BAB 3

Romance Completed 13533

Ting! Kirana mendapat idea. Walaupun dia rasa idea dia ini mengarut, dia tidak peduli. Asalkan dia dapat makan kek red velvet itu.

Tiba-tiba Kirana menangis. Lelaki itu dan pekerja kedai kek itu terkejut.

" Sudah, apa hal pulak minah ni? Kena sampuk jin ke apa? " soal lelaki itu.

" Cik kenapa ni? " soal pekerja kedai itu risau. Aduh takkan sebab tak dapat makan kek gadis ini menangis.

" Saya sedih. Saya teringin sangat nak makan kek tu, saya tengah mengidam. Dah lama saya nak makan, hari ni baru jumpa kek ni. Tapi tak dapat pulak" perutnya yang kempis diusap perlahan.

Gila kau Kirana, kahwin pun belum. Celah mana pula nak mengandungnya?

" Encik, kesiankanlah dekat cik ni. Dia tengah mengidam tu " kata pekerja itu .

" Mana boleh macam tu, sebenarnya saya pun nak belikan kek ni untuk isteri saya. Dia mengidam jugak " kata lelaki itu.

Ah sudah, kalau dua-dua mengidam. Kirana menangis teresak-esak.

" Takpalah sayang, maybe tak ada rezeki untuk anak mama ni. Nak buat macam mana kan " Kirana berlakon seperti dia sedang bercakap dengan bayi di dalam kandungannya.

Lelaki itu jadi kesian pula apabila melihat Kirana beriya menangis kerana tak dapat kek.

" Takpalah dik. Bagi jer kek tu dekat cik ni. Nanti saya carikan kedai lain untuk isteri saya " lelaki itu mengalah. Tak sampai hati pula dia lihat gadis itu menangis.

Kirana bersorak gembira dalam hatinya. Rasa nak melompat pun ada ketika ini. Berjaya juga rancangan gilanya itu.

" Terima kasih ya encik " ucapnya pada lelaki itu.

Dalam masa yang sama dia juga rasa bersalah kerana telah menipu. Kesian pulak dekat isteri lelaki ni. Tapi, dia memang nak sangat makan kek red velvet ni. Ah takpa. Lelaki tu cakap dia nak cari dekat kedai lain tadi.

" Sama-sama. Jaga kandungan awak elok-elok " lelaki itu terus berlalu keluar daripada kedai.

Kirana tersenyum nipis. Jaga kandungan? Kandungan apa yang ada dalam perut aku ni, kandungan lemak adalah.

" Baik betul lelaki tu kan kak, beruntung isteri dia. Sanggup dia mengalah dengan akak. Harap-harap dia jumpalah kek untuk isteri dia " kata pekerja itu sambil membungkus kek untuk Kirana.

" Tu lah. Harap macam tu lah " jawab Kirana.

Selesai membuat pembayaran, Kirana terus pulang ke pejabatnya. Lagi 15 minit waktu rehatnya akan tamat. Sedar tidak sedar hampir setengah jam dia berada di kedai kek itu gara-gara rebutkan kek red velvet itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience