BAB 13

Romance Completed 13533

Dengan sekali lafaz, Kirana sah menjadi isteri kepada Eiyan. Majlis resepsi mereka diadakan di rumah Kirana sahaja. Manakala majlis di pihak lelaki nanti masih belum ditetapkan tarikh.

Kirana merebahkan badannya di atas katil. Lenguh satu badannya hari ini. Pipi jangan cakap, kejung kerana asyik tersenyum. Takkan nak muram pulak kan. Nanti nampak sangat yang dia kahwin paksa.

Esok dia akan mengikut Eiyan pulang ke rumah lelaki itu. Pada awalnya ibu bapa mereka ingin mereka tinggal bersama dengan mereka, tetapi Eiyan memutuskan untuk membawa Kirana tinggal di rumahnya sendiri. Katanya mahukan privasi.

" Amboi sedapnya tidur " tegur Eiyan yang baru masuk ke dalam bilik Kirana yang kini sudah menjadi biliknya juga.

Kirana mengeliat perlahan. Dia terus bangun dari pembaringannya.

" Biarlah. Sibuk jer " .

" Dah solat asar belum? " soal Eiyan.

" Belum " .

" Pergilah solat. Tunggu apa lagi cik kak oi " .

Mencerlung mata Kirana memandang Eiyan. Cik kak dia panggil aku? Suka hati jer.

" Nak solat lah ni. Saya nak mandi dulu. Awak jangan nak intai saya ea " Kirana memberi amaran awal-awal. Eiyan ni bukan boleh percaya sangat.

" Eleh macam lah orang nak sangat intai dia. Perasan " Eiyan mencebikkan bibirnya.

Kalau dia intai sekalipun bukannya berdosa. Kirana sudah sah menjadi isterinya.

Kirana mencapai tuala yang tergantung di belakang pintu kemudian dia melangkah ke kamar mandi. Sengaja dia melanggar bahu Eiyan ketika dia ingin masuk ke kamar mandi.

Eiyan hanya mampu menggelengkan kepalanya. Dia pula baring di atas katil Kirana, menggantikan gadis itu.

" Huarghh mengantuknya " luas mulutnya menguap.

Selepas mandi Kirana terus keluar daripada bilik air. Berbulu matanya melihat Eiyan yang sedang nyenyak tidur di atas katilnya.

" Amboi sedapnya dia tidur, tadi bukan main suruh orang solat " omelnya sendiri.

Kirana melangkah mendekati Eiyan.

" Eiyan! " sengaja dia jerit di telinga lelaki itu.

Eiyan terus terkejut daripada tidurnya. Kirana ketawa terbahak-bahak melihat wajah terkejut Eiyan.

" Awak nak saya mati cepat ke apa?" soalnya geram.

" Yang pergi tidur tu kenapa? Tadi suruh orang solat. Dia sendiri belum solat lagi " .

" Kan awak tengah mandi tadi. Saya tunggu awak mandi lah. Takkan saya nak mandi sekali dengan awak " balas Eiyan geram.

Kirana membuat muka tak bersalah. Dia sudah mencapai telekung dan membentangkan sejadah.

" Tunggu saya. Kita solat jemaah " .

" Yelah. Cepat sikit " .

" Sabarlah " Eiyan mencapai tuala dan terus masuk ke kamar mandi.

" Sabarlah " Kirana mengajuk semula kata-kata Eiyan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience