Chapter 5

Romance Series 4890

Kini Riz dan Insha berada di kedai mamak. Begitu juga Mawar dan Mia. Bijakkan? Bawa anak orang pergi sarapan tak bagitahu Aara dan Anaqi langsung.

"Jadi kaulah Cikgu Awa yang triplets selalu sebut?" Insha mengangguk sambil mengunyah roti canai itu. Mawar dan Mia makan tanpa mengganggu perbualan orang dewasa. Hormat cikit gitu!

"Kau tak bagitahu aku pun kau dah balik sini? Sampai hati" Riz menggenggam tangannya dan dibawa ke dada. Seolah hatinya terluka. Insha menggulingkan mata. Menyampah!

"Aku baru sebulan kat sini. By the way, aku dah jadi tunang orang tau sekarang" Hati Riz benar benar hancur ketika itu. Wajah ceria Riz bertukar menjadi muram.

"Sejak bila?" Insha menggaru tepi kepalanya yang dibalut tudung bawal kuning. Rasa serba salah kerana melihat wajah sedih Riz.

"Err dua hari yang lalu" Air mata jantan Riz jatuh. Selama dua tahun dia menunggu gadis di hadapannya rupanya itu hanyalah dusta.

"Eh eh janganlah nangis. Aku terima pun sebab err aku tak tahulah nak panggil apa abang-abang kau tu. Haa dia pun ada sekali. Aku syak itu kaulah hantar rombongan meminang secara tiba-tiba tu kan?" Tangisannya terhenti dan ternganga sedikit mulutnya. Along? Angah? Asal aku tak tahu apa-apa ni? Soal Riz dalam hati.

"Dia datang dengan mama dan papa si Izzan sekali" jelas Insha lagi kepada Riz. Riz tidak menyangka mama dan papanya itu betul betul lakukan ini kerana minggu lepas, dia yang mengadu dengan mama dan papa bahawa dia telah menyukai seseorang. Terima kasih mama papa, Riz suka huhu. Kata Riz di hati.

"Kau ni lain kali bagitahu sampai habislah, tengok aku dah nangis tadi. Malulah" rengek Riz tidak puas hati. Insha beriak biasa. Ini anak dah lama tak merasa racun tikus ke? Ujar Insha dalam hati.

"Bukan salah aku. Kau yang melalak dulu, aku belum habiskan ayat aku lagi" Riz menjuih bibir sambil mengesat air matanya yang sedikit mengalir tadi.

"Pape jelah. Bila kita kahwin?" Insha membasahkan tekak dengan minum air teh O suam itu.

"Bulan depan. Pagi nikah malam sanding" Riz mengucap alhamdulillah. Rasa syukur, sekurang-kurangnya penantiannya tidak sia-sia.

"Ehem! Mawar dan Mia dah kenyang ni" Riz dan Insha menoleh mereka berdua lalu tersengih. Lupa la tu ada budak kecik kat sini.

Insha sudah pulang terlebih dahulu setelah mendapat panggilan daripada maknya. Selesai sahaja sarapan, Riz membawa Mawar dan Mia keluar dari kedai mamak itu menuju ke tempat parkir. Kunci kereta Riz terjatuh membuatkan pegangan tangan Mawar terlepas. Mata Mawar memandang sekeliling dan terhenti pada anak kucing berbulu oren itu. Mawar berlari ke tempat parkir selang satu lorong yang diparkir kereta Riz.

"Meow!" ucap Mawar teruja masih lagi mengikuti anak kucing itu. Laju sahaja dia mengejar.

Riz memandang sekeliling setelah perasan bahawa Mawar tiada bersamanya.

"Mia. Nampak Mawar tak?" Mia geleng. Riz mengetap bibir. Takut. Anak orang tu haih.

"Teman uncle cari Mawar jom"

Tiga puluh minit kemudian, Riz menghela nafas gusar. Riz pasrah bila dia akan dimarahi oleh Aara dan Anaqi. Riz kembali ke tempat parkir dan melangkah masuk ke dalam perut kereta. Tubuh Mia yang terlelap dalam dukungannya diletakkan pada kerusi kereta sebelah.

Dengan berat hati Riz mendailkan nombor telefon Aara.

"Assalamualaikum. Mana kau bawa anak aku dua orang tu?" Air liur kesat ditelan. Izzat Anaqi yang menjawab panggilannya.

"W-waalaikumussalam. Izzat, Mawar hilang, Mia je ada dengan aku. I'm sorry"

"HAH?! MAWAR HILANG?! TAK LAWAKLAH RIZ KAU NAK BERGURAU MACAM NI SEKALI PUN!" pantas Anaqi balas.

"JAWABLAH AKU TANYA NI!" Terkejut Riz mendengarnya.

"Aku tak tipu Izzat. Aku dah cari tapi tak ju--" Riz menutup mata apabila panggilannya dimatikan.

Habislah dia kalini.

Mawar memandang sekeliling untuk mencari kelibat Uncle Riznya tetapi masih lagi tidak ditemui.

"Mana Uncle Riz ni? Takkan tinggalkan Mawar sorang-sorang kat sini?"

Mawar melintas jalan tanpa melihat kiri dan kanan.

PIN! PIN!

Badan Mawar menjadi kaku melihat kereta putih semakin menghampirinya. Ada sepasang tangan menarik tubuh kecil itu ke tepi. Mawar yang tidak bersedia sudah terjatuh di atas jalan tar. Tubuh Mawar menggeletar hebat. Sakit di tangan dan dahinya dihiraukan sahaja.

"Ya Allah adik! Mak ayah adik mana?" Mawar menghamburkan tangisan. Takut dengan kejadian tadi.

"Mana Ayah? Mawar nak ayah hiks" Mawar mula meracau. Wanita yang menolong Mawar pantas mendukung tubuh kecil itu dibawa ke hospital.

Para jejaka melihat Anaqi sudah tidak sedap hati. Aura tidak menyenangkan sudah kembali.

"Kau balik naik abang kau. Anggun pun sama. Jangan kacau aku kalau kau tak nak kena tengking dengan aku" Anaqi melangkah jauh meninggalkan mereka di situ. Semua di situ tahu apa yang terjadi pada Anaqi sekarang kecuali Aara, Anggun dan Aidan.

"Awak" panggil Aara perlahan. Anaqi menghentikan langkah tanpa memusingkan tubuhnya.

"Jangan cakap dengan aku selagi Mawar tak jumpa"

Aara menunduk tahan tangisan. Sakit hatinya dibiarkan sendiri. Mawar juga anaknya. Mengapa suaminya berubah sekelip mata? Adakah sebab Riz abang kembarnya dan dia juga kena tempias?

Along mendekati adiknya yang masih menunduk itu. Dia memegang dagu Aara dan menolak ke atas. Ini yang dia tidak suka. Aara mula nangis teresak-esak.

"Kalaulah kita tak datang---" Along meletakkan jari telunjuknya pada bibir Aara kemudian membawa tubuh itu ke dalam dakapannya.

"Tak baik cakap macam tu. Ini kan takdir Allah dah tentukan. Kita kena hadaplah. Jangan cakap macam tu lagi, kalau tak along pula akan marah Rara. Rara nak kena marah dengan along pula ke?" Aara geleng. Anggun memandang sayu melihat ibunya menangis.

"Dah jom balik. Kita bincang kat rumah"

Along mendukung Anggun yang masih terkebil-kebil di situ. Yang lain sudah memasuki kereta masing-masing. Tiba sahaja di hadapan kereta along, Aara bersuara.

"Rara nak duduk belakang" Along angguk. Tubuh Anggun diletakkan pada tempat duduk sebelahnya. Along mulakan perjalanan dengan bacaan bismillah. Zemir memeluk Aara sambil mengusap belakang badan Aara sehingga Aara sendiri terlelap.

"Aku rasa Iqi dah muncul balik"

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience