BAB 23

Romance Completed 13533

" Bos apa ni? Bos saya ni isteri orang " air mata Kirana sudah mengalir laju di pipi. Sungguh dia takut ketika ini.

" Saya dah lama sukakan awak Kira. Tapi awak tak pernah pandang cinta saya. Awak dengan lelaki tu kahwin bukan sebab cinta kan, tapi sebab keluarga. Kirana, tolonglah saya sayangkan awak. Saya janji akan bahagiakan awak " .

Fahmi yang sekarang bukan seperti Fahmi yang Kirana kenal. Sangat berbeza.

Kirana cuba untuk melepaskan diri, tapi dia tidak berjaya apabila Fahmi pantas menarik lengannya dan menghumbannya di atas katil.

" Tolonglah bos jangan buat saya macam ni! " raung Kirana.

" Aku tak peduli. Kalau aku tak boleh dapatkan kau cara baik, aku terpaksa pakai cara kotor " dia tersenyum mengejek pada Kirana.

Fahmi menarik tudung yang tersarung di kepala Kirana. Kirana meronta-ronta untuk dilepaskan. Matanya terpandangkan pasu bunga yang berada di tepi katil. Diam-diam Kirana mengambil pasu itu dan menghentak kepala Fahmi. Fahmi rebah. Kepalanya mengalirkan cecair merah pekat.

Kesempatan ini digunakan Kirana sebaik mungkin. Dia terus berlari keluar daripada bilik itu untuk meminta pertolongan.

" Tolong! " jeritnya.

Pekerja hotel yang berada di kaunter terus mendapatkan Kirana.

" Cik kenapa ni? " soalnya.

" Ad..a..ada orang cuba untuk rogol saya... " basah wajah Kirana dengan air mata.

Pekerja hotel itu terus memanggil pengawal keselamatan dan menghubungi pihak polis.

Kirana masih lagi berada dalam ketakutan. Terbayang-bayang perbuatan buruk Fahmi ke atasnya semalam. Selepas kejadian itu, dia menghubungi Eiyan tetapi tiada jawapan. Dia menghubungi Encik Salim pula. Mujur ayahnya menjawab panggilannya. Kirana meminta Encik Salim menjemputnya. Encik Salim datang ketika itu juga untuk menjemputnya. Selepas subuh pagi tadi mereka tiba di Melaka.

Sekarang ini Kirana berada di rumah kedua orang tuanya. Sejak daripada tadi dia menanti kehadiran Eiyan. Tetapi langsung tiada. Encik Salim sudah memberitahu Eiyan apa yang terjadi ke atas Kirana.

Kirana juga sudah puas menghubungi Eiyan. Tetapi langsung tidak dijawab. Air matanya mengalir lagi. Eiyan seolah-olah sengaja menjauhkan dirinya daripada Kirana. Dia perlukan Eiyan saat ini. Tetapi lelaki itu pula seakan menjauh pergi daripadanya.

Dia jijik dengan aku? Dia dah bencikan aku ke? Dia dah tak nak tengok muka aku lagi? Bermacam-macam soalan timbul di fikiran Kirana ketika ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience