BAB 22

Romance Completed 13533

" Take care okay sayang " pesan Eiyan.

Dia menghantar Kirana di pejabat isterinya itu. Kirana akan ke Pahang dengan menaiki kereta Fahmi. Berat sebenarnya hati Eiyan untuk melepaskan Kirana pergi. Tapi nak buat macam mana, ini urusan kerja.

" Okay awak. Nanti kalau dah sampai saya call. Awak pun sama take care. Jangan lupa makan " .

Eiyan mengangguk perlahan.

" Okay sayang. I will miss you " .

" Saya pun akan rindukan awak " .

" Meh nak peluk sikit " Eiyan menarik Kirana ke dalam pelukannya.

" I love you " ucapnya romantik.

" I love you more " jawab Kirana.

Pelukan dilepaskan.

" Bos saya dah sampai lah awak. Saya pergi dulu ya " kata Kirana sebaik melihat kereta Fahmi yang baru tiba.

" Okay sayang. Jaga diri tau. Jangan nakal-nakal " dahi Kirana dikucup lembut.

Kirana mencium tangan suaminya itu.

" Bye awak " Kirana terus berlalu pergi ke kereta Fahmi.

Tangannya dilambaikan ke arah Eiyan sebelum dia masuk ke dalam kereta.

' Ya Allah kau lindungilah isteriku ' doa Eiyan dalam hati.

" Amboi romantiknya awak dengan suami awak " tegur Fahmi.

Dia sudah menekan pedal minyak.

" Biasa-biasa jer bos " jawab Kirana.

Betapa sakitnya hati Fahmi saat melihat kemesraan antara Kirana dan suaminya tadi hanya Allah yang tahu. Sepatutunya Kirana menjadi miliknya bukan lelaki itu.

" Bila entah saya nak rasa semua tu " .

" Insya Allah saya doakan bos dipertemukan dengan perempuan yang baik " .

Fahmi tersenyum nipis. Tak ada yang lagi baik daripada awak Kirana. Datanglah beribu perempuan lain. Pilihan saya tetap awak. Saya cuma mahukan awak.

Esok Kirana akan pulang ke Melaka semula. Setelah dua hari dia berada di negeri darul makmur ini. Rindunya pada Eiyan kian menggunung. Tidak sabar ingin berjumpa dengan suaminya esok.

Ding..dong..

Bunyi loceng pintu bilik mengejutkan Kirana yang baru sahaja terlelap. Dia melihat jam di telefon bimbitnya. Sudah pukul 2.00 pagi. Siapa pulak yang datang waktu-waktu begini. Takkanlah room service datang pagi-pagi buta begini.

Kirana bangun juga daripada katil. Dia mencapai tudung sarung. Dengan lafaz bismillah dia membuka pintu bilik.

" Bos? " soal Kirana terkejut. Apa bos nak pagi-pagi buta begini? Hatinya mula rasa tidak enak.

" Kira " Fahmi terus masuk ke dalam bilik Kirana.

" Eh bos apa ni, kenapa bos masuk bilik saya? " soal Kirana cemas.

Fahmi terus mengunci pintu bilik. Dia tersenyum penuh makna pada Kirana.

" Dah lama saya tunggu saat ni " .

Kirana menggigil ketakutan. Ya Allah lindungilah aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience