BAB 17

Romance Completed 13533

Kirana melihat jam di dinding. Sudah pukul 2 petang. Eiyan masih belum keluar daripada biliknya.

" Takkanlah dia tak bangun lagi? " Kirana meringankan kakinya melangkah semula ke bilik Eiyan.

" Eiyan, awak belum bangun lagi ke?" soalnya.

Pintu bilik Eiyan diketuk berulang kali. Tapi masih sama macam tadi. Tiada jawapan. Kirana memulas tombol pintu bilik Eiyan, tak berkunci. Sebaik dia melangkah masuk ke dalam bilik lelaki itu, dia melihat Eiyan masih lagi berselubung di dalam selimut.

" Ya Allah dia ni, matahari dah terpacak atas kepala pun masih belum bangun? " omel Kirana.

" Eiyan bangun! " kejutnya.

" Apa Kira? Bisinglah. Jangan kacau saya tidur please " .

" Hei Eiyan, bangunlah! " .

" Awal lagi Kira. Nanti saya bangunlah" jawab Eiyan. Dia menarik selimut menutup wajahnya.

" Ya Allah dia ni " Kirana hilang sabar.

" Eiyan, it's 2 o'clock! and you're just lying her like sleeping beauty ! " Kirana terus menarik selimut yang dipakai oleh Eiyan.

" Kira apa ni? " soal Eiyan.

" Bangunlah Eiyan. Eii kenapa degil sangat ni? " .

Lambat-lambat Eiyan bangun juga. Dia menggosok-gosok matanya. Rambutnya yang berserabai diraup ke belakang.

" Hari ni kan cuti. Ni lah masanya untuk saya rehat " .

" Rehat? Ini dah terlebih rehat tahu tak. Dah pergi mandi cepat. And jangan lupa solat zohor. Lepas tu turun makan. Saya dah masak " .

Kirana terus berlalu keluar daripada bilik Eiyan.

" Kacau jer lah cik kak ni " Eiyan melangkah malas ke kamar mandi.

" Sedapnya. Awak masak ke? " soal Eiyan.

Dia menambah lagi satu senduk nasi goreng sotong yang dimasak oleh Kirana. Begitu berselera dia makan.

" Iyalah. Kan saya dah cakap tadi saya masak " jawab Kirana.

Dia juga turut makan. Melihat Eiyan makan, membuatkan perutnya lapar semula. Mujur dia masak lebih.

" Manalah tahu kalau awak beli " .

" Takkan lah saya nak tipu pulak " Kirana mula bengang.

Bercakap dengan Eiyan tak pernah tak sakit hati. Naik darah dibuatnya.

" Yelah " jawab Eiyan malas mahu memanjangkan pergaduhan.

" Eiyan, boleh saya tanya awak satu soalan " .

" Tanyalah. Kenapa nak minta izin pulak? Selalunya bukan awak terus tanya jer ke? " .

" Ermm awak dah ada kekasih? " .

Eiyan tergelak kecil.

" Status saya sekarang ni suami orang. Takkanlah saya nak ada scandal dengan perempuan lain pulak. Mesti awak tak suka kan? Perkahwinan ni bagi saya bukan perkara main-main. Walaupun kita kahwin bukan sebab cinta, saya yakin kita pun boleh bahagia macam orang lain " .

Kirana terkedu seketika mendengar jawapan Eiyan. Dia silap menilai lelaki itu. Dia sangkakan Eiyan langsung tidak kisah dengan perkahwinan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience