BAB 1

Romance Completed 13533

Jam menunjukkan pukul 12.00 tengahari, staf-staf di pejabat ramai yang sudah keluar rehat. Kirana mengemas fail-fail yang berada di atas mejanya.

" Kira, tak keluar lunch ke? " soal Lily.

" Nak keluar lah ni. Kau lunch dengan Azlan ea hari ni? " .

" Ha'ah. Aku pergi dulu ea. Sorry tak dapat lunch dengan kau hari ni " .

Selalunya Lily akan keluar makan dengan Kirana. Tapi hari ini tunangnya ajak makan tengahari bersama. Lagipun dia dan tunangnya jarang berjumpa kerana Azlan bekerja di Kuala Lumpur. Jadi apabila tunangnya itu datang ke Melaka, Lily mengambil peluang ini untuk melepaskan rindu pada Azlan. Bukan senang nak dapat peluang ni. Hampir tiga bulan mereka tidak berjumpa.

" It's okay takpa " jawab Kirana. Lagipun dia tidak kisah jika keluar makan sendirian.

" Bos ada dekat dalam tu, apa kata kau keluar makan dengan bos " Lily tersenyum kecil.

Bukannya dia tidak tahu majikannya itu menyimpan perasaan terhadap Kirana. Kalau pekerja lain buat silap, pasti akan dimarahi. Tapi bila tiba giliran Kirana, Fahmi langsung tidak kata apa-apa. Dia cuma menyuruh Kirana memperbetulkan silapnya.

" Ish kau ni. Tak nak lah. Dah-dah pergi cepat. Kesian Azlan tunggu kau lama-lama " .

" Yelah. Bye " .

" Bye " .

Lily terus berlalu keluar daripada pejabat.

" Kira, awak tak keluar lunch lagi ke?" soal Fahmi yang baru keluar daripada biliknya.

" Haa nak pergilah ni bos " jawabnya.

" Jom lunch dengan saya " ajak Fahmi.

" Er..er..takpa lah bos. Tak manis lah. Apa pulak kata orang nanti. Saya tak nak lah nanti staf lain fikir yang bukan-bukan " tolak Kirana.

Dia jadi tidak selesa apabila Fahmi ingin rapat dengannya. Bukan sekali dua Kirana dikatakan ada hubungan sulit dengan majikannya itu. Gosip itu sudah lali didengarinya. Oleh kerana itu Kirana ingin menjauhkan diri daripada Fahmi. Dia tidak mahu ada apa-apa hubungan dengan Fahmi.

" Mulut orang ni kita tak boleh tutup Kira. Macam-macam dia orang boleh cakap. Kadang-kadang kita tak buat apa-apa pun orang masih mengata. Awak janganlah pedulikan " .

" Tapi kita boleh elakkan. Takpalah bos. Nanti dia orang cakap bos ni tak adil pulak. Kalau nak lunch sekali boleh tapi bukan berdua. Bos boleh ajak staf lain join sekali " .

Fahmi mengangguk perlahan. Dia hormat keputusan Kirana.

" Takpalah kalau macam tu. Saya pergi dulu ya. Awak jangan lupa makan" sempat dia berpesan.

Kirana hanya mengangguk kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience