BAB 5

Romance Completed 13533

Eiyan merebahkan badannya di atas katil. Seharian bekerja membuatkan badannya lenguh-lenguh. Lagi-lagi hari ini banyak kawasan site yang dilawatinya. Kalau ada isteri, boleh lah isteri tolong urutkan. Ni isteri pun tak ada.

Kesibukan kerja membuatkan dia tiada masa untuk mencari kekasih hati. Mana tidaknya, pergi kerja pagi balik kadang-kadang sudah lewat malam. Sabtu ahad pulak dia banyak habiskan masa berehat di rumah saja. Itupun kadang-kadang dia harus bekerja. Nak buat macam mana, sejak dia ambil alih syarikat ayahnya dia memang sibuk. Masa untuk diri sendiri pun tak ada.

Cakap pasal isteri, baru dia teringat kejadian di kedai kek siang tadi. Dia terpaksa menipu dengan mengatakan ingin membeli kek itu untuk isterinya yang sedang mengidam. Padahal memang dia ingin beli kek itu untuknya. Kalau lah orang tahu dia menipu, pasti dia malu. Girlfriend pun tak ada, apatah lagi isteri. Akhirnya dia terpaksa mengalah dengan memberikan kek itu kepada wanita yang mengatakan dia sedang mengandung dan mengidam kek red velvet itu.

Eiyan, Eiyan buruk betul perangai kau. Gumamnya sendiri.

" Assalamualaikum " Kirana melangkah masuk ke dalam rumah.

" Waalaikumsalam " jawab Puan Salbiah.

" Ayah mana mak?" soal Kirana. Dia melangkah ke arah ibunya. Punggungnya dilabuhkan pada sofa sebelah Puan Salbiah.

" Ayah pergi jumpa kawan lama dia. Oh ya esok malam, kawan lama ayah tu ajak kita satu family dinner sama-sama. Kira join sekali ya " .

" Takpalah mak. Kira malas lah nak ikut " tolak Kirana.

" Jom lah. Apa kata kawan ayah nanti. Esok Kira ikut jugak " .

" Hmm tengoklah macam mana nanti. Kira nak naik atas dulu. Nak solat asar, nak mandi " .

" Haa iyalah. Lepas maghrib nanti turun makan " .

" Okay " Kirana terus melangkah ke tingkat atas. Satu persatu anak tangga di dakinya.

" Morning mama, papa " ucap Eiyan sebaik tiba di meja makan.

" Good morning " .

Eiyan menarik kerusi di sebelah Datin Marni. Sekeping roti bakar dicapai dan disapukan dengan kaya. Eiyan memang tak makan makanan berat kalau pagi-pagi begini. Sekeping roti sudah cukup untuk mengalas perutnya.

" Eiyan, hari ni balik awal sikit. Pukul lapan nanti ikut kami dinner dengan kawan papa sekali " .

" Insya Allah pa. Kalau sempat. Eiyan takut tak sempat jer " .

" Iyalah. Kalau boleh balik awal sikit. Papa nak kenalkan Eiyan dengan kawan papa " .

Eiyan mengangguk perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience