BAB 24

Romance Completed 13533

Sudah seminggu Eiyan tinggal di rumah keluarganya dan sudah seminggu juga dia tidak berjumpa dengan Kirana. Bukan niatnya untuk menjauhkan diri daripada Kirana. Tetapi dia ingin memberikan masa buat gadis itu. Dia tahu Kirana masih lagi trauma dengan apa yang terjadi. Oleh kerana itu dia memberikan ruang untuk Kirana menenangkan diri.

" Eiyan, bila nak pergi jenguk Kira? Dah seminggu dah " soal Datin Anita.

" Nantilah ma " jawab Eiyan ringkas.

" Nanti? Nanti sampai bila? Eiyan jangan lupa Kira tu isteri Eiyan. Sepatutnya Eiyan ada dengan dia. Bukannya lari daripada dia. Eiyan tak kesian ke dengan dia? " .

Eiyan meraup wajahnya.

" Eiyan nak bagi dia masa ma " .

" Eiyan, waktu macam ni Kira tak perlukan masa. Dia cuma perlukan suami dia. Sepatutnya sebagai seorang suami Eiyan jadi pelindung dia. Bukannya lari tinggalkan dia. Pergilah rumah mertua Eiyan. Ambil Kira bawak balik rumah. Kesian dia " .

Datin Anita pun sudah tidak tahu lagi bagaimana hendak memujuk anaknya itu. Hari itu dia melawat Kirana di rumah besannya. Kirana tidak sihat. Dia juga ada bertanyakan soal Eiyan padanya. Datin Anita terpaksa memberikan alasan, Eiyan pergi outstation. Dia tidak mahu Kirana terasa hati dengan Eiyan.

Kirana termenung jauh memikirkan tentang Eiyan. Sudah seminggu berlalu, suaminya itu langsung tidak menghubunginya. Ibu mertuanya kata Eiyan sedang outstation. Tapi dia tahu itu hanya alasan. Mungkin Eiyan sudah tidak mahukannya lagi kerana jijik dengan apa yang telah terjadi padanya malam itu.

" Mana awak Eiyan? Awak dah tak nak jumpa saya lagi ke? Awak dah tak sayang saya lagi? Awak dah tak perlukan saya lagi? Saya perlukan awak " air mata Kirana mengalir deras.

Sungguh dia terlalu rindukan Eiyan ketika ini. Dia mahukan lelaki itu ada di sisinya ketika ini.

Pintu bilik Kirana dikuak daripada luar.

" Kenapa mak? Kalau mak nak siurh Kira makan, Kira tak nak. Kira cuma nak suami Kira " .

Tanpa melihat siapa yang datang pun dia sudah tahu itu Puan Salbiah.

" Suami Kira ada dekat sini " .

Kirana terus menoleh sebaik mendengar suara garau itu.

" Awak! " dia berlari mendapatkan Eiyan.

Eiyan mendepakan tangannya untuk memeluk Kirana. Lama mereka berpelukan. Mereka berdua saling melepaskan rindu antara satu lain. Selepas itu, mereka melepaskan pelukan. Eiyan dan Kirana saling berpandangan sebentar.

" Maafkan saya sayang " ucap Eiyan.

Daripada mata Kirana dia dapat tahu betapa terseksanya gadis itu. Dia menyesal. Sepatutnya dia ada di sisi Kirana di saat isterinya itu memerlukan dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience