepala dengan soalan Insha.

"Er tadi angkat anak gajah hehe" Riz tersengih selepas mendengar gelakan daripada tunangnya.

"Anak gajah pun anak gajahlah Riz. Insha call Riz ni nak tanya bila kita nak teruskan pernikahan kita tu?"

"Minggu depan" jawab Riz yakin. Kali ini tiada siapa boleh halangnya. Cukuplah sekali sahaja dia malu depan ibu bapa Insha.

"Seriuslah boy?" Riz angguk.

"Riz! Jawablah diam pula" rungut Insha geram.

"Kan Riz dah angguk tadi Insha Haura" Riz mendengar Insha menepuk dahi.

"Kenapa tepuk dahi?" tanya Riz konon tidak tahu apa-apa.

"Siapa cakap Insha tepuk dahi? Mana adalah. Tu bunyi Insha tengah cop buku budak-budak dekat tadikalah"

"Oh bukan eh? Sorrylah siapa suruh bunyi cop tu sama dengan bunyi tepuk dahi Insha yang comel tu" Riz memetik sekuntum bunga yang dijaga rapi oleh jiran sebelah. Bunga itu dibawa ke tepi telinga lalu menunjukkan pelbagai senyuman manis yang dimiliki oleh Aariz Elvin. Tangan lagi sebelah memegang telefon yang masih menekap pada telinganya.

Zemir menghamburkan tawa terbahak-bahak melihat gelagat Riz.

Riz menoleh ke belakang lalu membuntangkan matanya setelah perasan kehadiran Zemir.

"Riz tutup dulu okay. Riz nak ajar anak beruk cara-cara beradab sekarang ni. Jumpa minggu depan. I love you bebeh" Riz terus mematikan panggilan dan mengejar Zemir yang sudah melarikan dari itu.

"Woi! Kau sini!"

Zafran mengusap lembut rambut Aara. Sejak Aara tinggal di sini, Zafran gembira kerana hubungan dia bersama adik perempuannya kembali rapat dan tidak kekok.

"A-along" Zafran memandang bawah lalu mengangkat keningnya. Dia membiarkan sahaja Aara menggenggam tangan beruratnya itu.

"Rara nak makan kek red velvet lah" pintanya dengan mata berkaca. Bangun tidur je dah lapar hm.

"Okay nanti along buat" Aara geleng.

"Rara nak suami Rara buat tapi semua tu mustahilkan?" Tangisan Aara mula kedengaran. Rindu terhadap Anaqi betul betul melemahkan Aara.

"Nangis lagi. Kan along cakap along tak suka Rara nangis macam ni. Tunjukkan yang Rara tak lemah macam sebelum ni. Mana Rara yang kuat melawan? Mana Rara yang banyak cakap? Mana Rara yang suka kacau orang?" soal Zafran dingin. Dia menarik kasar Aara supaya bangun lalu menggenggam erat bahu Aara.

"Berhenti nangis Aara Elina" Terdiam Aara mendengar suara tegas alongnya namun air matanya masih mengalir laju.

Zafran memeluk erat tubuh Aara. Aara turut membalas pelukan alongnya.

"Dah jangan nangis. Nanti along sendiri paksa Izzat buat kek red velvet okay?" Aara angguk bersungguh-sungguh.

"Suara mana suara?"

"Ada ni" jawab Aara perlahan.

"Apa yang Aara angguk tadi?" soal Zafran lagi. Sengaja ditanyakan soalan itu.

"Along kena paksa Anaqi buat kek red velvet. Kena paksa sampai Anaqi buat sebab adik kesayangan along yang nak makan hehe" balas Aara sambil tersenyum manis.

Zafran pantas mencubit pipi Aara sehingga merah. Aara mencemberutkan wajah tanpa melepaskan pelukan.

Krek~

"Wow wow wow ada siblings hug tak nak cakap" sergah Zemir. Riz angguk tanda setuju. Mereka memandang sesama sendiri kemudian berlari naik ke katil dan memeluk erat tubuh Aara dan Zafran.

"Eee tepilah! Rimas!" Rengekkan Aara dihiraukan malah menguatkan lagi pelukan itu. Tangan Aara laju mencubit peha Zemir dan Riz.

"AWW!" jerit mereka berdua serentak melepaskan pelukan. Aara melepaskan tawa terbahak-bahak terhibur dengan kesakitan mereka berdua. Zafran menggelengkan kepala tapi hatinya lega melihat Aara kembali tersenyum.

"Kenapa tepi telinga Riz ada bunga? Riz rembat dari pokok bunga Makcik Milah lagi eh?"

Pertanyaan daripada Aara membuatkan Zafran memandang Riz tajam. Bukan dia tidak kenal jirannya itu. Kejap lagi mulalah membebel atau mengadu kepadanya dengan kelakuan tidak berakal adik lelakinya.

"Kecik ni je long. Nanti aku tampal balik okay. Takmo marah marah, nanti jodoh takut nak datang. Bye!" kata Riz bersahaja lalu melangkah keluar dari bilik Aara.

"Along" Zafran menatap semula wajah berseri Aara itu.

"Along kata along nak paksa Anaqi buat kek Red Velvet kan?" Zafran angguk dengan malas.

"Along call lah sekarang. Rara nak dengar suara dia" pinta Aara dengan manja.

Zafran menyengih sinis sebelum menjawab.

"Malas aku. Along keluar dulu" Mulut Aara sudah muncung ke depan apabila Zafran keluar tanpa pedulikan dirinya. Mata Aara beralih kepada Zemir yang masih di sisinya. Zemir geleng.

"Aku busy. Nak jaga Baby Yellow"

Aara mengambil tisu lalu mengesat hingusnya yang meleleh akibat menangis sebentar tadi. Telefon pintar Aara berbunyi menandakan panggilan masuk. Ikon hijau digesek ke atas sebelum menekapkan pada telinganya.

"Hm" sapa Aara dengan nada lemah.

"Weh kau okay tak ni? Sakit lagi ke? Kenapa tak bagitahu along kau? Kau ni Aara degillah. Aku dah pesan banya--"

"WOI! WOI! MEREPEK APA NI?" marah Aara lalu menjeling sahabatnya seperti El berada di hadapannya sekarang.

"Oh bukan eh?" soal El diakhiri dengan gelakan kecil.

"Bukanlah adoi. Aku tengah layan 7 Hari Mencintaiku 2 ni--HUARGHHH"

"Weh janganlah nangis. Drama ni elok je happy ending. Yang kau nangis ni apahal?"

"Aku rindu dia" Aara membenam wajah pada bantal supaya tangisannya tidak didengari abang-abangnya.

"Oh kau yang rindu lantak kau lah" balas El selamba membuatkan tangisan Aara semakin kuat.

"Eh eh janganlah nangis, kau ni ish" balas El lagi dengan nada cemas. Mati aku kalau Izzat tahu aku usik bini dia sampai macam ni. Getus El di hati.

"Aku rindu suami aku tapi semua orang tak nak faham benda tu hiks" El di sana sudah menggaru kepala. Pening.

"Nanti dia datang berbaiklah dengan kau lah tu. Trust me" pujuk El. Rasa serba salah kerana mengusik sahabatnya seperti itu.

"Maklang!" Tangisan Aara terhenti apabila mendengar suara triplets.

"Cuba rasa kek sedap tak?" Suara Mia bertanya. Aara tahu disebabkan nada manja disebalik soalan yang ditanyakan itu.

"Sedap. Dah pergi makan kat dapur" Aara menggigit bawah bibir menahan tangisan. Anak-anaknya bahagia tanpa dia di sisi ke? Sayu sahaja hati seorang ibu berkata. Panggilan dimatikan dan sambung menangis teresak-esak.

Tok! Tok! Tok!

"Aara dah solat asar belum?" tanya Zafran di luar.

"DAH!"

"Jom makan. Along ada buat nasi goreng tomyam ni" Tangisan Aara kembali terhenti. Air mata dikesat lembut.  Pipi basah ditepuk perlahan.

"Janganlah along perasan muka sembab aku ni" Aara bangun melangkah keluar dari bilik terus menuju ke dapur. Zafran menatapnya hairan hanya dihiraukan.

Suasana di meja makan sunyi sahaja. Aara makan daripada tadi, tidak mengangkat wajahnya langsung. Zafran, Zemir dan Riz memandang sesama sendiri sebelum Zafran bersuara.

"Malam ni along gerak tau Aara" Aara angguk tanpa banyak soal. Dia merajuk dengan abang-abangnya yang masih mahu meneruskan penerbangan mereka tanpa dirinya.

"Dah jom kemas baju" Mereka bertiga masuk ke bilik masing-masing sahaja selesai membasuh pinggan. Aara dibiarkan keseorangan di dapur.

Aara menggigit bibir menahan segala perasaan. Terasa. Kecewa. Sedih. Aara menarik nafas lalu menghembuskan perlahan-lahan kemudian bangkit dari duduknya menuju ke arah singki.

Aara membilas pinggan dan meletakkan pinggan di rak pengering piring dengan berhati-hati. Dia mengatur langkah ke bilik tidurnya semula.

Ting!

Tangan Aara pantas mengambil telefon pintarnya. Mesej dibuka.

017- 750****
See you tonight sayang!

Aara mengerut dahi membaca mesej itu. Hujung bibirnya melukiskan senyuman pendek melihat perkataan sayang. Dia dapat merasakan mesej itu daripada suaminya tetapi dia sedar semuanya mustahil. Senyuman pahit mula terbentuk.

Rindu.

Malam menjelang tiba. Abang-abangnya sudah keluar apabila jam menunjukkan pukul sembilan.

Klak!

Aara yang baru sahaja keluar dari bilik air terkaku. Izzat Anaqi. Susuk tubuh suaminya betul-betul berada di hadapannya sekarang.

"Sayang" panggil Anaqi dengan penuh kasih sayang membuatkan air mata Aara bergenang. Aara yakin ini semua mimpi pantas dia menggelengkan kepala menidakkan kehadiran suaminya itu.

"Tak tak ini semua khayalan kau je Aara" Air mata Aara mengalir laju apabila wajah Anaqi masih berada di hadapannya. Kaki Aara mengundur perlahan lalu menampar kuat pipi sendiri sehingga meninggalkan rasa sakit.

"Kau halusinasi ni Aara hiks. Sedarlah cepat hiks" Aara mula terduduk, wajahnya dibenamkan atas lutut menahan tangisan.

Terkejut Anaqi melihatnya. Dia mendekati isterinya lalu memeluk erat tubuh itu. Dalam tidak sedar, Aara sudah berada di pangkuan Anaqi.

"Sayang. Sayang tak mimpi pun. Akulah ni suami kau" Anaqi menangkup kedua-dua pipi basah Aara. Mereka menatap antara satu sama lain. Air mata Aara mengalir laju tidak percaya.

"Aku minta maaf sebab aku lambat amik kau" Anaqi melabuhkan ciuman pada dahi bersih isterinya.

Tiba-tiba kemarahan Aara menyelubungi diri. Dia merungkai kasar pelukan Anaqi dan bangun menuju ke katil. Dia mengambil tempat di situ.

"Kenapa?" soal Anaqi mendatar kemudian melabuhkan punggang di sebelah Aara.

"Kenapa awak tanya? Awak sedar tak awak tu suami saya, awak boleh tinggalkan saya kat sini? Awak ingat abang-abang saya tak ada kerja lain ke ha?!" luah Aara sepuasnya.

"Disebabkan masalah kita ni, Riz terpaksa tangguh tarikh nikah. Semua sebab tak nak buat saya ni rasa terbeban. Awak? Buat apa? AWAK HILANGKAN DIRI MACAM TU JE! HALAU SAYA DARI RUMAH MAMA, TENGKING SAYA LAH, AWAK TAHU TAK AWAK NI MANUSIA PALING PENTINGKAN DIRI SENDIRI!" sambung Aara tanpa sedar telah meninggikan suaranya.

"DIAM AARA!" Serentak matanya bertukar warna kelabu tetapi Anaqi sempat menahannya. Anaqi menghembus nafas lega apabila Iqi tidak mengawal tubuhnya sekarang.

"Okay aku minta maaf sebab tinggalkan kau kat sini. Marah kau, Tengking kau semua. Aku minta maaf okay?" Aara menatap wajah Anaqi lama.

Anaqi menoleh ke arah Aara lalu mengangkat keningnya.

"Sayang" panggil Anaqi lembut menyentakkan lamunan seorang Aara Elina.

"Maafkan aku tak?" Laju Aara angguk.

"Tapi kena ada upah. Tak leh free macam tu je hehe" Sengihan terbentuk pada bibir mungil Aara itu. Anaqi memberikan senyuman nipis kepada Aara. Tangannya naik menggosok lembut rambut Aara.

"Aara nak kek Red Velvet satu loyang bulat boleh?" pinta Aara perlahan sebelum mencium tangan kekar Anaqi.

Anaqi mencuit kedua-dua pipi tembam itu dengan perasaan geram. Entah apa yang abang-abang Aara bagi isterinya makan sehingga pipi Aara menjadi bulat sama seperti anaknya, Mia Nuvella.

"Dah siap dah pun. Jom turun bawah makan" Aara menekup mulut tidak percaya. Matanya juga bersinar mendengar kata-kata Anaqi.

"Siyes? Tak tipu?"

"Iya sayang. Jom" Anaqi bangun dari duduknya sebelum menghulurkan tangan ke arah isterinya. Aara pantas menyambutnya. Mereka berdua keluar dengan berpimpinkan tangan.

Tiba sahaja di dapur, Aara melepaskan genggaman tangan Anaqi. Dia mengambil tempat di hadapan kek Red Velvet itu.

"Wah! Banyaknya!" jerit Aara teruja. Anaqi memotong lalu diletakkan di atas piring.

"Nak suap?" soal Anaqi dengan nada lembut sahaja. Aara memberikan senyuman lebar kepada Anaqi lalu mengangguk.

Suasana di dapur sunyi tanpa perbualan. Aara bermain jari-jemari Anaqi yang bebas manakala Anaqi membiarkan tindakan isterinya dan meneruskan suapan kek kepada Aara.

"Saya nak tanya awak something boleh?" Anaqi menjatuhkan kepala dua kali.  Aara menelan kunyahannya terlebih dahulu sebelum kembali bertanya.

"Siapa Iqi? Saya macam pernah dengarlah nama tu"

Anaqi terdiam.

BERSAMBUNG...

Maaf pendek :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience