BAB 2

Romance Completed 13533

Kirana malas mahu pergi ke restoran yang selalu dia makan bersama dengan Lily. Jadi dia membuat keputusan untuk makan di kedai makan yang berada di seberang jalan. Kedai makan itu betul-betul terletak di hadapan syarikat Megah Holdings, tempatnya bekerja.

Selepas makan, Kirana masuk ke dalam kedai Hana Bakery yang terletak sebelah di kedai makan tadi. Tekaknya tiba-tiba teringin makan kek red velvet kegemarannya. Kek red velvet yang dijual di Hana Bakery memang sedap dan menepati citarasa Kirana.

Kirana tersenyum lebar melihat masih ada lagi satu slice kek red velvet yang tinggal. Memang rezekinya hari ini. Kek red velvet paling laris di Hana Bakery berbanding kek yang lain. Mungkin kerana ramai orang yang menyukai kek red velvet.

" Bagi saya kek red velvet tu " kata Kirana.

Tapi dia tidak sendiri. Ada seorang lelaki yang turut meminta kek yang sama secara serentak. Kirana menoleh ke arah lelaki itu.

" Encik, saya datang dulu. Jadi kek tu saya yang punya " .

" Eh mana boleh macam tu. Saya beritahu dulu yang saya nak kek ni " balas lelaki itu.

Kirana memandang tajam ke arah lelaki itu.

" No. Saya yang cakap dulu " bantahnya.

" Saya cakap dulu " lelaki itu masih tidak mengalah.

" Saya! Saya yang cakap dulu. Jadi kek tu saya punya " Kirana mula naik geram.

" Saya punya. Saya yang cakap dulu " .

" Tak! Saya yang punya! " Kirana masih tidak berpuas hati. Jangan harap dia mahu mengalah. Kek red velvet itu akan jadi miliknya juga.

" Saya yang punya " .

" Encik, cik janganlah bergaduh. Kami masih ada jual kek lain " gadis yang bekerja di situ mula menenangkan mereka.

" Tak nak. Saya nak kek tu jugak " jawab Kirana.

" Dik, bungkus kek ni. Saya nak " arah lelaki itu.

" Tak boleh. Kek tu saya punya. Saya yang cukup dulu tadi " .

" So? Do I care? Siapa cepat, dia dapat" jawab lelaki itu selamba.

" Ni tak adil. Saya yang mintak dulu jadi kek tu saya yang punya " .

" Encik, cik kalau macam tu kek ni kami tak jual. Jadi dua-dua tak dapat. Baru adil kan? " putus pekerja itu.

Tercengang Kirana dan lelaki itu.

" Dik, jual lah. Jual dekat akak. Akak bayar dua kali ganda " pinta Kirana.

Dia memang betul-betul teringin nak makan kek red velvet itu. Jadi dia sanggup buat apa saja. Walaupun terpaksa bergaduh dengan lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience