BAB 21

Romance Completed 13533

Interkom milik Kirana berbunyi. Dia pantas menjawab.

" Kira, awak masuk bilik saya " arah Fahmi.

" Okay bos " Kirana segera bangun dan berlalu ke bilik Fahmi.

Tok..tok..tok..

Pintu bilik Fahmi diketuk terlebih dahulu.

" Masuk " laung Fahmi daripada luar bilik.

Kirana menolak pintu bilik Fahmi. Langkah kaki diatur masuk ke dalam bilik Fahmi.

" Apa apa bos panggil saya? " soal Kirana.

" Duduk dulu. Saya ada benda nak cakap " .

Kirana menarik kerusi di hadapan Fahmi. Lalu dilabuhkan punggungnya di situ.

" Hujung minggu ni saya kena pergi Pahang untuk lawat site dekat sana. Idham tak dapat teman saya sebab wife dia bersalin. Jadi saya nak awak ikut saya. Gantikan Idham " .

Termangu Kirana memandang Fahmi.

" Tapi bos, kenapa saya? Staf lain kan ada " .

" Semua banyak kerja Kira. Jadi sebab tu saya pilih awak untuk gantikan Idham. Boleh? " .

" Er..err..macam mana ea " .

" Kenapa? Awak takut suami awak marah ke? " .

Kirana menggeleng perlahan.

" Taklah bukan macam tu " .

" Jadi tak ada masalah lah kan kalau awak ikut saya. Jangan risau. Saya tahu nak jaga batas awak dengan saya. Saya tahu awak isteri orang. Lepas solat jumaat nanti kita bertolak ke Pahang okay? " .

Dengan berat hati Kirana mengangguk setuju.

" Habis tu kau ikut jugak? " soal Lily.

" Ha'ah. Aku terpaksa beb. Tapi cara bos tu, aku rasa dia okay kot. Insya Allah tak ada apa-apa " .

" Bukan apa Kira. Kalau dulu kau bujang. Takpa. Tapi sekarang ni status kau dah berubah. Dah jadi isteri orang" .

" Aku tahu Lily. Tapi nak buat macam mana, dah tak ada siapa boleh gantikan aku. Nanti kalau aku bantah, bos cakap aku ni terlalu fikir negatif tentang dia pulak " .

" Harap-harap semuanya okay lah. Balik nanti beritahu Eiyan " .

Kirana mengangguk perlahan.

" Thanks sayang. Sedap sangat lauk hari ni. Kalau hari-hari macam ni, boleh gemuk saya " .

Kirana tergelak kecil.

" Welcome. Okay apa kalau gemuk, makin saya sayang " .

" Iya ke makin sayang? " .

Kirana mengangguk kecil.

" Err awak, saya nak beritahu awak ni. Jumaat ni saya kena pergi Pahang dengan bos saya. Saya kena ikut dia lawat site " .

" Kenapa sayang pulak yang kena ikut? Sayang bukannya PA dia " .

" Sebab PA bos, wife dia baru bersalin. So saya terpaksa gantikan dia " .

" Tak boleh tukar ke? " soal Eiyan. Berat hatinya untuk melepaskan Kirana pergi. Lagi-lagi dengan Fahmi.

" Tak boleh awak. Awak jangan risau. Saya janji saya akan jaga diri saya baik-baik " .

Eiyan mengangguk perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience