Chapter 10

Romance Series 4890

Langit yang cerah sudah bertukar gelap. Aara mencelikkan mata lalu bangun perlahan-lahan kemudian menyandarkan tubuh di kepala katil. Mata hazel itu  memandang sekelilingnya. Kosong. Tiada siapa di sisinya.

Telefon pintarnya di atas meja diambil dan dibuka. Bergenang air mata Aara melihat gambar yang menyapa pandangannya. Gambar dia bersama suaminya ketika hari keputusan spmnya diumumkan. Anaqi meminjam jubah merah hitam itu daripada Faris Adnan.

Skrin telefonnya menukar kepada nama El serentak telefonnya berbunyi menandakan panggilan masuk. Panggilan itu segera diangkat.

"IBU!" Suara triplets menjerit memandang Aara membuatkan Aara diselubungi rasa sebak. Air mata sudah jatuh membasahi pipi.

"Ibu. Triplets rindu ibu" Suara Anggun perlahan lalu menggigit bibir menahan tangisan. Aara turut melakukan hal yang sama.

"Ibu cakaplah apa-apa. Mia rindu nak dengar suara ibu" pinta Mia dengan tangisannya. Aara mendiamkan diri sahaja. Dia tidak mampu bersuara ketika itu. Dia tidak mahu anak-anaknya tahu bahawa ibunya sedang menangis seperti mereka.

"Ibu. Kalau Mawar tak hilang mesti ibu dengan daddy Iqi tak gaduhkan? Mesti ibu dengan daddy tengah bergurau senda sekarang ni. Mawar minta maaf ibu" Tangisan Aara terhenti setelah mendengar kata-kata Mawar. Daddy Iqi? Soalnya dalam hati.

"Daddy Iqi?" tanya Aara kepada mereka di corong telefon. Suara serak basahnya dihiraukan sahaja.

"Haah. Ayah yang--" Telefon itu pantas diambil oleh El. El menyuruh mereka naik ke atas untuk tidur. Triplets akur walaupun mereka masih tidak puas berbual dengan ibunya. Tetapi mereka tidak naik ke bilik, mereka kembali ke bilik lukisan Rayyan memandangkan Rayyan masih berada di situ.

"Hello babe"

"Siapa daddy Iqi yang triplets maksudkan?" soal Aara mendatar.

"Babe sorry. Aku kena masuk tidur awal ni. Izzan dah panggil aku. Take care, bye!"

Aara mendengus perlahan apabila panggilan itu dimatikan. Aara mengerut kening mendengar nama itu. Iqi? Macam pernah dengar nama tu. Bisik hati kecil Aara.

"Kenapa semua orang macam sembunyikan sesuatu daripada aku?" soalnya perlahan sebak.

Krek~

"Eh Rara. Terbangun ke?" Aara menikam anak mata along. Air matanya kembali membasahi pipi yang masih lembap.

"Along ada apa-apa nak cakap pasal suami Aara ke?" Along mendekati Aara seraya menggelengkan kepala. Punggungnya dilabuhkan di birai katil.

"Siapa Iqi?" Terkedu along mendengar soalan itu.

"Jujur dengan Rara kalau along tak nak Aara keluar dari rumah arwah mummy" Wajah serabut along berubah tegang apabila Aara mengugutnya seperti itu.

"Jangan berani nak buat macam tu, jangan sampai along ikat kaki tangan Aara kat dalam bilik" ugut along kembali.

"Oh macam tu eh? BUATLAH BUAT! JANGAN BAGI MAKANAN DAN MINUMAN SEKALI. BIAR AARA DENGAN BABY NI MATI DALAM BILIK TU. BARU SEMUA ORANG PUAS HATIKAN?!" Aara menolah kuat tubuh alongnya sehingga alongnya terbangun dari duduknya. Suara lantang Aara memenuhi ruang wad itu.

"KALAU ALONG RASA AARA NI SELALU BEBANKAN ALONG DAN YANG LAIN, AMIK PISAU TIKAM SINI TEPAT DEKAT JANTUNG AARA NI! CEPATLAH!" Along pantas memeluk erat  adik kesayangannya itu sekaligus mengunci pergerakan kedua-dua tangan Aara.

Aara menghamburkan tangisannya sekali lagi walaupun setiap malam dia sudah menghabiskan air matanya gara-gara perkara ini.

"Boleh tak hisk bagitahu Rara hiks semuanya? Rara penatlah hiks" Along mengikut sebak melihat keadaan Aara seperti tertekan itu. Tangannya mengusap belakang badan Aara dan mulutnya membaca selawat di tepi telinga Aara.

"Nanti along bagitahu. Aara kena sihat dulu" Along mengucup tepi kepala adiknya sebaik sahaja usai bicara.

"Kena sihat dulu baru along cerita. Boleh?" soal along seraya memegang dagu Aara kemudian menolak ke atas. Sebelah tangan yang bebas mengusap wajah basah Aara.

"Rara. Boleh tak ni?" tanya along sekali lagi dengan nada lembut.

Aara angguk.

"Dah solat isyak?" Aara menggelengkan kepala.

"Solat dulu okay? Along tolong Aara amik wuduk" Along mendukung Aara seperti koala lalu menuju ke bilik air. Aara merebahkan dagunya di bahu tegap itu. Lemah tubuhnya gara-gara melepaskan kemarahannya yang tidak dapat dikawal sebentar tadi.

Along menurunkan tubuh Aara perlahan-lahan. Aara membuka pili air. Dan mengambil wuduk.

Along memeluk tubuh memerhatikan adiknya. Dua hari lagi dia perlu pergi ke Jepun untuk menemu clientnya dari sana. Zemir dan Riz juga perlu ikut untuk menguruskan hal lain.

Keluarganya di sana sudah tidak dianggap oleh mereka bertiga selepas Iqi memberitahu mereka bahawa kedua-dua orang yang menjaga Riz dan Hana ialah penjenayah. Mereka juga tidak perlu mengeluarkan kemarahannya kepada pasangan yang masih tinggal di rumah di sana kerana Iqi sendiri akan menguruskan hal itu.

Pap!

"Along. Rara tahu Rara makin cantik makin comel bila nangis tapi janganlah pandang Rara macam tu. Takut tahu tak? Dah lah along handsome" Along mengusap lengannya yang ditampar kuat oleh Aara seraya menggelengkan kepala melihat adiknya sempat membanggakan dirinya.

"Banyaklah kau cantik, macam badut sarkas je dengan muka merah macam orang tak cukup oksigen. Tang mana yang cantik comel tu?" ujar along lalu mencempung Aara keluar dari bilik air. Aara mencebik.

Along menurunkan tubuh Aara menghadap kiblat. Sejadah dibentangkan kemudian menghulurkan beg telekung Aara.

"Cantik telekung ni, along baru nampak. Baru beli ke?"

Aara menyarung telekung itu pada tubuhnya terlebih dahulu baru menjawab soalan alongnya.

"Anaqi belikan. Tahun lepan punya ni cuma jarang pakai. Sebab lawakan telekung warna dusty pink. Lagipun Aara sayang sangat telekung ni haha" Diakhiri tawa kecil bagi menutup kesedihannya yang sedang menahan rindu kepada suaminya dan anak-anaknya.

"Dah dah. Rara solat dulu, along tunggu luar"

Aara mula mengangkat takbir dan memulakan solatnya.

Selesai sahaja solat, Aara menadah tangannya untuk memohon pertolongan daripada Allah SWT.

"Bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah ya tuhanku. Doa ini ku tujukan kepada adik beradikku, rakan-rakanku, dan orang sekelilingku. Kau ampunilah dosa kami, kau panjangkanlah umur kami, kau berikanlah kami rezeki yang halal dan melimpah ruah. Sekiranya kami leka dengan permasalahan dunia sehingga kami melupakanMu, kau sedarkan kami. Sesunggunya engkaulah yang maha mendengar segala luahan kami. Kau berikanlah yang terbaik untuk kami" Serentak air mata Aara laju jatuh membasahi pipi. Terhinjut bahunya menahan esakan.

Selepas 10 minit melepaskan segala yang dipendam, Aara tidak lupa juga sedekahkan al-Fatihah kepada arwah ibu bapanya, dan orang yang sudah menghadirkan diri dalam kehidupannya termasuk dirinya sendiri.

Aara menutup mata berusaha untuk tidak menangis lagi tetapi gagal. Tahu tahu sahaja dia berada dalam pelukan alongnya.

Tiba-tiba nafas Aara menjadi sempit. Along pantas mencempung Aara dan meletakkan Aara di atas katil serentak tangannya menekan butang merah.

Doktor Tina dan seorang jururawat bergegas masuk ke dalam wad VIP yang bernama Aara Elina. Along menunggu di luar memberi ruang kepada Doktor Tina untuk membuat pemeriksaan terhadap adiknya itu.

Pintu dibuka serentak susuk tubuh doktor Tina keluar dari wad Aara. Jururawat itu sudah meminta diri untuk angkat kaki dari situ.

"Dia okay. Cuma mengalami sesak nafas sahaja. Mata sembab teruk dan wajahnya jelas tiada keceriaan langsung. Setahu saya Aara ada depression sebelum ni kan?"

Along angguk.

"Masa dia umur 16 tahun" jawab along perlahan. Doktor Tina mengangguk faham.

"Kalau boleh bagi sesuatu yang buat dia happy. Satu haripun jadilah. Jangan bagi dia tertekan dengan masalah yang ada, tak elok untuk ibu mengandung"

"Ha lagi satu. Kalau Doktor Alana tahu semua ni, apa awak nak jawab dengan dia?" Along tersentak apabila nama maksudnya disebut.

"Malam ni kalau Aara sudah pulih daripada sesak nafas dan tidak memerlukan bantuan daripada alat bantuan oksigen itu, esok pagi dah boleh keluar. Suruh dia rehat puas-puas malam ni, saya tahu dia penat dengan segala masalah yang ada. Saya harap awak sebagai abang boleh tenangkan dia, suruh dia rehat" Along angguk. Along mengucapkan terima kasih sebelum Doktor Tina melangkah pergi.

Krek~

Aara menoleh ke arah pintu dengan mata layunya. Susuk tubuh along mendekatinya dipandang walaupun pandangan itu kabur kerana air matanya.

"R-rara rindu A-anaqi dan t-triplets" Along menahan sebak pantas mengucup dahi bersih adiknya itu. Along membaca zikir di tepi telinga adiknya sehingga mendengar dengar dengkuran halus adiknya. Jam telefon dilihat.

9:35pm

Beg telekung yang sudah diisi telekung dan sejadag kecil itu diletakkan pada sofa berdekatan. Kakinya melangkah keluar untuk membuat satu panggilan. Telefon ditekapkan pada telinganya.

"Assalamualaikum" sapa Zafran terlebih dahulu.

"Waalaikummussalam. Ha Zaf, bini aku macam mana?" soal suara itu penuh kerisauan. Terangkat kening Zafran mendengarnya.

"Izzat?" tanyanya kembali kerana suara yang menjawab panggilannya tidak segarau Iqi apabila berbicara.

"Hm. Macam mana keadaan Aara?"

"Teruk" ringkas dan padat jawapan yang diberikan oleh Zafran. Anaqi mengetap bibir sebelum melepaskan keluhan berat.

"Kau tahukan dua hari lagi aku kena pergi sana. Kau tak nak balik sini ke jumpa Aara?"

"I will back now. Tunggu aku" Panggilan dimatikan.

Zafran memberikan segaris senyuman. Itu yang dia suka dengan rakannya itu, Anaqi akan balik walaupun dia mempunyai meeting penting dalam 5 minit lagi tetap dia mendahulukan adiknya.

Anaqi keluar dari bilik mencari susuk tubuh rakan-rakannya.Susuk tubuh rakan-rakanya sedang berbual menyapa anak matanya. Hana dan Dirah juga berada di situ.

"Hai Izzat!" sapa ceria daripada ibu mengandung iaitu Dirah. Kandungan Dirah sama dengan usia kandungan Aara. Anaqi tersenyum pendek.

"Aku nak balik Malaysia. Tadi siapa yang dah beli tiket tapi tak jadi balik?"

"Aku. Nanti aku bagi kau" jawab Fakhrul.

"Asal? Ada jadi apa-apa ke kat sana?" tanya Hairul. Anaqi menghela nafas berat.

"Aara masuk hospital sebab Aara jatuh terhempap perut dia dan tadi dia nangis sampai sesak nafas" Semua di situ melihat wajah risau Anaqi.

"Hana kau okay?" Hana tersentak.

"Ha?" Nico menggelengkan kepala. Dia tahu apa yang Iqi buat satu jam yang lalu mengejutkan Hana. Dia juga perasan Hana hanya mendiamkan diri setelah tahu ibunya yang sebenar telah meninggal dunia selepas melahirkannya.

Anaqi memberi isyarat kepada Nico supaya menerangkan tentang seseorang yang beriris kelabu terang itu nanti. Nico angguk faham.

"Aku masuk bilik dulu" Semua di situ angguk kecuali Hana. Hana masih lagi terkebil-kebil melihat susuk tubuh Anaqi yang semakin hilang itu.

"Anata no otto wa koko ni imasu Hana. (Suami you kat sini Hana)" rengek Nico. Hana mengalihkan pandangan ke arah Nico.

"Ceh! Bahasa Jepun pula. I pun bolehlah" Balasan Hana membuatkan Nico mengangkat kening seolah mencabarnya.

"Kare wa anata yori hansamunanode, watashi wa Izzat o mimasu (I tengok Izzat sebab dia lagi kacak daripada you)" Hana terus melarikan diri daripada dikejar oleh mat saleh celup beriris hijau muda itu.

Fakhrul dan Iqram yang memerhati daripada tadi memandang sesama sendiri.

"Kau?" soal mereka sambil menunjuk sesama sendiri dengan jari telunjuk mereka.

"Single" sambung mereka serentak lalu bangun melangkah masuk ke bilik meninggalkan Dirah dan Hairul di situ.

Hairul dan Dirah sudah mengekek ketawa melihat gelagat mereka berdua.

"Kau?" soal Dirah kepada Hairul.

"Kau aku punya" Serentak mengomol wajah tembam Dirah. Dirah menghamburkan tawa, geli diperlakukan begitu.

"Haris Haris Haris" Hairul memandang aneh melihat wajah muram isterinya.

"Kenapa?"

"Nak shushi 3 bekas macam tadi tu lagi lah" Hairul tidak berkelip memandang wajah isterinya.

"Tahanlah ngidam kau tu" Dirah mencebik lalu bangun melangkah perlahan ke arah bilik tidur mereka selepas berbicara.

"Tak kawan Hairul Haris sampai bila bila"

Hairul menggaru kening mendengarnya.

Mama menolak pintu bilik lukisan Rayyan itu. Empat susuk tubuh yang dicarinya sudah menyapa pandangan. Mama menggelengkan kepala melihat wajah masing-masing sudah comot dengan warna air itu. Jam dinding di dalam bilik lukisan dipandang.

10:00pm

Mata mama terbuntang melihat susuk tubuh kecil Aidan di sudut bilik sedang bermain mewarnakan tapak kakinya dengan warna air hijau pekat.

"Ya Allah Aidan!"

Terangkat bahu triplets dan Rayyan serentak. Berus Mia dan Rayyan sudah terpelanting ke bawah akibat terkejut sebentar tadi.

"Asyekejut kita" ucap triplets serentak sambil mengurut dada masing-masing. Rayyan melepaskan tawa kecil sebelum menoleh ke belakang.

"Kenapa mama? Aidan mana ada dalam bilik ni" jawab Rayyan dengan wajah polos.

"Itu apa Ayyan? Klon Aidan ke?" Rayyan melihat ke arah jari telunjuk mamanya. Begitu juga triplets.

Mereka berempat ketawa mengekek melihat keadaan Aidan ketika itu.

Aidan mengangkat kepala memandang tokmanya dengan wajah tidak bersalah lalu tersengih.

"Antik tak?" soal Aidan sambil menunjukkan tapak kakinya.

"Cantik!" balas triplets bersama tawanya. Rayyan sudah menggaru kepala melihatnya.

"Kenapa ni mama?"

Mereka di situ memandang El yang baru sahaja tiba di hadapan pintu. Aidan bangun berlari ke arah El dan memeluk kaki El yang sudah ditutupi baju kelawarnya.

El memakai cardigan hitam untuk turun ke bawah apabila mendengar kekecohan di bawah.

"Mama!" El menahan ketawa melihat wajah comot dan hampir seluruh tubuh anaknya bermandikan warna air bewarna hijau. Macam tengah melatih diri untuk jadi askar je Aidan ni hahaha. Kata hati kecilnya.

"Aidan. Apa awak buat apa ni Aidan?" soal El lalu mendukung tubuh kecil anaknya. Mata bulat Aidan berkelip-kelip memandang wajah ibunya tanpa bersuara.

"Hip hip?"

"Uyeay!" balas Aidan dengan penuh semangat seraya tangan digenggam dan diluruskan tangannya ke atas.

Semua di situ menggelakkan Aidan termasuk mama. Mahu dimarah terus sejuk hatinya apabila melihat kecomelan Aidan.

Izzan yang baru tiba di situ terkejut melihat anaknya.

"Ya Allah! Ni anak toyol ke anak manusia ni?"

"HEI! MULUT KAMU NI IZZAN!"

BERSAMBUNG....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience