BAB 6

Romance Completed 13533

Selepas menunaikan solat maghrib, Kirana bersiap-siap untuk mengikut ibu bapanya makan malam bersama kawan mereka. Pada awalnya Kirana memang tidak mahu ikut, tapi setelah di desak oleh mak dan ayahnya terpaksalah dia ikut.

Sehelai dress labuh berwarna putih menjadi pilihannya. Dipadankan dengan jaket jeans berwarna biru. Shawl crumple berwarna hitam menjadi pilihannya. Sedikit solekan ditambah pada wajahnya. Kata ayahnya, rakannya telah menempah restoran mewah untuk makan malam ini. Oleh kerana itu Kirana ingin memastikan penampilannya kemas. Jika tidak, dia lebih selesa memakai blouse dan seluar palazzo saja.

Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Kirana terus turun ke tingkat bawah. Ayah dan maknya pasti sudah siap.

Mereka bertiga melangkah masuk ke dalam sebuah restoran makanan barat. Restoran ini rakan ayahnya yang pilih dan tempah.

" Jom " ajak Encik Salim.

Puan Salbiah dan Kirana hanya mengikut langkah Encik Salim.

" Assalamualaikum " .

" Waalaikumsalam. Haa sampai pun" seorang lelaki lebih kurang sebaya dengan ayahnya berjabat tangan dengan ayahnya.

Puan Salbiah pula bersalaman dengan wanita yang bersama dengan lelaki itu. Kirana turut menyalami tangan wanita itu.

" Kira, ni lah kawan ayah. Ni uncle Borhan, yang ni pulak isteri dia aunty Anita " Encik Salim memperkenalkan mereka dengan Kirana.

Kirana mengangguk sambil tersenyum kecil.

" Ni lah anak dara kau ya Salim? Cantik betul " puji Datuk Borhan.

Kirana hanya tersenyum nipis.

" Eh mana anak kau?" soal Encik Salim.

" Anak aku masih dekat office. Sekejap lagi dia datang " .

" Ohh. Busy betul ya " .

" Itulah. Sebab tu aku dah tak nak campur tangan dengan syarikat lagi. Biarlah anak aku pulak yang uruskan" .

" Iyalah kita ni bukannya muda lagi kan " .

" Tapi kau masih kuat lagi. Doktor lah katakan " .

Mereka ketawa kecil. Kirana di situ seperti cacing kepanasan. Rasa janggal pula. Ayahnya rancak berborak dengan Datuk Borhan. Maknya pula bersembang dengan Datim Anita. Tinggal lah dia seorang-seorang.

" Umur Kira berapa? " soal Datin Anita ramah.

" 25 tahun aunty " jawabnya.

" Ohh. Dah ada boyfriend? " .

Kirana menggeleng perlahan.

" Kira ni memang susah sikit nak lekat dengan lelaki. Sibuk sangat dengan kerja dia tu " sampuk Puan Salbiah.

" Samalah dengan anak bujang akak. Lagi-lagi lepas dia ambil alih syarikat papa dia. Bertambah sibuk lah. Umur dah nak masuk 29 tapi calon pun belum ada " .

" Assalamualaikum semua. Maaf lambat " kata Eiyan yang baru tiba.

Semua mata memandangnya. Kirana terkejut saat melihat Eiyan. Begitu juga dengan Eiyan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience