Bab 11

Romance Series 144020

Arif melihat Raf yang memanggilnya lalu terus menuju ke pejabat Raf, Raf memegang bahu Arif dan mendorongnya ke kerusinya yang dahulunya diduduki oleh Arif, dia menyuruh Arif duduk.

“Abang… Abang masih marah dekat saya ke? Dah seminggu abang tak tegur saya, saya minta maaf sangat kata abang, saya sendiri pun terkejut dengan perkara ni. Saya di sini hanya sementara sahaja, kerusi, meja, bilik dan jawatan ni masih milik abang, pasti papa akan pulangkan semuanya satu hari nanti.” Raf bersuara lembut memujuk suaminya sambil mengusap dan mengurut bahu Arif yang hanya membisu dan membuang muka darinya.

“Dah lah, kau tak payah nak berpura, aku tahu kau memang tahu semua ni, puas hati kau sekarang? Lepas ni bolehlah kau balas dendam kat aku,” balas Arif mendatar.

Sebenarnya ingin sahaja dia memegang dan membelai tangan dan jari Raf yang mengurut bahunya, tetapi dia tidak mahu ego yang dipertahankannya selama ini pecah. Dia tahu Raf tidak menipu, sepanjang seminggu perkhawinan meraka, setiap kali Raf tidur, dia akan membelai kepala Raf, kejujuran yang terpancar di wajah polos Raf membuatkannya semakin menyukai Raf.

Tambahan lagi setiap kali waktu subuh, dia akan terdengar suara halus Raf menangis sambil berdoa selepas solat kepada Illahi supaya Arif akan menerima dirinya sebagai isteri dan mempercayai yang dia tidak pernah menginginkan semua ini. Arif mendengar dengan jelas setiap doa tersebut meskipun suara Raf perlahan, ketika itu dia hanya berpura-pura tidur.

“Tak bang, percayalah cakap saya, saya tak tahu sem..?” Ayat Raf terhenti sebaik sahaja Arif bangun dengan mengejut dan beredar keluar dari bilik tersebut.

“Abang percayalah dekat saya yang saya tak pernah mahu semua ini dan saya tak tak tahu pun. Sebenarnya saya dah mula sukakan abang sejak seminggu kita tinggal bersama walaupun abang tak pernah bercakap dengan saya selepas malam pertama kita khawin” Raf bermonolog sendirian selepas Arif keluar sambil terduduk di kerusinya.

Din dan Hana melangsungkan pernikahan mereka sebulan selepas pernikahan Arif dan Raf di sebuah masjid, majlis tersebut juga dihadiri oleh Arif dan Raf walaupun Din tidak datang pada majlis pernikahan mereka. Din hanya memandang Raf dengan perasaan yang kecewa ketika Raf hadir bersama suaminya Arif. Sebaik sahaja pernikahan selesai Din membawa Hana balik ke rumahnya untuk tinggal bersama emaknya.

Pada malam pertama mereka.

“Hana tidur di katil saya, saya tidur dekat lantai.” Kata Din sambil menyalin baju melayunya yang dipakai semasa pernikahan.

“Hmm.. “ Balas Hana pendek, dia berasa janggal dan segan kerana berada satu bilik dengan lelaki, sedangkan itu adalah suaminya,

“A..a..abang. B..b..biar saya sediakan tempat tidur abang. Abang nak tidur dekat mana?” Tanya Hana tergagap

Din tersentak apabila Hana memanggilnya abang, dia tidak percaya bahawa dia akan khawin dengan Hana yang juga merupakan bekas orang besar di syarikat tempatnya bekerja.

“Takpe, nanti saya buat sendiri, Hana kalau nak tidur tidurlah dulu,” Kata Din tersenyum memandang Hana lalu keluar dari biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience