BAB 11

Romance Completed 13533

Setelah kedua-dua belah pihak keluarga telah membuat perbincangan, hari ini Kirana dan Eiyan akan ditunangkan. Mereka akan bertunang selama tiga bulan sahaja.

Kirana kelihatan anggun memakai dress berwarna dusty blue. Solekan natural di wajahnya menambahkan lagi seri di wajahnya. Datin Anita telah menyarungkan cincin di jari manisnya. Maka dengan itu, secara rasminya Kirana sudah bergelar tunang kepada Eiyan.

" Hai cik tunang " tegur Eiyan bersama senyuman di bibirnya.

Kirana menjeling tajam. Sengaja lah tu nak sakitkan hati orang.

" Amboi, jelingan maut awak bagi saya" .

" Sibuklah " .

" Eh eh, apa pulak cakap macam tu dengan tunang awak? Saya ni bakal suami awak tau " .

" Macam lah orang nak sangat kahwin dengan dia " Kirana mencebikkan bibirnya.

" Oh awak ingat saya ni nak sangatlah kahwin dengan awak? Jangan nak perasan ea. Saya buat semua ni pun sebab mama dan papa saya " .

" Apa-apa jer lah encik tunang kesayanganku " sengaja Kirana memerli.

" Kira, Eiyan, borak apa ni? Kira pergilah teman Eiyan makan " arah Puan Salbiah.

" Eiyan boleh makan sendiri kan. Buat apa nak teman-teman " .

Puan Salbiah menjegilkan matanya pada Kirana.

" Yelah-yelah. Cepat lah sikit " .

Kirana terus berlalu ke khemah. Kebanyakan tetamu sudah beransur pulang. Tinggal beberapa orang saudara mara terdekat Encik Salim dan Puan Salbiah saja.

Hari ini berlansungnya majlis pernikahan Lily dan Azlan. Kirana datang bersama-sama dengan Eiyan. Pada awalnya dia ingin pergi seorang diri saja namun encik Salim menyuruhnya membawa Eiyan sekali. Terpaksalah dia datang dengan 'tunang kesayangannya' itu.

Ramai rakan-rakan pejabat mereka yang hadir. Sempatlah mereka semua berkenalan dengan Eiyan. Kerana tidak semua Kirana jemput ke majlis pertunangannya dengan Eiyan hari itu.

" Kirana " .

Kirana dan Eiyan serentak menoleh. Fahmi sedang tersenyum kelat padanya.

" Eh bos pun ada. Saya ingat bos tak datang " Kirana tersenyum kecil.

" Mestilah saya datang. Staf saya yang kahwin kan. Majlis awak bila? " soal Fahmi.

Waktu dia mendapat tahu Kirana sudah bertunang, betapa kecewanya dia hanya Allah yang tahu.

" Insya Allah lagi tiga bulan. Nanti saya jemput bos " jawab Kirana.

" Ni tunang awak? " Fahmi memandang ke arah lelaki yang berdiri di sisi Kirana.

" Ha'ah ni tunang saya, Eiyan. Awak ni bos saya " .

Eiyan menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Fahmi. Fahmi acuh tak acuh saja menyambut huluran tangan lelaki itu. Kirana perasan riak wajah Eiyan berubah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience