Chapter 14

Romance Series 4890

"Woi borak apa ramai-ramai ni?!"

Nico, Zafran, Zemir dan Riz menoleh ke arah suara tersebut. Fakhrul dan Iqram.

"Eh ada tiga beradiklah. Tak bawa Aara ke?" soal Fakhrul bersahaja. Zafran mengangkat kening memandang Fakhrul.

"Aku rindu si kenit tak sedar diri tu je. Bukan ada apa pun" Zafran dan Nico menggelengkan kepala. Ni kalau Anaqi tahu, mungkin Fakhrul akan masuk kubur awal huhu.

Si kenit tak sedar diri merupakan panggilan Fakhrul dan Iqram kepada Aara Elina.

"Aku nak tahu rancangan Iqi seterusnya"

Fakhrul dan Iqram mula memandang sesama sendiri. Iqi sudah memberi mereka amaran supaya jangan memberitahu sesiapa termasuk abang-abang Aara. Jadi macam mana ini?

"Err kau tanya tuan badan sendirilah hehe" Iqram angguk tanda setuju dengan kata-kata Fakhrul.

Zafran mendengus kasar. Bukan apa, dia tidak mahu adiknya menangis rindukan seorang lelaki bernama Izzat Anaqi itu.

Zemir dan Riz mendiamkan diri sambil tangan disilangkan ke dada. Kita kena serius sikit tapi sikit je tau.

"Ehem. Aku lapar" kata Riz tiba-tiba  membuatkan semua di situ memandangnya tajam. Kecuali Zemir.

"Apa pandang-pandang? Aku ni bakal suami orang tau. Tak ada masa aku nak mengunyit dengan korang" Tercengang mereka mendengarnya. Zafran hanya beriak biasa manakala Zemir sudah melepaskan tawanya melihat wajah serius Riz yang menunjukkan dia tidak main-main sekarang ini.

"Dah lah aku lapar. Maggie Tomyam ada kan?" Nico angguk sebagai balasan. Riz terus melangkah pergi dari situ.

Kebetulan Hana yang baru sahaja masuk dapur, kini menghentikan langkahnya apabila melihat susuk tubuh Riz. Perlahan-lahan kakinya mengundur dan memusingkan tubuhnya bersedia untuk melarikan diri.

"Hana Zafira binti Muhammad Farhan" Tubuh Hana terkaku mendengar suara dingin abang susuannya.

Abang susuan? Ya, Raihana juga sempat meninggalkan beberapa botol susu badan untuk anak kandungnya sebelum melepaskan nafas terakhirnya.

Macam mana dia tahu? Rexandra saksinya. Rexandra telah memberitahu segalanya tentang hubungan Hana dan Riz pada malam itu. Malam di mana Iqi mengamuk dan memberikan ugutan keras kepada Rexandra yang masih lagi tidak mengecam siapa Iqi.

Hana juga baru tahu bahawa ayah kandungnya sendiri pernah niat untuk menjadinya dirinya sebagai bahan pemerdagangan  pekerja lelaki itu. Kecewa? Sudah tentu.

"Ana okay?" Mata Hana berasa panas mendengar pertanyaan itu. Dia tahu maksud soalan Riz. Sadiskan hidupnya? Ada bapak perangai tidak semenggah, orang yang dia anggap ibu kandungnya sendiri pula rupanya hanya mirip sahaja wajah ibu kandungnya. Apapun dia bersyukur sekurang-kurangnya dia tahu ibu kandungnya tidak membencinya.

"Ana" panggil Riz lembut seraya memegang bahu Hana. Tubuh Hana yang membelakanginya itu dipusing supaya menghadapnya.

Tangisan Hana pecah tatkala Riz menariknya ke dalam pelukan. Riz mengusap belakang badan Hana seakan memujuk wanita itu.

"Ana minta maaf hiks. Ana selalu menyusahkan semua orang hiks. Lagi-lagi keluarga--"

"Shhh. Benda dah lepas. Semua orang dah maafkan Ana" pujuk Riz. Terhinjut-hinjut bahunya menahan tangisan. Bukan apa, selepas Nico, hanya Riz sahaja yang layan dia dengan baik. Zafran dan Zemir? Masih dingin atau lagi tepat masih marah padanya.

"Jom teman aku masak maggie" Riz mengesat lembut air mata Hana menggunakan ibu jarinya.

Selain Zafran dan Zemir, Riz juga mempunyai sifat penyayang terlebih dan mampu melahirkan rasa cemburu kepada Nico.

EHEM!

Bunyi orang berdehem membuatkan Hana dan Riz menoleh. Zafran, Zemir, Fakhrul, Iqram dan Nico memandang tajam Riz dan Hana yang masih berpelukan itu.

Hana menolak perlahan tubuh Riz lalu menundukkan pandangan apabila anak matanya berlanggar dengan anak mata Nico.

"ARGH TOLONG! JIWA SINGLE AKU MERONTA-RONTA NAK BAGI PENAMPAR FREE DEKAT KORANG BERDUA!"

"Betul tu. Wahai jodoh sampai lah awal sikit. Aku rindu"

Zemir memandang bingung kepada Fakhrul dan Iqram sebelum bersuara.

"Macam tak kena je. Adik beradik susuan pun nak cemburu ke? Tengok aku, chill je. Hatiku setia pada yang satu, Najwa Latif hehu" ujar Zemir diakhiri dengan menekup mulut tanda malu.

"Kochira ga tsumadesu (Ini isteri aku) " Nico merangkul bahu isterinya seperti tidak mahu lepas. Zafran yang memerhati daripada tadi hanya menggelengkan kepala.

Riz menjelirkan lidah ke arah Nico tanda mengejek. Dia menyambung aktivitinya yang terhenti. Aktiviti memasak maggie tomyam!

"Masakkan sekali!" pinta Fakhrul dan Iqram serentak.

"Maleh aku"

"Dasar pemalas huh" kutuk Fakhrul bersahaja.

Zafran, Zemir, Nico dan Hana sudah angkat kaki situ meninggalkan mereka yang masih lagi bergaduh.

Kini Aara berada di pejabat Anaqi. Suaminya tidak lagi bersama dengannya ketika itu kerana suaminya sedang menghadiri mesyuarat dan meninggalkan dirinya sorang-sorang di situ.

Aara duduk di kerusi mewah Anaqi. Kaki digoyangkan ke depan dan ke belakang. Bosan! Dua jam sudah berlalu. Kelibat Anaqi masih lagi tidak kelihatan.

Tiba-tiba sahaja lagu Sebatas Mimpi muncul di fikirannya. Dia memulakan bernyanyi sambil mengetuk jarinya ke permukaan meja mewah Anaqi bagi menghasilkan bunyi.

"Telah berbagai cara 'tuk dapatkan hatimu" Tersenyum pahit diukir pada bibirnya.

"Tetap saja kau anggap aku hanya teman" perlahan sahaja suaranya menyatakan lirik tersebut.

"Bawalah a-aku ke dalam mimpimu... Aku takkan kecewakan kamu" Suaranya menjadi serak seperti mahu menangis.

"Walaupun itu semua hanyalah sebatas mimpi" Air liurnya ditelan. Pahit. Teringat di mana dia ditinggalkan begitu sahaja oleh Anaqi.

"Jadikan aku kekasih hatimu... Aku menginginkan kamu" Aara terdiam apabila suara garau menyambung nyanyiannya. Izzat Anaqi. Lelaki yang dia sayang sepenuh hati.

"Sungguh-sungguh merasa ku jatuh cinta pada dirimu" Aara menoleh ke kanan serentak bibirnya bertemu dengan bibir Anaqi. Sama-sama terkedu.

Mata berkaca Aara ditatap anak mata hitam Anaqi. Air mata Aara mengalir dengan laju. Tatapannya penuh dengan kerinduan.

"A-awak jangan tinggalkan s-saya lagi" Entah kenapa ringan sahaja Aara memintanya perkara itu. Lagi-lagi bila dia mengandung. Terlalu banyak kesedihan yang dia hadap sehingga sekarang.

"Aku tak janji" Bayangan itu hilang. Tangisan Aara semakin kuat. Bunyi pintu pejabat Anaqi dibuka hanya dihiraukan sahaja.

"Eh Aara kenapa ni?" Dia kenal suara itu. Suara cemas Izzan Aysar.

"Aara. Kenapa kau nangis ni? Kau jangan aku risau" Suara sahabatnya. Aisyah Elmaira. Tersedu-sedu Aara menangis tanpa memberi penjelasan. Dia takut kalau Anaqi tinggalkan dia lagi.

Izzan pantas memberi pesanan kepada abang kembarnya bahawa Aara memerlukan dia sekarang.

Krek~

Wajah Anaqi sedang termengah-mengah ditatap kosong oleh Aara. Air mata setia mengalir.

Izzan menarik tangan El dan melangkah keluar dari pejabat Anaqi. Membiarkan dua sejoli itu.

Anaqi memandang sepi pemergian Izzan dan El kemudian mendekati Aara yang duduk di kerusi mewahnya.

"Hey kenapa ni sayang?"

Aara memeluk erat suaminya. Terkejut Anaqi dengan tindakan tiba-tiba Aara itu. Anaqi mengangkat tubuh kecil isterinya dan dia melabuhkan punggang di tempat duduk Aara manakala Aara kini berada dalam pangkuannya.

"Awak janji dengan saya hiks awak takkan tinggalkan saya lagi" Tangan kekar Anaqi melilit pinggang Aara.

"Ya aku janji" Tangan kecil Aara naik mencubit kuat kedua-dua pipi Anaqi.

"Aww! Asal pipi aku dicubitnya?" rungut manja Anaqi membuatkan Aara terkebil-kebil memandangnya. Kepala Aara ditolak supaya terletak elok di ceruk lehernya.

"Kau ni macam-macamlah. Harini mengidam apa-apa tak?" soal Anaqi. Aara kembali menegakkan tubuh sambil jari telunjuknya diketuk beberapa kali di dagunya tanda memikirkan sesuatu. Mood menangis terus hilang serta merta.

"Erm... Saya nak tiga Chocojar Cadbury lah. Beli online okay hehe" balas Aara dengan mata separa ngantuk itu. Anaqi mencium kedua-dua kelopak mata isterinya.

"Okay nanti aku beli. Sekarang kau tidur dulu"

Aara merebahkan wajahnya di ceruk leher suaminya dan tangannya melingkari tubuh tegap Anaqi.

"I love you baby" ucap Aara perlahan sebelum terlena.

"I love you so much princess"

Tersenyum lebar Anaqi apabila mengingati kali pertama bertemu dengan isterinya, Aara Elina.

Gadis Pujaan Headprefect.

El menyangkut sling bag nya ke atas bahu kemudian melangkah keluar dari bangunan syarikat megah suaminya. Dia singgah ke sana hanya untuk melihat encik suami sahaja. Kebetulan Aara berada di tempat yang sama, ingatkan mahu sambung bergosip tapi lain jadinya.

Dia masuk ke dalam perut kereta. Perjalanan dimulakan dengan bacaan bismillah.

Setelah satu jam memandu, akhirnya dia sampai di hadapan rumah kediaman Datin Marina.

"Assalamualaikum mummy!"

Datin Marina melangkah keluar dari dapur menuju ke pintu utama untuk melihat gerangan.

"Waalaikumussalam. Ya Allah Aisyah! Mummy rindu kamu tahu tak" Mereka memeluk antara satu sama lain sebelum merungkaikan pelukan.

"Oh my god! Bubu Aidan is here!" El menoleh ke arah suara tersebut. Insha Haura.

"Eh kau kat sini juga?" Insha angguk mengiakan pertanyaan El.

"Jom masuk dapur kita borak borak" ajak Datin Marina selepas menutup pintu. Mereka bertiga menuju ke dapur mewah itu.

Tempat duduk diambil oleh El dan Insha manakala Datin Marina sedang meneruskan masakannya untuk tengah hari nanti.

"Baju pengantin kau tempah kat butik Kak Lufya ke butik Aara?" soal El sambil menuang air kosong ke dalam gelas. Air itu diminum sebaik habis bicara.

"Baju nikah dekat butik Aara. Baju sanding dekat butik Kak Lufya" balas Insha dengan wajah berserinya.

"Cikgu Syasya datang tak nanti?" Laju sahaja Insha angguk.

"Dia datang dengan anak buah dia nanti" El menoleh ke arah Insha.

"Laki ke perempuan?" soal El sedikit teruja. Insha mengerut kening melihat gelagat El.

"Kau kenapa? Tak cukup satu dah?" Senyuman El kembali pudar lalu menjeling tajam Insha.

"Bukan tak cukup satu tapi nak tambah lagi sa-- aduh!"

El mencebik apabila Datin Marina memukulkan menggunakan sudip kayu. Insha terkekeh-kekeh menggelakkan El.

"Kalau Izzan tahu, jangan tanya pula kenapa syuben nak marah saya? Aku tampar kau laju laju nanti. Biar mereput wajah tak bersalah kau tu" ujar Insha geram. Dah ada anak pun perangai tetap sama. Apolah! Getusnya di hati.

"Uish maghoh naw! Aku gurau je hehe. Janganlah marah saya yang tak tahu apa-apa ni" Datin Marina dan Insha menggelengkan kepala melihat wajah polos El.

"Halal diteranjang minah ni haih" gumam Insha perlahan.

Berkali-kali kucoba untuk pergi jauh darimu~

"Halah halah. Kau tak tukar lagi ringtone kau ni? Si Aidan sampai dah boleh hafal lirik lagu ni kau tahu tak?"

Insha membuat muka setelah mendengar rungutan El tapi hanya seketika. Dia kembali tersenyum melihat nama di skrin telefonnya.

"Ececeh My Boy is calling. Pak cepak cepak cepak jeder!" Sengaja El mengusik sahabatnya itu. Merah muka Insha dibuatnya. Panggilan pantas dijawab.

"Assalamualaikum Insha"

"Waalaikumussalam boy" Insha melarikan diri ke ruang tamu. El mengikut langkah Insha daripada tadi. Tak boleh kacau Aara, kita kacau Insha. Bolehkan?

"Dah try baju ke? Okay tak Riz pilihkan tu? Ada jarang ke? Kalau jarang ke ketat ke bagitahu tau" Insha melepaskan tawa kecil mendengar kekalutan Riz itu.

"Okay je. Dua-dua lawa. Insha suka" puji Insha ikhlas.

"Pastikan tutup aurat dengan elok tau. Ikutkan Riz nak gulung  satu badan Insha guna selimut tebal tu je hehe" Sayup-sayup El dengar balasan daripada Riz. Matanya melirik nakal ke arah Insha yang semakin malu dengan dirinya itu.

"Wuuu selimut tebal eh? Kenapa tak tikar getah je?" Terdiam Riz di talian.

"Lah diam dah? Terkedu sampai terkentut tak tu?" usik El kepada Riz pula. Insha sudah menepuk dahi menyumpah serana El otak tiga suku itu.

"Diamlah. Kau jangan sampai aku bagitahu Izzan kau gatal tengah cari crush baru kan?" Suara Riz kedengaran jelas selepas Insha menekan butang pembesar suara.

"MANA ADA! CRUSH AKU IZZAN AYSAR SORANG JE" nafi sekerasnya El.

"Kau ingat Izzan tak tahu kau ada skandal dengan abang guard depan bangunan syarikat laki kau tu kan? Apa nama dia? Ha Abang Epul kan?" Terbuntang El mendengarnya.

"Kau jangan main-main El. Jangan sampai Abang Epul kau kena lepuk dengan tangan besar si Izzan" El mencebik.

"Tak adanya. Abang Epul dan suami aku baiklah. Ngam teruks! Izzan dah restu dah hubungan skandal aku dengan Abang Epul" Tak berkelip Insha melihat pertengkaran itu. Nak kena sokong siapa ni? Bakal suami atau sahabat sehidup semati?

"Aisyah Elmaira binti Razif Yusof"

Tubuh El mengeras apabila terdengar suara yang cukup dia kenali. Suara siapa?

Izzan Aysar.

Persoalannya, sejak bila Izzan berada di situ?

Nak kena terjun sungai ke nak kena naik bilik dan nyorok bawah katil sekarang ni? Tolong pilihkan cepat!

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience