Chapter 17

Romance Series 4890

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Hari bahagia bagi Aariz Elvin dan Insha Haura. Cuaca juga redup sahaja ketika itu.

Riz memandang belakang untuk melihat wajah gadis yang berjaya menarik perhatiannya sejak kemunculan Aisyah Elmaira dua tahun lepas.

"Aariz" Panggilan ayah Insha membuatkan Riz memandang depan semula. Tangannya mula masuk dalam genggaman ayah Insha. Nafas ditarik sedalam yang mungkin dan dilepaskan perlahan-lahan.

"Aariz Elvin bin Ryaan Eszra"

"Saya"

"Aku nikahkan dikau dengan anak kandungku Insha Haura binti Hakim Muhsin dengan mas kahwinnya Rm50000 tunai"

"Aku terima nikahnya Insha Haura binti Hakim Muhsin dengan mas kahwinnya Rm50000 tunai" Sekali lafaz sahaja membuatkan air mata bahagia Insha mengalir perlahan. Siapa sangka gurauannya dua tahun lepas telah menjadi kenyataan iaitu menjadi isteri dan anak-anak kepada lelaki yang bernama Aariz Elvin.

"Insha" Insha mengangkat kepala memandang ke hadapan. Mata bertemu mata membuatkan mulut mereka terkunci. Mata Riz juga berair. Dalam hatinya berjanji tidak akan mengsia-siakan Cikgu Awa triplets, Insha Haura.

"Sarung cincin tu dulu wahai pengantin baru. Lepas ni nak tenung sampai tembus ke dinding pun mama tak kesah" tegur dua sejoli di sisinya itu. Riz tersengih lalu mengambil sebentuk cincin dan disarungkan pada jari manis isterinya. Begitu juga Insha.

Semua di situ tersenyum suka melihat pasangan itu. Dan tidak pada Aara. Aara mengerling wajah dingin Anaqi dengan penuh tanda tanya. Persoalan dua minggu lepas masih lagi tidak terjawab. Malah ditambah dengan persoalan yang lain.

Suka sangat berahsia. Pasang skandal ke dengan Rexandra tu. Getus Aara di hati. Geram! Dengan sikap suaminya yang suka berahsia.

•Flashback•

"Makcik Raihana?" Aara memang tidak akan sudi memanggil ummi selepas terlihat parut panjang di bahu Hana dua tahun lepas. Kejam!

"Dia bukan Raihana tapi Rexandra. Orang yang rancang kemalangan parents kau" Iqi bangkit daripada duduknya mendekati Aara.

"Apa awak merepek ni?" Iqi menarik pinggang Aara supaya rapat dengannya. Sekarang ini dia yakin untuk merenung mata Aara kerana dia sempat memakai contact lens pada matanya.

"Dia. Bukan. Raihana. Dia. Rexandra." Nama perempuan yang Iqi benci ditekankan sedikit suaranya supaya Aara mengerti. Pinggang Aara juga diramas kuat.

"Aww!" Aara menepis kasar kedua-dua tangan suaminya itu.

"Kasarnya! Awak ni kenapa? Kejap okay kejap tak. Kejap baik kejap jahat nak mam--" Kata-kata Aara terputus begitu sahaja apabila Iqi bertindak untuk menekup mulutnya.

"Diam. Aku penat. Nak rehat. Nak tidur. Jangan sampai aku lepaskan kemarahan aku dekat kau" ujar Iqi dingin seraya melepaskan tekupan tersebut. Aara mencebik dalam diam.

"Banyaklah awak punya tidur, ni tangan berdarah ni dibiarkan begitu sahaja je? Tu serpihan kaca kat lantai tu, awak nak saya bersihkan sendiri?" balas Aara lalu memegang tapak tangan suaminya yang terlula.

Iqi menarik tangannya kemudian memeluk tubuh. Tapak tangannya yang berdenyut diabaikan sahaja.

"Apa? Nak gaduh dengan saya pula? Gaduh dengan cermin tak puas?" Aara juga meniru gaya suaminya iaitu memeluk tubuh sambil menatapnya tajam.

"Haah" jawab Iqi sepatah. Wajah tanpa perasaan dipamerkan kepada Aara.

"Haa? Saya punyalah banyak soalan ta--" Iqi mengepit perlahan bibir Aara.

"Siapa suruh kau bagi aku soalan banyak-banyak? Kau ingat aku budak sekolah ke? Yang nak amik UPSR, PT3 dan SPM tu?" soal Iqi mendatar. Tangannya di bibir Aara masih tidak dilepaskan.

"Mulut tu. Macam itik dah muncung, lepastu bercakap je daripada tadi" sambungnya. Aara makin memuncungkan bibirnya walaupun berada dalam kepitan jari suaminya.

"Tadi kau tanyakan, serpihan kaca tu siapa nak bersihkan?" Aara angguk. Iqi mendekati telinga Aara lalu berbisik.

"Kaulah bersihkan. Kau ingat aku ni macam hero kau dekat semua novel yang pernah kau baca tu ke? Sorry, I'm not" Selesai sahaja dia bicara, Iqi berlalu masuk ke bilik air untuk mencuci lukanya.

"HELLO! KALAU AWAK NAK TAHU, HERO DALAM KOLEKSI NOVEL SAYA SEMUA MERESAHKAN TAU. YANG PALING PENTING LAGI BETTER DARIPADA AWAK HUH!" marah Aara apabila suaminya melibatkan hero-hero novel kesayangannya.

"TAK TAHU PUN AARA ELINA!" jerit Iqi dengan sengaja mahu menyakitkan hati Aara itu.

Aara mendiamkan diri. Dia masih berdiri cuba menahan amarahnya. Iqi di dalam juga terdiam.

Selepas 2 minit kemudian, Iqi kembali bersuara.

"Masuk sekarang, aku nak cuci darah aku yang melekat dekat baju kau tu. Amik tuala sekali. Kalau tak nak pun tak apa lagi bagus" arah Iqi mendatar. Pintu bilik air juga dibuka sedikit tetapi bayangannya tidak kelihatan sama sekali.

"Cepat Aara Elina" ujar Iqi dingin menyentak hati Aara. Aara segera mengambil tuala lalu berlari anak masuk ke dalam bilik air.

•End Flashback•

Aara memandang pasangan pengantin baru itu dengan teruja lalu bangun mendekati mereka yang sudah berdiri.

"Tahniah Insha! Welcome to our family!" ucap Aara seperti kekok membuatkan semua di situ tertawa.

"Lepas ni Aara tak boleh manja manja dengan Riz lagi lah sebab Aariz Elvin kan milik Insha Haura seorang" usik Insha lalu merangkul lengan sasa Riz. Riz tersenyum lebar mendengarnya. Dia melabuhkan ciuman pada tepi kepala isterinya. Aara hanya menggulingkan mata ke atas. Malas mau layan!

"Satu dah lock. Ada tiga lagi. Hmm" ujar Riz selamba membuatkan Aara, El dan Insha menatapnya tajam.

"Hey girls! Garangnya muka" komen Riz . Aara, El dan Insha menjelingnya serentak.

"Dah dah, jom pulang. Rehat. Malam nanti lagi penat karang" Semua di situ angguk tanda setuju.

Insha mengerling Riz yang sedang memandu itu. Badannya disandarkan pada kerusi kereta. Baju pengantin yang tersarung pada tubuhnya dimainkan dengan jari.

"Insha" panggil Riz lembut memecahkan suasana janggal.

"Insha masih nak panggil Riz guna nama ke? Tak nak panggil abang?" Tersedak air liur Insha mendengar pertanyaan suaminya.

"R-Riz nak ke?" soal Insha kembali dengan sedikit gugup. Riz menahan diri daripada mengulumkan senyuman.

"Mestilah nak. Cer panggil, Riz nak dengar" Wajah Insha pucat dipandang sekilas.

"A-abang"

"Ye sayang...." balas Riz meleret. Dalam hati sudah melompat gembira manakala Insha sudah merah mukanya akibat malu menguasai diri.

"Kenapa muka merah merah ni, nak cendol?" Laju Insha angguk dan menunjuk ke satu arah. Kebetulan jalan yang dilalui kereta Riz mempunyai gerai cendol.

"Nampak aja sayang ni" Makin merah wajah Insha mendengar Riz menyebut sayang. Kereta diberhentikan tepi jalan.

"Sayang tunggu sini je tau, biar abang yang pergi beli"

"Okay"

Setelah beberapa minit, Riz kembali tanpa membawa sebarang plastik bungkusan. Insha memandangnya tidak berkelip. Seriuslah? Dia pergi gerai tu nak tayang muka je ke?

Tok! Tok!

Insha memandang ke arah tingkap kereta lalu menurunkannya.

"Hai Cikgu Awa! Saya kawan suami baru awak!" Terbuntang Riz mendengarnya. Dia kenal isterinya Riz kerana wajah itu pernah dilihat semasa majlis kesyukuran untuk keluarga kecil Izzan yang baru sahaja tahu bahawa isterinya sudah mengandung lima bulan. Gelaran Cikgu Awa pula kerana Riz yang bagitahu.

"Woi! Engko ingat aku nikah dengan janda ke?!" Riz membaling kotak tisu kosong ke arah rakannya itu selepas menarik tubuh isterinya supaya menyandarkan diri. Dengan pantas figura itu menyambutnya.

"Hehe relaks bro. Saya kenalkan diri sekali lagi, saya Fakhrul iaitu kawan tak beberapa baik suami awak" ucapnya dengan mengukirkan senyuman yang sangat nipis.

Fuh! Hati ada okay tak tu? Getus Insha apabila perasan senyuman Fakhrul. Matanya bersinar memandang plastik yang dipegang oleh Fakhrul.

"Itu kita punya ke wak?" Terangkat kening Fakhrul mendengar bahasa daripada isteri Riz. Dia mengerling wajah masam Riz itu mula timbul idea jahat.

"Yah! This is yours pretty!" sempat dijelirkan lidah ke arah Riz yang sedang bengang. Gurau kit pun tak oleh!

"Dah lah bye. Selamat pengantin baru! Malam nanti aku datang okay" Riz menghembuskan nafas lelah seketika sambil memicit dahi. Bukan dia tidak tahu Insha dan Fakhrul sengaja mahu menyakitkan hatinya.

"Kenapa abang?" Riz mencebik lalu mencubit geram pipi isteirnya. Insha menepis perlahan.

"Dah tengok ke dalam tu ada berapa?" soal Riz mendatar. Ikutkan mahu dicincang sahaja budak Fakhrul itu. Walaupun hanya sekadar 'pretty' tetap tak boleh. Titik.

Insha mengintai sedikit bungkusan cendol di dalam plastik. "Eh banyaknya?!" kata Insha terselit teruja. Riz mengerling wajah gembira isterinya.

"Sayang boleh habiskan ke empat bungkus cendol ni?" soalnya sedikit ragu dengan Insha.

"Boleh boleh" jawab Insha semangat lalu menjatuhkan kepala berkali-kali. Hujung bibir Riz ternaik sedikit apabila melihat tingkah laku comel isterinya.

"Semua ni akan jadi sayang punya kalau sayang bagi abe Riz hadiah" Insha mengangkat kening ke arah Riz sebelum bersuara.

"Abe Riz nak hadiah apa? Cakap je. Cikgu Awa akan tunaikan" Riz menahan diri daripada mengukirkan sengihan apabila isterinya melayankan perangai tiga sukanya itu.

"Abe Riz nak Cikgu Awa kiss di sini, di sini, di sini, sini dan sini" balas Riz seraya menunjukkan di dahi kemudian jari telunjuknya di jatuhkan pada hujung hidung, pipi kiri dan pipi kanannya, dan berakhir di dagunya.

"Abe Riz tak nak kat sini?" soal Insha lagi dengan wajah polos sambil menunjuk bibirnya sendiri. Bukan apa, dia pelik apabila suaminya tidak menunjukkan ke arah bibir. Bukan itukah tempat suami-suami di luar sana suka? Ceh!

"Biar waktu yang menentukan" ujar Riz tenang. Dia tidak mahu isterinya kekok dengan sikap suka mengusiknya walaupun perangai dia dengan Insha dua kali lima sahaja.

Insha angguk faham. Dia mula memberikan kucupan seperti yang diminta oleh Riz sebentar tadi.

"Dah!" Insha menepuk tangan suka. Ikutkan hati mahu sahaja dia lari keluar daripada kereta Riz. Malu!

"Sayang makanlah puas-puas kat rumah nanti" Insha angguk lalu mengalihkan pandangan ke luar tingkap kereta.

Riz yang melihat itu sudah tersengih bahagia.

Mummy, Riz dah nikah!

     Aara masuk ke dalam rumah sebaik sahaja Anaqi selesai memakir kereta. Anaqi terkebil-kebil di dalam kereta apabila ditinggal oleh isteri tercinta.

"Aku ada buat salah ke geng?"

'Jangan jadi bodoh macam kembar kau boleh tak? Kau lupa ke aku ada bagitahu pasal Rexandra tu'

"Erk...." Terkelu lidahnya mendengar suara yang menyampuk. Iqi Reviano.

Anaqi mengetap gigi setelah Iqi memberitahunya tentang hal dua minggu lepas. Tiba-tiba dia berasa tidak sedap hati namun pantas tepis jauh-jauh perasaan itu.

Enjin dimatikan dan keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk ke dalam rumah yang riuh rendah kerana kehadiran keluarga besarnya dan kedua-dua ibu bapa Insha.

Ibu dan ayah Insha merupakan anak tunggal. Begitu juga Insha. Jadi yang menceriakan lagi suasana majlisnya-- eh?! Majlis Riz dan Insha adalah lebih kepada keluarga mama dan keluarga Datin Marina.

"Mana pengantin baru kita? Tak sampai lagi? Takkan terus check in hotel kot"

Irsyad yang mendengar lantas membaling bantal kecil kesayangan Rayyan tepat ke arah wajah Anaqi.

Semua di situ menghamburkan tawa mendengar usikan Anaqi itu. Mama dan papa hanya menggelengkan kepala.

Anaqi membuat muka lalu menggamit Rayyan supaya mendekatinya. Rayyan akur.

"Jom tolong Abang Izzat pujuk Akak Aara awak" bisik Anaqi kepada Rayyan.

"Abang Izzat buat apa dengan Akak Aara sampai Akak Aara merajuk?" balas Rayyan sambil menutup mulut sisinya seperti orang sedang berbisik.

"Apa yang dibisik bisikkan tu?" tegur Dirah sedikit kuat dapat menarik perhatian ramai di situ. Semua menoleh ke arah Anaqi dan Rayyan yang sedang menggaru tepi kepala. Tidak lupa juga dengan sengihan tidak bersalah.

"Men'talk. Perempuan jangan sebok!" ujar Anaqi dan Rayyan serentak. Mereka memandang sesama sendiri sebelum naik ke bilik untuk sesi memujuk gadis pujaan hati mereka.

Dirah membebel halus membuatkan Hairul menoleh ke arah isterinya yang pasti bengang dengan adik beradik itu.

"Dah jangan fikirkan. Jom pergi dapur, kita cari makanan manis manis untuk ceriakan isteri Haris ni" pujukan Hairul membuatkan Dirah melompat suka namun sempat ditahan.

"Jangan lompat-lompat nanti terkeluar baby. Dah lah baby baru nak masuk 3 bulan" Dirah hanya memekakkan telinga lalu menapak ke dapur. Hairul hanya ikut dari belakang.

Rayyan masuk ke dalam dengan membawa teady bear besar Akak Aara. Macam mana ada dekat Rayyan? Rayyan pinjam je kerana cemburu Akak Aaranya dapat teady bear besar daripada apa yang dia ada. Tahu tahu lupa nak pulangkan sampai sekarang.

"Akak Aara!" sergah Rayyan apabila melihat Aara termenung sekali dengan wajah muramnya itu.

Aara tersentak lalu mengalihkan pandangan ke arah Rayyan. Bibir mengukirkan senyuman lebar selepas perasan kehadiran Cik Teadynya.

"Cik Teady Rara ada kat sinilah!" ucap Aara serentak mengalirkan tangisan di depan Rayyan. Betapa indahnya dulu hubungan dia dengan Anaqi. Tapi dia tahu setiap hubungan pasti ada ujian masing-masing. Sebab itu juga Aara cuba untuk bertahan dan mengingati satu perbualannya bersama Anaqi.

"Andai satu hari nanti sayang rasa aku banyak berahsia, dan ketahuilah aku hanya belum bersedia untuk beritahu kau hal sebenar. Apa yang kau perlu buat, cari tahu sendiri atau tunggu dari mulut aku sendiri. Deal?"

"Deal!"

Aara menutup mata dengan air mata setia mengalir. Cuba untuk kuat dan tidak memburukkan suami sendiri.

"Akak Aara, don't cry" pujuk Rayyan. Suaranya juga bergetar halus. Sebak melihat wajah sembab Aara. Tangan kecil Rayyan mengusap bahu kiri Aara. Sebelah tangan lagi memegang badan besar Cik Teady.

Anaqi memerhati mereka berdua dari depan pintu. Hatinya merasa sakit melihat Aara sudah teresak-esak. Dia masuk ke dalam dan memberi isyarat Rayyan untuk keluar dari situ.

Rayyan yang faham mula menghentikan usapan di bahu Aara. Cik teady diletakkan di birai katil kemudian melangkah keluar. Tidak lupa juga untuk menutup pintu tersebut.

Sebaik sahaja kelibat Rayyan sudah hilang dari pandangan Anaqi, dia segera memeluk isterinya dari belakang. Kedua-dua tapak tangannya berada di perut Aarq yang sudah membukit sedikit itu.

"S-saya m-mintak ma-maaf hiks" Aara memusingkan tubuhnya menghadap Anaqi lalu memeluk erat tubuh kekar itu.

"Dah dah. Janganlah nangis. Okay okay aku bagitahu tentang Rexandra sekarang" Lembut sahaja Anaqi berkata.  Tangannya naik mengesat air mata isterinya.

"S-saya n-nangis b-bukan sebab tu" ujar Aara dengan tersedu-sedu. Anaqi mendiamkan diri memberi ruang untuk isterinya meneruskan kata-kata.

"A-awakkan pernah pesan, cari tahu sendiri atau tunggu dari mulut awak sendiri. Tapi saya fikir bukan hiks bukan pasal hiks awak" Tangisan Aara pecah kembali.

Anaqi duduk bersila di tengah katil sebelum menarik Aara duduk di dalam pangkuannya. Belakang badan isterinya diusap berulang kali.

"No. A big no! Sayang tengah mengandung. Jangan memandai nak cari tahu sendiri. Bahaya" balas Anaqi tegas. Rexandra bukan boleh bukan main. Hanya Iqi sahaja yang berani hadap perempuan jahat itu. Sebab apa? Sama-sama mental seperti tidak ada otak untuk berfikir. Cukup itu sahaja alasannya.

"Sa-saya tak nak tahu se-sekarang. Lepas majlis Riz malam ni boleh? Tapi semua kena ada" pinta Aara dengan suara serak. Anaqi angguk setuju. Dia juga malas mahu menjelaskannya banyak kali.

"Sa-saya nak tidur. Nak Cik Teady. Awak dodoikan" Anaqi akur memandangkan Aara betul-betul nampak lemah sekarang ini. Cik teady diberikan kepada Aara kemudian membaringkan tubuh Aara perlahan-lahan. Anaqi turut merebahkan tubuh di sebelah Aara.

Satu tangan Aara laju memeluk lengan Anaqi. Satu tangan lagi memegang tangan Cik Teady yang berada di sebelahnya. Kini Aara berada di tengah-tengah.

Anaqi mendekatkan bibirnya pada telinga Aara lalu mengalunkan zikir sambil mengusap kerutan halus dari dahi Aara. Sekejap sahaja, Aara sudah terlelap.

Anaqi menanggalkan lilitan tudung pada kepala Aara dengan berhati-hati. Butang baju kurung yang dipakai oleh Aara juga dibuka bagi udara masuk. Kedua-dua pipi lembap Aara dikucup lembut.

Anaqi bangkit dari perbaringan namun terhenti apabila Aara mengeratkan pelukan di lengannya. Dia memutuskan untuk membiarkan tudung shawl Aara berada di tepi katil.

"I love you sayang" gumam Anaqi perlahan sebelum masuk ke alam mimpi.

"Assalamualaikum!"

Semua di ruang tamu memandang ke arah pintu. Riz dan Insha hanya menayangkan gigi putihnya yang cantik tersusun. Tangan mereka juga serentak mengeluarkan jari telunjuk dan jari tengah.

"Waalaikumussalam. Balik dah pengantin baru kita. Ingatkan dah lupa masih ada majlis sanding malam nanti" perli Izzan selamba. Riz dan Insha mencebik serentak.

"Kamu beli cendol ke Sha?" soal mak Insha. Menerima anggukkan daripada Insha membuatkan mak Insha menggelengkan kepala. Yang lain hanya memerhati.

"Suami Sha belanja mak hehe" Mak Insha menggelengkan kepala sekali lagi. Begitu juga ayah Insha.

"Lepasni jangan bagi dia makan cendol lagi Riz. Untuk minggu ni dah berapa bungkus cendol dia dah telan" Terkejut Riz mendengarnya. Insha hanya beriak biasa. Isu cendol pun nak dibicarakan ke?

Apa salah cendol?

Insha meminta diri ke dapur selepas habis mendengar bebelan cendol maknya. Riz naik ke bilik untuk menukar baju terlebih dahulu.

Tiba sahaja di dapur terdapat pasangan bahagia tengah mengunyah gummy candy bersama. Fuh!

Insha memusingkan tubuh bersedia keluar dari dapur kerana dia masih belum kenal sepenuhnya keluarga Riz dan keluarga Izzan. Mana tahu ada perangai macam mak lampir seperti dalam drama, tak ke haru hidupnya.

Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Err- cam tak kena je?

"Eh Insha kan? Isteri Riz?" Tubuh Insha kembali menghadap pasangan bahagia itu. Senyum janggal dipamerkan.

"Em haah" jawab Insha ringkas.

"Bawa apa tu? Mehlah duduk dengan kita orang sekali. Kita orang tak makan manusialah" pujuk Dirah apabila melihat Insha seperti tidak selesa dengannya.

"Siapa cakap? Aku makan kau tau. Tu buktinya" sampuk Hairul tiba-tiba. Muka jangan cakap, macam bapak naga! Sempat Insha kutuknya dalam hati.

"Haris" panggil Dirah meleret. Hairul mengangkat kedua belah tangan separa bahu tanda mengalah lalu memberikan senyuman mesra kepada Insha.

"Duduklah. Aku tengah layan mak buyung ni merajuk tadi" Dirah menepuk peha Hairul tanda malu.

Insha tersengih lebar lalu mengambil mangkuk kecil kemudian melabuhkan punggung sebelah Dirah. Bungkusan cendol pertama dan kedua dibuka dan dituangkan ke dalam mangkuk dengan berhati-hati. Rumah orang ni hm.

Straw diletakkan ke dalam mangkuk. Insha menyedut cendol menggunakan straw tanpa pedulikan pandangan tidak berkelip daripada pasangan bahagia itu.

Tak pernah nampak orang makan cendol ke?

"Ahh leganya bila lalu kat tekak" gumam Insha perlahan. Bungkusan ketiga dan keempat dibuka selepas menyedut habis cendol yang berada di dalam mangkuk sebentar tadi.

Straw dihalakan ke dalam mulut Insha, pantas Insha menyedutnya. Syoo syedap! Thanks to you, Fakhrul. Getusnya di hati.

"Sayang!" Insha mengangkat kepala memandang ke arah suara tersebut lalu tersedak.

"Uhuk! Uhuk! Uhuk!" Insha memegang lehernya yang perit. Bukan salah dirinya kerana agak terkejut melihat Riz memakai tshirt tanpa lengan dan membiarkan kulit putihnya Riz menjadi pandangan para tetamu.

Riz segera memberikan segelas air putih kepada isterinya. Insha minum tanpa sebarang soal. Ikutkan hati mahu sahaja menggulung tubuh Riz dengan selimut. Hello! Ada anak dara kat ruang tamu tu okay!

"Kau okay tak Insha?" Insha angguk sebagai jawapan pertanyaan daripada Dirah. Dia tidak berani untuk mengangkat muka kerana jarak dia dan Riz sangatlah dekat. Dia hanya melihat lengan putih Riz yang berada di hadapannya.

Riz mengerling mangkuk yang sudah licin tanda sisi cendol sekalipun. Dia angkat mangkuk, plastik bungkusan cendol dan gelas di tangan isterinya ke arah singki. Plastik bungkusan cendol dibuang ke dalam tong sampah manakala mangkuk dan gelas dicuci dan dibilas sebelum mendekati Insha yang mengusap leher yang tertutup dengan tudung bawal putih itu.

"Aku naik dulu" Tanpa memberi isyarat, Riz terus mencempung tubuh kecil isterinya lalu membawa keluar dari dapur. Dirah dan Hairul memandang sesama sendiri lalu menyambung mengunyah gummy candy.

Tubuh Insha diletakkan di birai katil. Riz melabuhkan punggung sebelah isterinya.

"Kenapa nampak abang je terus terdesak?" Insha menahan diri daripada memberikan penampar sulung kepada Riz.

"Tersedak Riz tersedak" Riz angguk malas.

"Haa yang abang pakai macam ni kenapa? Sengaja nak gadis-gadis kat ruang tamu tu tengok lengan seksi abang?" Insha memeluk tubuh seraya mengalihkan pandangan. Menyampah!

"Wuuu sayang puji ke marah ni?" usik Riz membuatkan wajah Insha semakin merah.

"Marahlah ni. Tak nampak ke?" jawab Insha perlahan.

"Riz tak nampak pun sayang marah. Yang Riz nampak Insha makin sayang kat Riz. Kan kan?" usik Riz sekali lagi. Insha sudah tidak tahan malu mula mengeluarkan air mata.

"Eh eh nangis pula dia" Cemas Riz dibuatnya.

"Abang tu hiks. Suka hati je pakai baju macam tu hiks. Kalau gadis-gadis kat ruang tamu tu tangkap cintun dengan abang hiks macam mana?"

Riz sudah tidak tahan mula melepaskan tawa dengan terbahak-bahak.

"Comelnya isteri abang ni nangis hahaha"

"Abang!" marah Insha. Ketawa Riz semakin kuat apabila melihat wajah comel Insha berkerut halus seolah marahkan dirinya. Terbaring Riz kerana lelah melepaskan tawanya sebentar tadi.

"Dah dah pergi mandi lepastu rehat. Malam nanti nak kena naik pelamin pula"

BERSAMBUNG...

Next chapter; Riz sanding, Aara tahu kebenaran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience