Chapter 7

Romance Series 4890

"Err doktor, Mawar dah okay ke?"

Anaqi menatap gadis itu sambil mengerutkan dahi. Doktor Tina mengukirkan senyuman mesra kepada gadis itu.

"Okay dah. Kalau ayah dia ada semua akan jadi okay" ujar Doktor Tina sambil mengemaskan peralatan sesama memeriksa kesihatan Mawar sebentar tadi

"Oh ni-- Izzat?" Anaqi melemparkan senyuman pendek kepada gadis itu. Tangannya yang bebas naik menepuk belakang badan Mawar. Anaqi dan gadis itu mengangkat kaki dari situ.

"Bila balik sini Alisya? Aku dan Aara tak tahu pun?" Alisya tersengih. Alamak kantoi! Desis Alisya di hati. Dia bukan tak nak bagitahu tapi entah kenapa dia merasakan janggal apabila berjumpa dengan Aara dan Anaqi.

"Semalam. Zafran yang amik aku" Anaqi angguk faham. Anaqi mengerling wajah tidak keruan Alisya itu.

"Couple ke?" Alisya geleng.

"Pelik sangat ke kalau aku cakap kita orang ni like a bestfriend ever after?" Anaqi tergelak sinis.

"Yakin? Lelaki dan perempuan tak boleh bersahabat baik tau sebab nanti salah sorang akan menaruh hati. Lebih tepat nanti kena friendzone" Alisya mencebik.

"Suka hati kaulah. Yang penting sayang kita orang tak lebih daripada sahabat. Kau apa tahu? Tahu Aara Aara Aara" Anaqi beriak biasa.

"Memanglah isteri aku kot. Nak ingat lebih daripada tu pun boleh. Tak haram pun. Daripada kau dengan Zafran couple. Haram tau tak?" Anaqi melajukan langkah apabila keretanya sudah kelihatan di hujung tempat parkir. Alisya sudah mengepalkan penumbuk selepas Anaqi meninggalkan dia di belakang.

"Aku cakap tak tu taklah!! Tak faham bahasa ke?!" Alisya terus melangkah ke arah kiri dimana tempat dia memakir kereta tiga puluh minit yang lalu.

Anaqi yang mendengar jeritan tidak puas hati itu hanya memekakkan telinga sahaja. Tubuh Mawar diletakkan pada kerusi sebelah sebelum pintu kereta ditutup. Anaqi mengusap perlahan pipi gebu Mawar itu. Mawar merengek seketika.

"Shhh" Anaqi menepuk peha kecil Mawar itu membuatkan Mawar kembali lena.

Anaqi mengeluarkan telefon pintarnya dan mendailkan nombor abang sulungnya.

"Hello" sapa Anaqi setelah panggilannya diangkat.

"Ha ye Zat. Nak apa? Aku tengah kerja ni" balas Irsyad.

"Aku nak cari Rexandra. Boleh tolong aku?" Irsyad di tempat kerja itu terkejut dengan soalan yang dikeluarkan oleh Anaqi.

"Err Mawar dah jumpa?" Sengaja Irsyad mengelak daripada jawab soalan itu.

"Dah jumpa. Kawan aku yang jumpa dia. Tak sekarang ni kau nak tolong aku ke tak? Kalau tak biar Iqi buat sendiri" Terkelu lidah Irsyad mendengar nama itu.

"Okay okay aku tolong kau. Kau jangan memandai eh Zat. Ni Malaysia tau bukan luar negara" Amaran Irsyad seperti mencurah air di daun keladi sahaja bagi Anaqi. Panggilan dimatikan. Telefon diletakkan pada kerusi Mawar Tali pinggang dipasang sebelum menghidupkan enjin kereta dan berlalu dari situ .

Aara mencelikkan mata. Gelap. Itu yang dia rasakan. Mata Aara memandang sekeliling dan terhenti pada susuk tubuh Anaqi yang baru masuk ke biliknya itu.

Tubuh Aara menjadi kaku selepas melihat Anaqi menatapnya tajam. Setajam pisau!

"Aara Elina binti Ryaan Eszra. Aku ceraikan kau dengan talak satu"

Air mata Aara mengalir laju. Nafasnya seolah terhenti. Dia tidak percaya dengan kata-kata Anaqi itu. Dia berharap ini semua mimpi semata.

"AARA TAK NAK!" Serentak kelopak matanya terbuka. Dada berombak besar. Matanya memandang sekeliling. Gelap. Hanya ditemani lampu tidur.

"Tak nak hisk!" Terhinjut bahu Aara. Rupanya dia menangis dalam tidur.

Ktak!

"Eh sayang kenapa jerit ni?" Aara pantas bangun menuju ke arah Anaqi yang berada di hadapan pintu bilik air lalu memeluk tubuh kekar itu. Anaqi mengerut kening apabila merasakan tubuh isterinya panas.

"Sayang. Sayang demam ni" Aara hanya menangis di dalam pelukan itu. Mimpi diceraikan sebentar tadi membuatkan Aara takut untuk berenggang dengan Anaqi.

Anaqi mencempung tubuh isterinya dan diletakkan di atas katil.

"Bagi aku pakai baju dulu sayang" Aara melepaskan pelukan itu. Anaqi menggelengkan kepala lalu menuju ke bilik pakaian.

Selepas 5 minit, Anaqi mendekati isterinya.

"Kau okay tak ni?" Kedua-dua tangan Anaqi mengurungkan tubuh Aara di tengah.

"Apa yang jadi harini?" soal Aara perlahan. Jiwanya separuh hilang gara-gara mimpi tadi.

"Mawar hilang tapi aku dah jumpa dah. Nak jumpa Mawar? " Aara menggeleng dan membantah keras. Air mata sahaja jawapannya sekarang ini. Tidak mampu untuk berkata.

"Tak nak hiks" Anaqi menarik Aara ke dalam dakapannya. Tangan berurat itu mengusap belakang badan Aara.

Aara memejam mata mula terbayang mimpinya. Dia mimpi bahawa dia diceraikan oleh Anaqi tanpa mengetahui sebabnya. Itu sangat menakutkan. Aara hanya beristighfar dalam hati.

"Shhh. Aku ada sayang" Anaqi mengucup dahi panas isterinya kemudian mengeratkan lagi pelukan apabila merasakan gigilan hebat daripada Aara.

"Pakai cool fever okay ? Tak kesian ke kat baby?" Aara mendongak memandang wajah tampan Anaqi. Air mata Aara mengalir laju.

"Hei jangan nangis. Aku tak marah pun. Sian baby kalau dapat tahu ibu dia tengah demam sekarang ni. Kau pun tak selesa nak tidur nanti. Ni dah solat isyak?" Aara mengangguk perlahan. Aara hanya mengurungkan dirinya daripada balik joging sehingga malam. Lepas solat isyak baru dia membuka lock pintu bilik itu. Dia masih terkejut dengan tindakan Anaqi pagi tadi.

"Tapi saya nak ikut awak pergi dapur sekali" balas Aara lemah. Anaqi angguk dan mencapai tudung sarung hitam kemudian disarung pada kepala Aara. Anaqi mendukung Aara seperti koala. Aara merebahkan kepalanya di bahu kekar itu dan mata dipejam.

Anaqi melangkah keluar dari bilik dan turun ke bawah.

"Eh kenapa dengan Rara?" soal mama yang baru sahaja keluar dari dapur.

"Demam ma. Mungkin sebab terkejut Mawar hilang" Mama angguk faham.

"Zafran semua tu dah balik ke mama?"

"Taklah ada dekat bilik masing-masing. Mama yang suruh diorang tidur sini malam ni. Izzan dah balik rumah dia. Ha lagi satu, kenapa suka hati je pukul Riz? Teruk tahu tak?!" Anaqi beriak biasa.

"Mama not now. Menantu mama tengah demam dan memerlukan cool fever sekarang ni" Mama mengeluh dalam diam. Mama beredar tanpa berkata apa-apa.

Anaqi mengambil cool fever sebelum mengambil tempat di meja makan. Anaqi menolak perlahan bahu Aara bagi melihat wajah pucat isterinya itu. Cool fever sudah selamat diletakkan pada dahi Aara.

Anaqi tersengih menatap wajah baby face Aara ketika sakit itu.

Ehem!

Anaqi menoleh lalu mengangkat kening.

"Sejak bila kau balik? Kak Laura dengan Adam mana?" soal Anaqi kepada Irsyad. Adam Luthfi merupakan anak kepada Irsyad dan Laura.

"Aku suruh diorang naik bilik terus. Rara kenapa?" Anaqi menunjuk cool fever di dahi Aara sahaja membuatkan Irsyad faham.

"Aku nak bincang dengan kau malam ni pasal perkara pagi tadi" Anaqi mengerti kemudian memberi isyarat untuk dia mrnghantar isterinya ke bilik tidur dahulu.

"Aku tunggu kau dekat ruang tamu. Aku ajak yang lain sekali"

"Kau yakin kau nak buat rancangan ni? Motif kau nak balas dendam?"

Anaqi tersenyum sinis mendengar soalan Zafran.

"Untuk pengetahuan korang, dia dekat je dengan keluarga korang sebab tu aku tak akan sia-siakan benda ni" Semua di situ mengerut kening tidak faham. Airil yang disuruh ke rumah mama juga memikirkan kata-kata Anaqi sebentar tadi. Keluarga Zafran? Siapa? Soalnya dalam hati.

Anaqi mengangkat bahu. Dia tidak boleh bagitahu sekarang.

"Aku minta kau tolong buat Aara sentiasa percaya dan tunggu aku. Aku buat benda ni bukan untuk balas dendam je, untuk keselamatan keluarga korang juga. Korang je tak perasan. Sampai sini jelah. Kau Airil kalau ngantuk, tidur sini jela. Rumah mama kan dah renovate. Banyak bilik kosong. Aku naik atas dulu"

Terkebil-kebil mereka semua memandang kelibat Anaqi yang semakin hilang.

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience