BAB 9

Romance Completed 13533

" Kira! " Lily dengan pantas mendapatkan Kirana.

Kecoh satu ofis tadi apabila bos mereka, Fahmi menghadiahkan Kirana sejambak bunga. Ada juga khabar mengatakan Fahmi telah melamar Kirana. Oleh kerana itu Lily ingin bertanya sendiri pada Kirana. Tadi dia tiada di pejabat kerana ada urusan kerja di luar.

" Ya Allah, kenapa kau ni? Bukan main cemas lagi " soal Kirana pelik.

Mana tidaknya, daripada jauh lagi Lily sudah memanggil namanya.

" Kira, betul ke? " soal Lily.

" Betul apanya ? " soal Kirana tidak mengerti maksud Lily.

Lily memandang sekeliling terlebih dahulu. Apabila dia yakin tiada siapa yang akan mendengar perbualan mereka nanti, barulah dia cakap.

" Bos bagi bunga dekat kau ya? Lepas tu dia lamar kau? " soalnya.

" Mana kau tahu ni? Bukan kau tak ada dekat ofis ke tadi? ".

" Betul ke? Jadi kau terima tak? " soal Lily tidak sabar.

" Tu semua khabar angin jer lah. Bos memang lah bagi aku bunga tapi mana ada dia lamar aku. Siapa yang cakap dia lamar aku? " .

" Budak-budak ofis ni lah yang cakap. Daripada luar lagi aku dengar dia orang bergosip pasal kau dengan bos".

Kirana menggelengkan kepalanya. Haishh tak habis-habis.

" Pandai-pandai jer lah dia orang ni " .

" Tapi kenapa bos bagi kau bunga ea?" .

" Entahlah. Aku pun tak sure. Tiba-tiba jer dia bagi aku bunga tadi " .

" Eh Kira, kau tak perasan ke yang bos tu memang sukakan kau. Kenapa ek kau tak nak terima dia? " .

" Tak lah. Mana ada. Perasaan kau jer. Kalau betul bos suka aku pun, aku tak boleh terima dia " .

" Kenapa? Apa kurangnya bos tu? Hensem, kaya, stabil, baik. Apa lagi yang kurang? " soal Lily.

" Cinta. Aku tak cintakan dia. Entahlah hati aku memang tak boleh untuk terima dia " .

" Ya Allah peliknya kau ni Kira. Perempuan-perempuan kat luar sana tu dok berebut nak jadi isteri bos tau. Kau pulak senang-senang jer reject. Kalau lah aku ni belum bertunang, dah lama aku pikat bos tau " .

" Amboi-amboi, aku bagi tahu Azlan baru tahu. Sedar diri sikit ea lagi dua bulan awak tu nak jadi isteri orang dah. So please behave ".

" Aku gurau jer lah " .

" Apa-apa jer lah. Dah pergi buat kerja. Kalau bos nampak tak pasal-pasal jer kena potong gaji " .

Lily kembali semula ke meja kerjanya. Kirana pula menyambung kembali kerjanya yang tertangguh tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience