BAB 16

Romance Completed 13533

" So macam mana? Okay?" soal Lily.

Terkebil-kebil Kirana memandang Lily.

" Apa yang okay nya ? " soal Kirana semula.

" Kau dengan Eiyan lah. Macam mana? Tadi bukan main aku nampak dia hantar kau datang ofis " .

" Macam tu jer lah. Dia hantar aku pun sebab kereta aku ada dekat rumah parents aku lagi " .

" Tak sangkakan Kira. Rupa-rupanya Eiyan tu jodoh kau " .

" Tapi rumah tangga kita orang bukan macam orang lain.. ".

" Kenapa? " .

" Kita orang tak tidur sekali. Buat hal masing-masing. Tak macam suami isteri langsung " .

" Tapi kau boleh cuba kan? Why not bukak hati kau untuk terima Eiyan. Ya aku tahu mula-mula memang susah. Tapi lama-lama mesti boleh punya. Kau bagi peluang pada Eiyan ".

" Hurmm kalau lah semua tu semudah kata-kata. Eiyan tu annoying. Dia tak habis-habis nak buat aku marah " .

Lily ketawa kecil.

" Itu tandanya dia nak bergurau dengan kau " .

" Bergurau lah sangat. Buat aku sakit hati adalah " .

Tanpa disedari mereka berdua, Fahmi mencuri dengar perbualan mereka berdua.

" Jadi Kira kahwin bukan sebab cinta?" Fahmi tersenyum kecil. Ini bermakna dia masih lagi ada peluang untuk memikat hati Kirana. Kirana tetap akan menjadi miliknya.

Jam loceng yang berbunyi mengejutkan Kirana daripada tidurnya. Hari minggu begini memang dia akan tidur semula selepas subuh. Kirana terus menutup jam locengnya yang sudah menunjukkan pukul 10.00 pagi. Dia segera bangun daripada katil. Kakinya diatur menuju ke dapur.

" Hmm nak masak apa ea hari ni?" soalnya sendiri.

Peti sejuk dibuka. Barang basah sudah berkurang. Hanya tinggal ayam dan sotong saja. Kirana membuat keputusan untuk membuat nasi goreng sotong. Hmm sedapnya. Kirana tersenyum sendiri.

Dia mula memasak. Selesai memasak, Kirana naik ke tingkat atas semula untuk memanggil Eiyan bersarapan.

" Eiyan, Eiyan " pintu bilik lelaki itu diketuk berulang-ulang kali.

Tapi tiada jawapan.

" Tidur mati ke mamat ni? " gumam Kirana sendiri.

" Eiyan, awak dah bangun ke belum?" pintu bilik Eiyan diketuk lagi.

Tapi masih sama. Tiada jawapan.

" Suka hati kau lah labu " Kirana terus berlalu ke tingkat bawah semula.

Perutnya sudah lapar. Cadangnya mahu mengajak Eiyan bersarapan sekali tetapi tiada tanda-tanda lelaki itu bangun.

Selepas makan, Kirana menonton televisyen. Fikirannya jauh melayang memikirkan tentang rumah tangganya dengan Eiyan.

" Sampai bila nak macam ni? " .

Walaupun dia tidak cintakan Eiyan, jauh di sudut hatinya dia juga mahukan rumah tangganya sama seperti orang lain. Cuma dia tidak tahu bagaimana hendak mulakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience