Chapter 3

Romance Series 4890

Anggun, Mawar dan Mia yang baru sahaja pulang dari tadika berlari masuk ke dalam rumah meninggalkan El di belakang.

"AIDAN! AKAK TRIPLETS DAH BALIK!"

Terkedek-kedek Aidan berlari ke arah mereka bertiga.

"Home! Yeay!" El yang baru muncul tersenyum suka melihat anak sulungnya aktif seperti maknya huhu. Kembar tiga itu melangkah naik ke atas untuk membersihkan diri sebelum bermain dengan Aidan.

"Bubu!" Bulat mata Aidan memandang wajah bersih El kemudian menghulurkan tangannya tanda meminta dukung.

"No dukung for today. Baba pernah cakap apa dekat Aidan?" soal El lalu mencangkung di hadapan Aidan.

"Ja-alan a-atau baba po-potong kaki Adan." El mengusap rambut anaknya sebelum memimpin tangan anaknya dan melangkah ke sofa. Entah apa yang Izzan ajar semasa El tidak bersama mereka tetapi alhamdulillah itu yang membuatkan Aidan semakin pintar sekarang.

Kini Aidan sudah genap berumur 2 tahun. Mama dan papa mengatakan bahawa perangai Aidan sama seperti Izzan ketika kecil. Bijak. Suka mengajuk cakap orang dan suka gelak secara tiba-tiba. Itu yang membuatkan Aidan terlalu comel di mata keluarga Izzan dan keluarga angkat El.

"Eh El baru balik?" El menoleh dan memberikan senyuman tipis kepada mama sebelum mengangguk sebagai balasan.

"Meh sini Aidan. Tokma suapkan." Aidan mengerlip mata berkali-kali ke arah El tanda minta izin. Tergelak mama dan El melihatnya. El mencium pipi tembam anaknya. Geram!

"Pergilah." Aidan menggoyangkan kakinya. Perlahan-lahan tubuhkan ke bawah dan berjalan laju ke arah tokmanya. Mama mengangkat tubuh semangat Aidan duduk di kerusi kecil yang dibelikan Izzan itu.

"Aaaa tokma nak suap ni"

"Eyoplan dulu lah" ujar Aidan dengan suara kecilnya.

"Tak naklah tokma nak suap Aidan macam biasa je"

"Alaaa. Eyoplan dulu lah please" ujar Aidan sekali lagi dan diakhiri dengan mulut kecilnya dimuncungkan. El menggelengkan kepala melihat keras kepala anaknya itu.

"Okay ni kali terakhir okay? Lepas ni no more aeroplane boleh?" Laju Aidan mengangguk sambil menepuk tangan. Tokma kembali menyuapnya dengan gaya seperti kapal terbang mahu mendarat.

"AUM!" Mulut kecil Aidan bergerak kerana mengunyah bubur ayam tokma. Itu adalah makanan tengah hari Aidan setiap hari kerana jika tiada pasti Aidan tidak mahu makan tengah hari itu. Cerewetkan? Macam bapaknya lah.

"Tokma! Maklang! Triplets dah wangi!" jerit kembar tiga serentak. Aidan menepuk tangan teruja mendengarnya.

"Meh makan kat dapur dulu. Biar Aidan dengan tokma." Kembar tiga berlari mengikuti langkah besar El.

El meletakkan spaghetti Aglio Olio pada pinggan plastik merah jambu mereka. Ya! Mereka minat semua barang yang berwarna merah jambu. Terikut Aara mungkin.

"Sekarang dah jam berapa maklang? Abang Ayyan lambat lagi ke nak balik?" soal Mia sambil menyuapkan spaghetti ke dalam mulutnya.

Papa dan mama yang menyuruh cucu mereka memanggil Rayyan sebagai abang Ayyan bukan sebagai paksu kerana umur Rayyan terlalu muda untuk panggilan itu. Mahu bernanah telinga mama dan papa hari-hari mendengar rungutan Rayyan yang tidak bersetuju dengan panggilan paksu itu.

"Ayah balik jam berapa maklang? Mawar rindu ayahlah" soal Mawar pula. Garfu kecil itu dipusing untuk mengaut spaghetti kemudian memasukkan makanan itu ke dalam mulutnya.
Anggun mendiamkan diri kerana dia faham pekerjaan ibu bapanya.

El memberikan senyuman manis kepada Mia dan Mawar.

"Rasanya ibu triplets dah pesankan?" Mereka bertiga pantas mengangguk.

"Pagi petang masa work malam masa family"

"Pandai!"

El menongkat dagu memandang anak-anak Aara itu. Cara membezakan mereka sangat sukar. Hanya boleh dilihat melalui perangai sahaja. Anggun lebih suka mendiamkan diri. Mawar pula selalu bertanyakan tentang ayahnya jika bosan manakala Mia terlalu manja dengan semua orang.

Aara menyandarkan tubuh pada sofa empuk itu dan kembali termenung. Aara tersengih malu mengingat kejadian tadi.

•Throwback•

Aara memesan makanan mengikut seleranya ketika itu. Nasi lemak ayam merah dan air kosong. Pekerja yang mengambil pesanan menundukkan kepala kemudian melangkah pergi.

"Kau tak rindu aku ke Rara?" soal Zemir sambil memandang wajah ceria Aara. Aara mengangkat kepala membalas pandangan angahnya. Lama.

Ehem!

"Abang buat cara abang"

Aara mengetap bibir menahan tawa. Anaqi cemburu?

"Hekeleh! Kecohlah kau. Dah lah rampas adik aku. Suka eh jadi perampas?" soal Zemir sambil memandang Anaqi sinis.

"Relaks sudah. Aku rampas adik kau bukan rampas bini kau. Eh--" Anaqi mengetuk dagu seolah memikirkan sesuatu.

"Kau Single. Lupa pula. Sorry" balas Anaqi selamba lalu memeluk erat pinggang Aara. Zemir mencemberutkan muka. Mulut terkumat-kamit menyumpah serana pada Anaqi yang sudah mentertawakannya. Zafran dan Airil beriak biasa sahaja manakala Riz dan Izzan masih menumpukan pada makanan di atas meja.

"She's mine. Tolong jangan jadi orang ketiga dalam hubungan kami ya abang ipar" ujar Anaqi dingin.

"Biadap!"

"Tak sedar diri!" balas Anaqi pantas.

"Adik ipar tak guna!"

Aara menunduk malu dengan perangai Anaqi dan abang keduanya. Pelanggan di situ hanya tersengih memandang pertelingkahan mereka.

•End Flashback•

Aara mengerling jam dinding kemudian kepala direbahkan di atas meja. Sakit kepala mula menyerang. Tangan naik memicit dahinya. Nasib baik dia sudah menunaikan solat zohor bersama suami dan abang-abangnya yang lain.

"Kak Laura. Aara ada kat dalam?" Sayup sahaja Aara mendengar suara garau suaminya. Matanya dipejam cuba mengusir sakit kepala itu supaya Anaqi tidak mengetahuinya.

Krek~

Kelopak mata dibuka lalu memberikan senyuman nipis pada Anaqi. Wajah Anaqi berubah apabila melihat senyuman itu. Dia tahu itu senyuman palsu.

"Sayang. Kau sakit ke? Bagitahu aku please jangan pendam lagi" Anaqi cuba menahan sebak. Aara menghamburkan tawa duka. Sakit kepala dihiraukan sahaja.

"Mana ada sakit. Mengarutlah awak ni"

"Aara janga--" Aara memintas kata-kata Anaqi.

"Tak ada. Saya tak pendam apa-apa" Anaqi mengeluh dalam diam. Dia menarik tubuh Aara ke dalam dakapannya.

"Sayang?" panggil Anaqi sambil menepuk pipi Aara perlahan apabila merasakan tubuh lemah Aara menjadi berat.

"Sayang. Tak lawaklah nak prank macam ni" rengek Anaqi menahan tangisan. Wajah pucat Aara dipandang cemas. Anaqi mencempung tubuh Aara dan menyangkut beg silang merah jambu Aara dibahunya dan melangkah keluar menuju ke kereta dan bergerak ke klinik berdekatan.

Aara terbaring lemah di atas katil. Anaqi melabuhkan punggung di birai katil. Tangannya mengusap rambut Aara yang paras bahu itu. Dia yang memotong rambut Aara kerana isterinya mengadu rimas berambut panjang.

"Eh sorry tertidur" Aara bangun menyandarkan tubuh di kepala katil. Aara mengerut dahi hairan apabila dia berada di bilik tidur mereka berdua. Bila masa dia balik?

"Tertidur ke pengsan?" soal Anaqi dingin. Aara menundukkan pandangan. Kedua-dua tangannya meramas sesama sendiri. Air mata perlahan-lahan jatuh membasahi pipi.

Anaqi menahan senyum melihat wajah merah Aara yang menahan esakan itu.

"Thank you" Mata Aara memandang tepat pada anak mata Anaqi. Tangan Anaqi mengesat lembut air mata Aara yang berada di pipi tu sebelum melabuhkan ciuman di dahi dan di akhiri pada bibir mungil Aara itu.

"Hah?" Terkebil-kebil mata yang masih berair itu memandang bingung ke arah Anaqi.

"Kenapa tak marah?" soal Aara dengan wajah polos. Tergelak kecil Anaqi mendengarnya. Belum marah dah nangis, macam mana nak marah? Getus Anaqi dalam hati.

"Terima kasih sebab bagi triplets adik" Mata Aara meluas tidak percaya.

"Ye sayang. Kau mengandung" Aara terdiam. Aara merapatkan kakinya ke dada dan meletakkan dagunya di atas lutut.

Aara memandang Anaqi. Anaqi juga membalas pandangan isterinya. Lama.

"Baby, kenapa pandang saya macam tu?" tanya Aara perlahan. Dia masih tidak percaya bahawa dia mengandung untuk kali kedua.

Anaqi senyum.

"Eh senyum pula" rungut Aara tidak puas hati. Anaqi menghapuskan jarak antara mereka. Kedua-dua tangan Anaqi mengepung tubuh Aara di tengah-tengah dan kembali bersuara.

"Sayang nak tahu tak? Tadi sayang tidur pun comel haish geram"

Tanpa mereka sedari, perpisahan dua sejoli itu akan tiba tidak lama lagi.

BERSAMBUNG...

Story ni slow update ya ♡

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience