Bab 9

Romance Series 144020

“Din tolonglah saya Din, dengan awak je saya boleh minta tolong. Arif tak boleh. Dia pun kena paksa khawin juga, daddy bagitau saya sebelum saya bertengkar dengan mereka, parent Arif ada pilihan mereka sendiri, lagipun Dato takkan berani pecat kamu saya sumpah, kamu teruskan je kerja kat situ. Saya tak boleh kerja kat situ dah, papa dah pecat saya, rumah pun saya tak tinggal dengan dorang.”

“hah! Hana bukan lagi GM kat situ? Habis tu Hana tinggal kat mana sekarang?”

“Tinggal dengan kawan, lepas keadaan semua selesai. Din ceraikan saya, then khawin dengan pilihan Din sendiri,”

“ok la kalau macam tu”

Din terpaksa akur dengan keputusan Hana, walaupun sebenarnya dia menyukai Raf, Lagipun dia kasihan melihat keadaan Hana yang serabut kerana ditimpah masalah.

Hujung minggu. Hari itu Raf mengajak Din keluar ke taman untuk menenangkan dirinya dan berkongsi masalahnya dengan Din

“Din sebenarnya aku ada benda nak bagitau kat kau ni” kata Raf sambil wajahnya memandang jauh ke tasik yang berada di depannya

“Apa dia Raf” Tanya Din sambil memandang Raf, dia ingin tahu perkara apa yang penting sangat hendak diberitahu dengannya.

“Tak lama lagi aku akan berkhawin, semua ni rancangan walid dengan umi, aku sebagai anak terpaksa akur.” Kata Raf dengan bernada sedih.

“Hah! Bila? Dengan siapa?” Din terkejut mendengar berita itu, dirinya bagai direnjat oleh satu renjatan elektrik

“Dengan Arif, bos aku sendiri, tak lama lagi, mungkin minggu depan, semua persiapan sudah dibuat”

“Ya Allah! Aku memang tahu Arif nak khawin, Hana yang bagitau aku, Dorang tu kan memang rapat, sampai dua-dua syarikat tempat aku dengan kau pun tahu, tapi tak sangka pula dengan kau. Raf kau tahu tak aku sayangkan kau?” wajah Din serius bercakap sambil memandang Hana.

Hana terkejut mendengar penyataan tersebut, tetapi selama ini dia hanya menganggap Din sebagai kawan tidak lebih dari itu. Dia tidak sangka Din yang rapat dengan dia selama ini menyukainya secara diam-diam.

“Kenapa kau tak bagitau aku?” soal Hana

“Takut kau tolak cinta aku. Aku pun sebenarnya ada benda nak bagitahu kau ni, alang-alang kau dah bagitahu aku benda tu.” Balas Din sambil tertunduk

“Apa dia?

“Aku pun akan berkhawin dengan Hana, aku terpaksa sebab dia minta tolong kat aku haritu, dia pun kena paksa khawin oleh parent dia tapi dia taknak, jadi dia minta tolong untuk lari dari masalah itu dengan khawin dengan dia. Daddy dia pun dah pecat dia dari syarikat dorang, pendek kata dia kena buang keluargalah, lagi-lagi bila parent dia dapat tahu orang yang dia nak khawin tu aku. Family dia tu pentingkan kedudukan, Hana je tu yang tak macam tu.” Terang Din panjang lebar

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience