Chapter 6

Romance Series 4890

Aara mengerut kening apabila mendengar kekecohan yang mengganggu lenanya. Kelopak mata dibuka perlahan. Siling bercat hitam putih menyapa pandangannya.

"IZZAT SUDAH!!"

Aara tersentak dengan jerkahan Airil. Aara berasa hairan seketika.

"Airil?" bisik Aara perlahan. Tangannya mula memicit kepala apabila sakit kepala menyerang kembali. Aara mengesot ke hujung katil kemudian kaki dijatuhkan ke bawah bagi menjejak lantai.

Aara bangun melangkah ke arah pintu perlahan kerana peningnya masih ada. Tombol pintu dipusing dan meneruskan langkah turun ke bawah selepas selesai menutup pintu.

Tiba sahaja di tangga terakhir, Aara terhenti. Terkejut dengan apa yang berlaku di hadapannya. Anaqi sedang membelasah abang kembarnya tanpa halangan. Along dan angah pasrah lalu mengalihkan pandangan.

"Ibu! Hiks!" Anggun dan Mia berlari memeluk kaki ibunya erat membuatkan Aara tersedar daripada lamunannya.

"Izzat stop!" kata Izzan yang baru sahaja tiba bersama El dan Aidan. Dia sudah agak kejadian ini akan terjadi tetapi disebabkan El mahu singgah 7 Eleven, itu membuatkan dia lambat sampai di rumah.

Anaqi memandang Izzan sekilas kemudian merenung benci wajah kesakitan Riz itu. Sebelah kakinya diangkat bersedia untuk menendang Riz terbantut apabila Aara menolak tubuhnya sehingga dia terduduk di sofa.

Anaqi memandang tajam wajah basah isterinya. Dia menarik kuat pergelangan tangan Aara dan merangkul bahu Aara setelah Aara selamat duduk di sebelahnya.

"Bawa Anggun dan Mia masuk bilik" arah Anaqi begitu dingin. Zemir hanya akur. Sebelum Aara menuju ke arah suaminya, dia sudah memberikan Anggun dan Mia kepada angahnya.

Hilang sahaja susuk tubuh angahnya, laju Aara menepis kasar tangan kekar itu lalu bangun menghadap suaminya.

"Apa masalah aw--" Along menekup mulut Aara serentak memberikan amaran ringkas sebelum melepaskan tekupannya.

"Aara jangan tambahkan api lagi kat sini please! Suami Aara tengah emosi tu" Aara terdiam. Aara mengetap bibir. Air matanya deras mengalir. Esakan tangisan Aara memecahkan suasana sepi di ruang tamu.

"A-awak hiks jahat" gumam Aara perlahan. Dia menuju ke arah Riz yang sudah terbaring lemah itu. Belum sempat menyentuh abang kembarnya, Anaqi sudah mencempung Aara naik ke bilik tidur mereka namun sempat meninggalkan pesanan kepada sahabatnya itu.

"Rawat Riz. Jangan bagi dia terserempak dengan aku kalau tak nak aku buat muka dia macam punching bag"

Zafran, Airil dan Izzan di situ diam tak terkata. Izzan menghembus nafas lega apabila anaknya tidak melihat kejadian sebentar tadi. Tiba sahaja di rumah, Izzan menyuruh El membawa Aidan terus masuk ke bilik mereka. El yang mengerti pantas mengangguk dan melangkah naik ke atas.

"Aku harap dia tak berkasar dengan Rara" Izzan dan Airil mengeluh dalam diam kerana bersimpati dengan Aara yang tidak tahu apa-apa.

Tiba sahaja di dalam bilik, Anaqi melempar kasar tubuh Aara ke katil. Aara memegang perut yang masih rata itu sambil menatap tajam wajah Anaqi.

"Sakitlah! Awak lupa ke saya ni mengandung? Suka hati je lempar lempar" Aara marah. Dia mengesot ke belakang untuk bersandar pada kepala katil.

Anaqi melabuhkan punggung di birai katil dan membiarkan isterinya melepaskan amarah itu.

Suasana menjadi sepi. Aara memandang comfoter sahaja. Air mata Aara kembali mengalir deras. Anaqi mengeluh perlahan. Dia benar hilang kawalan selepas mendengar kata-kata Riz di corong telefon tadi. Anaqi menarik Aara ke dalam pelukannya.

"I'm so sorry sayang" Anaqi menghela nafas lega apabila Aara mula membalas  pelukannya. Anaqi mengusap belakang badan Aara.

"A-awak pukul kembar s-saya"

Anaqi menolak dagu Aara ke atas. Dia dapat melihat anak mata isterinya bergetar seakan takut dengannya. Tangannya beralih menangkup pipi tembam Aara. Air mata dikesat perlahan menggunakan ibu jarinya.

"Aku minta maaf okay?" Aara angguk. Aara membenamkan wajah di dada bidang suaminya. Anaqi mencium tepi kepala Aara. Isteri siapalah ni, manja sangat. Desis Anaqi di hati.

Anaqi menghamburkan tawa kecil tatkala mendengar dengkuran halus daripada Aara. Tubuh Aara dibaringkan kemudian merenung wajah sembab isterinya.

"I'm sorry sayang. Kata-kata Riz tu membuatkan aku teringat dendam lama yang belum terbalas" Anaqi melabuhkan ciuman pada kelopak mata Aara yang masih tertutup itu. Kaki melangkah keluar menuju ke bilik triplets.

Krek~

Anaqi memeluk tubuh memandang kosong wajah lena Anggun dan Mia. Matanya beralih ke arah Zemir.

"Tidur?" Zemir menggulingkan mata ke atas mendengar soalan Anaqi itu.

"Kau ada nampak diorang tengah berjoget ke sekarang ni?" balas Zemir sinis. Anaqi menjelingnya tajam.

"Seronok?" Anaqi mengangkat kening hairan.

"Seronok tak pukul adik aku?" Anaqi menyandarkan tubuh di dinding.

"Aku tak sengaja okay. Kau tahukan aku trauma bila orang sebut perkataan hilang ni" ujar Anaqi lalu meraup kasar wajahnya.

"Izzat. Benda dah lama dah--" Bunyi telefon pintar Anaqi membuat kata-kata Zemir terhenti.

"Hello?" Zemir memandang sahaja wajah dingin Anaqi itu.

"Baik saya datang sekarang" Panggilan dimatikan.

"Mawar kat hospital"

Anaqi melangkah keluar dan kembali ke bilik tidurnya untuk bersiap ke hospital. Zemir di situ sudah menelan air liur.

"Aku harap kau tak pukul Riz lagi" gumam Zemir perlahan.

          Selepas 10 minit bersiap, Anaqi mendekati isterinya. Pipi tembam itu diusap penuh kasih sayang.

"Kalau ada jadi apa-apa pada hubungan kita akan datang, aku harap kau sentiasa sabar dan tunggu aku"

Anaqi mengucup bibir mungil Aara sebelum bangun beredar dari situ. Dalan diam, Anaqi sudah banyak rancangan untuk membalas dendam pada seseorang.

"Darah perlu dibalas dengan darah darling"

Tiba sahaja di wad kanak-kanak, Anaqi melajukan langkah apabila mendengar suara Mawar menjerit.

"TAK NAK! MAWAR HIKS NAK A-AYAH JE HIKS"

Krek~

Anaqi segera mendekati Mawar dan memeluk erat tubuh kecil itu. Mawar tersentak lalu mendongak memandang gerangan. Tersebek-sebek wajah Mawar.

"Mawar tak nak ubat tu hiks" Anaqi angguk sambil mengusap belakang badan Mawar. Dapat Anaqi merasakan bahawa tubuh Mawar semakin panas.

"Mawar nak ibu marah ke kalau ibu tahu Mawar demam? Mawar nak ke ayah kena marah dengan ibu sekali?" Tangisan Mawar terhenti. Mawar pantas  menggeleng.

"Tak nak. Mawar tak nak ibu marah Mawar dengan marah Ayah" balas Mawar perlahan. Merah mukanya akibat menangis tadi.

"Kalau tak nak. Kenalah makan ubat nanti boleh balik rumah cepat cepat" pujuk Anaqi. Doktor perempuan di situ sudah tersenyum melihat gelagat keluarga itu. Dialah yang menggantikan tempat Doktor Alana. Nama diberi ialah Tina, Doktor Tina.

"Mawar nak jumpa Anggun dengan Mia dengan ibu" Mawar membuka mulutnya selepas tubuhnya dipusing menghadap Doktor Tina. Berkerut wajah Mawar semasa menelan ubat demam.

"Okay good girl! Lepasni dah boleh balik okay. Jangan sakit sakit lagi nanti doktor masukkan Mawar dalam wad nanti. Nak?" Mawar geleng kemudian bangun memeluk tubuh ayahnya dan wajahnya dibenamkan pada bahu kekar itu.

"Mawar nak balik" kata Mawar perlahan. Mata juga sudah layu. Anaqi mendukung tubuh kecil Mawar hanya menggunakan satu tangannya.

"Sebelum saya balik, saya nak tanya. Siapa yang bawa Mawar datang sini?" Belum sempat doktor Tina balas, suara lunak yang baru sahaja tiba di hadapan pintu membuatkan Anaqi dan doktor Tina menoleh.

"Err doktor, Mawar dah okay ke?"

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience