BAB 15

Romance Completed 13533

Selepas makan, Kirana mengajak Eiyan pergi ke pasaraya untuk membeli barang dapur memandangkan barang keperluan rumah langsung tiada.

" Banyaknya awak beli " tegur Eiyan.

Baru pergi beberapa bahagian, troli yang ditolak sudah penuh.

" Untuk awak jugak kan " .

" Barang awak jer yang banyak " .

" Mana ada. Saya beli barang dapur lah. Macam mana nak masak kalau tak ada barang dapur? " .

" Barang dapur? Dalam troli ni banyak coklat dengan makanan ringan jer " soal Eiyan.

" Err..er ni pun penting jugak. Nanti kalau saya lapar, boleh lah saya makan" menggelabah Kirana mencari alasan.

Mana tidaknya, separuh troli penuh dengan coklat dan makanan ringan sahaja. Barang basah hanya suku daripada troli itu.

" Please Eiyan.. " pujuk Kirana.

" Yelah yelah " .

Kirana tersenyum lebar.

" Jom kita cari barang lain pulak " ajaknya.

Eiyan hanya mampu menggelengkan kepalanya. Dia menolak troli mengikut langkah Kirana yang sudah jauh ke depan. Perempuan ni bab shopping dia memang laju. Termasuklah Kirana.

Eiyan melabuhkan punggungnya di sebelah Kirana yang khusyuk menonton televisyen sambil makan coklat.

" Cerita apa ni? " soal Eiyan.

Kirana tidak menjawab. Begitu fokus dia menonton drama yang ditayangkan di televisyen itu. Eiyan mencapai remote TV yang berada di atas meja kopi kemudian dia menukarkan siaran lain.

" Awak, kenapa tukar? " soal Kirana.

" Saja. Tak bestlah drama tadi tu. Jiwang sangat. Haa baik tengok cerita ni " Eiyan tersenyum lebar melihat cerita kartun naruto yang di tayangkan di televisyen.

" Alah bukanlah drama tadi tu balik. Saya nak tengok. Hari ni episod akhir tau. Buang masa saya lah kalau tengok drama tu daripada awal tapi episod akhir saya tak tengok " .

" Alah bukannya best pun " .

" Eiyan! " .

" Ni TV saya. Jadi suka hati saya lah nak tengok cerita apa pun " .

" Eiyan tukarlah balik drama tu. Lepas habis drama tu awak tengoklah cerita apa pun, saya tak kisah " .

Eiyan hanya buat tidak tahu. Kirana mula geram, dia cuba merampas remote TV yang berada di tangan Eiyan. Tapi Eiyan pantas menyorokkannya di dalam bajunya.

" Eiyan bagilah! " .

" Haa kalau berani amik lah " cabar Eiyan. Dia yakin Kirana takkan berani menyelak baju yang dipakai untuk mengambil remote TV itu.

Tapi dia silap, Kirana terus menyelak bajunya untuk mengambil remote TV itu.

" Eh Kira awak nak buat apa ni, awak nak cabul saya " .

Mereka berdua bergelut buat seketika. Tangan Eiyan menahan tangan Kirana. Kirana terus menggigit tangan Eiyan kemudian cepat-cepat dia mengambil remote TV itu.

" Aduhh sakit. Kira awak dah gila ke?" .

Kirana ketawa besar. Padan muka. Lain kali jangan cari pasal dengan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience