Bab 15

Romance Series 144020

“Happy birthday my beloved wife, may Allah bless you” terdengar suara seorang lelaki mengejutkan Hana dari tidur.

Malam itu dia tertidur lebih awal kerana penat membantu mak Din mengemas rumah, manakala Din pula pergi ke majlis makan malam yang dianjurkan syarikat tempat dia bekerja, sebenarnya Hana belum pernah membuat kerja-kerja rumah, kerana selama ini hanya dilakukan oleh orang gaji sebelum dia keluar dari rumah mereka. Tetapi dia rela belajar dan membuatnya kerana dia sedar itu tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

“Eh, abang, dinner macam mana ok?” Kata Hana sambil menggosok matanya selepas terbangun dari tidur, dia melihat Din duduk ditepinya sambil memegang sebuah kotak yang dibungkus.

“Ok. Ini hadiah dari abang sempena hari jadi Hana” kata Din lalu menghulurkan kotak tersebut.

“Abang minta maaf eh, ini je yang abang dapat bagi, sebab kelam kabut nak cari hadiah, abang tahu hari jadi Hana pun sebab Raf yang bagitahu abang petang tadi, Arif yang suruh katanya” Terang Din kesal sambil memandang Hana yang sedang membuka bungkusan itu.

“wah tudung! Cantiknya abang, Hana memang dah lama nak pakai ni, tapi Hana malu, kan Hana tak bertudung, tiba-tiba bertudung, nanti ramai yang pandang Hana” Balas Hana manja

“Buat apa nak malu, malu pada manusia ke malu pada Allah?” Kata Din lembut sambil memegang dagu isterinya.

“Allah.” Balas Hana pendek

“Hana nak tahu tak jawapan abang untuk soalan Hana haritu?” Soal Arif

“Nak” Balas Hana bersemangat.

“Hana dah pun bertempat di hati abang sejak Hana peluk abang masa malam pertama Hana tidur dekat abang sebab takut. Abang dah mula sukakan Hana, tapi..” Kata Din lalu menundukkan wajahnya

“Tapi apa bang?” Soal Hana

“Melainkan Hana nak abang ceraikan Hana sebaik saja masalah Hana selesai” Kata Din dengan muka yang sedih. Hati Hana melonjak kegembiraan sebaik sahaja Din menghabiskan ayatnya. Lantas Hana memeluk suaminya yang masih menundukkan kepalanya.

“Tak bang, Hana takkan sekali minta cerai walaupun masalah tu dah selesai” Kata hana sedikit tinggi suaranya kerana gembira

“Hana dah lama sayangkan abang sejak abang tolong Hana waktu kereta Hana rosak haritu” Tambah Hana lagi separuh berbisik di telinga Din tapi masih mendakap tubuh Din.

Din kembali tersenyum mendengar penyataan Hana, dia membalas pelukan isterinya dengan gembira. Dia sedar bahawa Raf sudah menjadi milik orang, kini Hana adalah tanggungjawabnya,

“Busuklah abang ni, pergi mandi” Kata Hana melepaskan dakapannya lalu menjarakkan dirinya antara suaminya sambil tersenyum lalu mengenyitkan sebelah matanya, Din faham maksud kenyitan tersebut

“Mana ada, wangilah, cuba Hana hidu” kata Din sambil mendekatkan wajahnya ke wajah Hana,

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience