BAB 7

Romance Completed 13533

" Mengidam konon. Penipu " perli Eiyan.

Ketika itu mereka berada di luar restoran. Eiyan sengaja cakap dengan orang tua mereka dia ingin berborak dengan Kirana dan mengajak gadis itu ke luar restoran. Dalam terpaksa, Kirana ikut saja.

" Excuse me, bukan saya seorang yang menipu. Awak pun tipu jugak kan. Isteri dekat rumah mengidam lah kononnya. Huh, dia pun sama " balas Kirana geram.

" Tapi kira okey sebab saya mengalah dengan awak. Kalau saya tahu awak tipu, saya takkan mengalah dengan awak " .

" So awak tak puas hati lah dengan saya sekarang ni? Masalahnya saya yang datang dulu kedai tu. Jadi kek tu saya punya lah ".

" Tapi saya yang cakap nak kek tu dulu" .

" Eii kenapa dengan awak ni ea? Benda dah lepas kan " jawab Kirana geram.

" Tapi awak dah tipu saya " .

" Bukan saya seorang yang menipu. Awak pun tipu jugak " .

" Tapi awak tipu.. " .

" Stop. Stop. Sampai bila nak bergaduh ni ha? " pantas Kirana memotong kata-kata lelaki itu.

" Sampai bila-bila " jawab Eiyan selamba.

Sebenarnya dia bengang dengan Kirana. Mati-mati dia percaya yang Kirana memang betul-betul mengandung dan mengidam. Jadi mulai hari ini dia ingin melancarkan perang dingin dengan gadis itu.

" So childish " kata Kirana perlahan namun masih mampu didengari oleh Eiyan.

" Apa? Childish? Yang awak menipu sebab semata-mata nak makan kek tu? Bukan childish namanya? " .

" Dah lah. Tak payah lah nak ungkit. Kan benda tu dah lepas. Awak pun tipu jugak. So jangan nak salahkan saya seorang jer " .

" Whatever " Eiyan menjulingkan matanya ke atas.

Besar kecil besar kecil sahaja Kirana memandang Eiyan.

" Eiii geramnya saya dengan awak ni. I hate you so much! " .

" I love you too. Thank you " .

Mencerlung mata Kirana memandang Eiyan. Dah kenapa dengan mamat ni?

" Eiww bila masa pulak saya cakap I love you dekat awak? Saya cakap saya benci awak. Benci benci benci! " Kirana naik berang melayan perangai lelaki di hadapannya ini.

" Jangan benci sangat. Takut nanti benci tu bertukar jadi sayang " .

" Jangan nak perasan lah " .

" Kenapa? ".

" Kenyataanya saya memang benci dekat awak dan saya tak akan pernah sayang dekat awak. Jadi jangan nak perasan sangat. Eii siapa ntah nak sayang dia. Kuat perasan betul. Annoying " Kirana terus berlalu meninggalkan Eiyan sendirian.

Eiyan tersenyum kecil. Entah kenapa dia suka sangat cari pasal dengan gadis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience