Chapter 8

Romance Series 4890

Baca balik tau, Farah ada tambah sikit yang krik krik tu haha. Jumpa 2 minggu lagi tau, bye!

Seminggu selepas kes Mawar hilang, Aara perasan yang Anaqi semakin dingin dengannya.

Tiada lagi bermanja.

Mengada-ngada.

Gedik bersama Izzat Anaqi.

Aara menarik nafas dan menghembus secara perlahan-lahan.Dia melanjutkan kerjanya yang terhenti akibat lamunan sebentar tadi. Kemas bilik. Ya, dia masih berada di bilik kerana hari ini dia tidak sedap badan. Jadi, dia mengambil keputusan untuk cuti hari ini.

Aara mengerut kening melihat sampul coklat yang jatuh ke lantai bersama habuk sedikit. Aara membongkokkan badannya lalu mengambil sampul itu.

Tergamam Aara melihat isi sampul itu. Beberapa keping gambar mummy dan daddy terbaring di jalan tar dengan berlumuran darah. Adakah ini keadaan ibu bapa mereka kemalangan lima tahun lepas?

"SIAPA SURUH KAU USIK BARANG AKU?!"

Anak mata hazel Aara memandang tepat pada anak mata hitam suaminya. Jelas kemarahan Aara terpancar di matanya itu.

"APA BENDA NI?! MACAM MANA AWAK BOLEH ADA GAMBAR NI HAA?!" marah Aara tanpa sedar sudah meninggikan suara pada Anaqi.

PANG!

Aara jatuh terduduk. Kira bernasib baik kerana Aara jatuh di atas katil. Anaqi memandang isterinya tajam. Dirinya berlawan dengan perasaan kecewa bercampur geram apabila Aara berani memarahnya seperti itu. Pipi merah Aara dipandang kesal.

"Awak hiks ke yang bunuh parents saya hiks?" soal Aara bersama tangisannya. Anaqi menutup mata melawan perasaan sendiri supaya tidak mencekik isterinya itu. Sakit hatinya apabila Aara menuduhnya.

"SAYA TANYA NI JAWABLAH?!"

Krek~

"Ibu!! Kenapa ibu tengking ayah macam tu? Ibu kan isteri ayah, ibu sendiri cakap dengan Anggun yang syurga isteri di bawah telapak kaki suami" kata Anggun menahan rasa. Air matanya mula bergenang. Tangan kecilnya digenggam erat. Mawar dan Mia di sebelahnya sudah menangis teresak-esak.

"ANGGUN BENCI IBU! IBU JAHAT!"

"Ibu tak sengaja sayang" Anaqi mengetap bibir mendengar suara lemah isterinya. Dia tidak suka melihat isterinya seperti itu tetapi mulutnya bagai dikunci.

Anggun terus menarik tangan adik-adik kembarnya kembali ke bilik mereka.

Anaqi kembali tersenyum sinis melihat anak-anaknya dipihaknya. Anaqi membaca bismillah dalam hati sebelum bicara.

"Aku nak kau duduk dengan abang-abang kau mulai sekarang. Jangan sesekali jejak rumah mama selagi aku tak jemput kau. Pakaian kau semua aku dah bagi Zafran kat bawah. Kau tinggal bawa diri je"

Aara memandang Anaqi tidak percaya. Suaminya halau dia ke? Dah tak sudi nak duduk serumah? Soal Aara di hati.

"BLAH LAH TUNGGU APA?!" Terhinjut bahu Aara serentak melepaskan tangisannya lagi dan lagi.

Entah kenapa dia merasakan bahawa itu bukan Anaqi. Dia mahu suaminya yang dulu.

"IQI!" Zafran yang baru tiba di hadapan bilik Aara dan Anaqi pantas bersuara. Sakit hati Zafran melihat Aara ditengking seperti itu.

"Tak perlu nak marah adik aku macam tu Iqi" tegur Zafran. Laju dia masuk dan mencempung tubuh lemah Aara.

Zafran memandang tajam wajah sahabatnya itu sebelum melangkah keluar. Abang-abang Aara dan sahabatnya yang lain sudah tahu rancangan Izzat Anaqi. Jadi mereka hanya bersetuju sahaja. Tapi tak bermakna dia boleh sesuka hati bentak-bentak adiknya seperti tadi.

Anaqi menutup pintu kemudian mengambil tempat di birai katil. Contact lens hitam dicabut dan diletak pada bekas khas. Anaqi meraup wajah kasar kesal dengan tindakan diri sendiri namun bibirnya mengoyakkan senyuman sinis sambil memandang cermin.

Jelas kornea matanya berwarna kelabu sekarang.

Ya. Dia bukan Anaqi.

Dia, Iqi Reviano.Seorang yang tidak suka rasa kehilangan dan kekerasan dalam ahli keluarganya atau lebih mudah orang yang dia sayang tapi dia jugalah raja dalam kekejaman kepada orang luar.

"Time to revenger Rexandra"

Anggun keluar dari bilik selepas adik-adiknya sudah lena akibat terlalu banyak menangis. Bergenang air mata Anggun apabila melihat ibunya berada dalam cempungan bapa saudaranya.

"P-pak long nak bawa ibu pergi mana? Anggun nak ikut ibu" Aara mencelikkan matanya memandang wajah basah anaknya.

"Anggun stay sini okay. Jaga adik-adik Anggun. Biar ibu awak rehat dalam beberapa minggu je dekat rumah pak long. Boleh?" Tersebik-sebik Anggun menahan tangisan namun kepalanya dianggukkan juga.

"Anggun nak kiss ibu" pintu Anggun perlahan. Serba salah kerana memarahi ibunya sebentar tadi.

Along menurunkan tubuh lemah Aara itu. Anggun memeluk erat kaki kanan Aara.

"Anggun minta maaf ibu hiks" ucap Anggun berkali-kali. Aara memberikan senyuman nipis kepada Anggun. Aara mengucup kedua-dua pipi anaknya selepas mengesat lembut mutiara jernih Anggun.

"Ibu jangan lama-lama tau kat sana"

Along mengusap rambut panjang anak buahnya itu sebelum mencempung kembali tubuh lemah Aara. Anggun memandang sayu susuk tubuh ibunya semakin hilang dari pandangannya.

Klak!

Anggun menoleh ke arah pintu bilik ayahnya. Terpaku melihat mata ayahnya berwarna kelabu terang.

"Aku bukan ayah kau untuk sekarang ni. Jadi, panggil aku daddy Iqi. Baru menarik sikit" Entah kenapa Iqi boleh berlembut dengan anak-anaknya sendiri tapi bukan pada isterinya. Lebih tepat, isteri kepada Anaqi.Terkebil-kebil mata Anggun memandangnya.

"D-daddy Iqi?"

Makan malam sudah tiba, mama dan papa mengerut kening apabila tidak melihat kelibat Aara.

"Mana Aara, Zat?"

Anaqi mengangkat kepala memandang mamanya. Terkedu mamanya. Begitu juga papanya.

"Iqi?" soal mama dan papa serentak. Iqi angguk. Triplets mendiamkan diri sahaja. Mawar dan Mia turut sedih apabila Anggun memberitahu mereka bahawa ibunya tidak tinggal di sini lagi untuk sementara waktu.

"Yes ma. I'm back" Iqi memberikan senyuman senget ke arah mamanya.

"Untuk membela kematian anak perempuan mama dan ibu bapa Aara"

"I know everything about that" Terdiam mama dan papa mendengarnya. Kata-kata Iqi membuatkan mama dan papa tahu bahawa Aara tinggal bersama abang-abangnya sementara Iqi masih mengambil alih tubuh Anaqi itu.

Habis sahaja makan malam, Iqi melangkah naik ke atas dan mengurungkan diri di dalam bilik tidurnya.

Iqi menyandarkan badannya di kepala katil kemudian memejamkan mata. Peristiwa membuatkan dia trauma mula menjengah fikirannya.

Dua orang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan sedang bermain air di pinggir pantai.

"Izzat! Izzan! Izzyani! Sudah lah tu main air. Mari sini makan" tegur seorang wanita berumur 32 tahun yang dipanggil mama.

"Baik mama!" sahut mereka bertiga. Mereka berlari ke arah mama dan adik mereka, Rayyan. Papa dan Irsyad tidak dapat turut serta aktiviti mereka kerana mempunyai kerja masing-masing.

"Abangku shayang. Amikkan sandwich tu" Izzat dan Izzan menoleh ke arah Izzyani yang sengaja meleretkan nada suaranya.

"Malas" balas Izzat dan Izzan serentak. Izzyani mencebik.

"Minta tolong pun tak boleh. Dasar abang-abang pemalas" kutuk Izzyani selamba.

"Kau yang malas sekarang ni. Makanan tu dekat je dekat kau, tu pun nak suruh suruh orang" ujar Izzan tidak puas hati. Izzat mengabaikan pertelingkahan itu lalu bermain bersama adik bongsunya yang berada di pangkuan mama. Makanan langsung tidak disentuh kerana dia masih tiada selera untuk makan.

Tiba-tiba datang sekumpulan lelaki berbadan sasa menyerang mereka. Izzat pantas membawa lari mamanya dan adik bongsunya. Izzan dan Izzyani masih lagi seronok bergurau senda langsung tidak sedar dengan apa yang berlaku sekeliling mereka.

Izzat dan mama menghembus nafas lega apabila sekumpulan lelaki itu tidak mengejar mereka. Rayyan hanya terkebil-kebil di dalam dukungan Izzat.

"Mama call papa atau abang Irsyad sekarang dan selamatkan diri mama dan Ayyab dulu. Izzat nak cari Izzan dan Izzyani dulu" Izzat terus berlalu tanpa menunggu balasan daripada mamanya. Dia tahu mamanya tidak akan membenarkannya untuk kembali ke tempat tadi.

Izzat melangkah berhati-hati menuju ke tempat mereka berkelah. Langkahnya terhenti selepas mendengar seseorang memijak daun kering yang bertaburan di tanah. Belum sempat dia memusing ke belakang untuk melihat orang itu, dia dipukul kuat pada belakang kepalanya menyebabkan pandangannya semakin kabur dan tidak sedarkan diri.

"Ayah!" Lamunannya terhenti setelah mendengar panggilan Mawar.

Iqi mengerut kening melihat Mawar sudah elok duduk bersila menghadapnya. Bila dia masuk? Soalnya dalam hati.

"Erm Anggun kata Triplets kena panggil ayah, daddy Iqi sekarang. Kenapa eh?" tanya Mawar dengan wajah polos.

"Memang pun. Aku yang suruh. Asal? Tak boleh?" Tak berkelip Mawar mendengar bahasa Ayahnya itu. Aneh!

"Kasar sangatlah bahasa daddy Iqi tadi" Mawar memuncungkan bibir tanda protes.

"Okay Mawar dengar sini. Mata ayah Mawar warna apa?"

"Hitam" balas Mawar laju. Semua pasal ayah Mawar dah khatam okay. Getusnya bangga dalam hati.

"Sekarang ni warna apa?"

"Kelabu cerah! Wah cantiknya!" Sempat lagi Mawar memuji warna mata ayahnya.

"So?" Mawar mengerut dahi tidak faham. Otaknya gigih memikirkan balasan yang perlu dibuat. Dia kembali senyum dan yakin dengan apa yang dia fikirkan sekarang.

"So what evah!" balasnya sambil menglibas rambut panjangnya kepada wajah Iqi. Tercengang Iqi mendengarnya.

"Err Mawar ada salah cakap ke? Kat sekolah kalau kawan Mawar cakap so mesti kawan-kawan Mawar yang lain buat macam tu" jelas Mawar apabila melihat ayahnya kelihatan terkedu dengan caranya.

"Haish budak ni" gumam Iqi perlahan.

Kini kandungannya sudah dua bulan. Mata sembab dihiraukan sahaja. Dia tidak menyangka bahawa suaminya sendiri terlibat dengan rancangan kemalangan mummy dan daddynya lima tahun lepas.

Jahat.

Kejam.

Itu sahaja yang dapat diungkap oleh hati kecil Aara.

"S-saya rindu a-awak hiks"

"S-saya hiks rindu anak-anak s-saya hiks"

"Mummy daddy. Anaqi tipu Rara. Suami Rara jahat"

Aara mengusap gambarnya bersama Anaqi yang kelihatan bahagia itu. Di situ, Anaqi memeluk erat pinggangnya dari arah belakang. Dapat Aara merasakan situasi itu berulang kembali.

•Flashback•

Aara memeluk tubuh termenung melihat permandangan yang menyenangkan itu

Anaqi yang keluar dari bilik air itu pantas mendekati Aara.

"Sayang suka tak aku buat honeymoon mengejut ni?" soal Anaqi lalu tangannya melingkari pinggang ramping. Tubuh isterinya disandarkan pada tubuh sasanya yang terdedah tanpa pakaian itu. Anaqi hanya berseluar slack hitam sahaja.

"Suka sangat!" jerit kecil Aara diiringi tepuk tangannya tanda teruja.

"Awak rasakan apa perasaan Izzan sekarang? Mesti dia kecewakan sebab El reject dia" Anaqi mengangguk kecil. Layankan sahajalah.

Suasana menjadi sepi. Masing-masing melayani perasaan sendiri.

Tiba-tiba Anaqi mengusap perut kempis Aara itu.

"Jom kasi perut kau ni ada babies nak?" Aara menoleh ke tepi untuk memandang sekilas. Anaqi dengan pantas mengucup pipi tembam Aara itu.

"Eee Anaqi! Malulah" Tubuh Aara dipusingkan menghadapnya serentak Aara membenamkan wajah di dada bidang Anaqi. Bau maskulin pada tubuh Anaqi membuatkan tangan Aara melingkari leher Anaqi dan memeluknya erat.

Anaqi mendukung tubuh kecil itu seperti koala.

"I love you sayang" Anaqi melabuhkan bibirnya pada seluruh wajah Aara sebelum melangkah ke arah katil.

"I love you too baby" balas Aara perlahan.

•End Flashback•

Air mata Aara kembali jatuh membasahi pipinya apabila mengingati memori manis itu di mana itu ialah bulan madu mereka berdua selepas sahaja Aara habis menjawab peperiksaan SPM. Tetapi memori yang indah tidak dapat membuatkan Aara berhenti berfikir tentang perangai Anaqi yang berubah secara tiba-tiba itu.

"AWAK DAH BERUBAH! AWAK DAH TAK SAYANG SAYA!" Tangisan Aara semakin kuat memenuhi ruang biliknya sendiri. Comfoter ditarik geram sehingga kakinya tersilap langkah.

BUK!

"ARGHH!"

Zafran,Zemir dan Riz sudah buntu melihat kemurungan dan air mata Aara setiap hari. Risau. Kini mereka berkumpul di ruang tamu.

"Kena ke buat Aara macam ni? Tak nak bagitahu ke yang suami dia ada penyakit DID tu? Sekurang-kurangnya dia tahu itu bukan sifat suami dia yang sebenar" protes Riz. Pertama kali dia melihat Aara seperti itu. Adakah begini juga keadaan adik kembarnya sebelum mereka berdua bertemu?

"Iqi bukan seorang yang penyabar macam Izzat. Aku tak tahu pula Iqi ni masih ada dalam diri Izzat tu. Mungkin kehilangan Mawar haritu membuatkan dia teringat kes adik perempuan dia" jelas Zafran mendatar. Zemir mengangguk faham.

"Sejak bila Izzat ada adik perempuan?"

"Dia dah meninggal dunia masa Izzat berumur 12 tahun. Aku dan along tahupun sebab Izzan cerita masa kita orang dah mula rapat" jawab Zemir untuk pertanyaan Riz itu.Tiba-tiba mereka mendengar jeritan Aara dari bilik tidurnya.

"ARGHH!"

Zafran, Zemir dan Riz mula memandang sesama sendiri. Mereka berlari naik ke atas.

Tiba sahaja di hadapan bilik Aara, pantas Zafran memusingkan tombol pintu. Mereka bertiga membuntangkan mata melihat keadaan Aara ketika itu.

"RARA!!"

BERSAMBUNG...

last chapter sebelum Farah menyepi 2 minggi sebab exam

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience