Bab 8

Romance Series 144020

“Yelah. kalau dah umi dengan walid cakap macam tu. Raf ikut je. tapi kalau dia buli Raf macam mana?”

“Jangan risau. walid dah uruskan semuanya, kamu ikut je”

Di rumah Hana

“Kalau dalam masa 3 bulan ni kamu tak khawin, papa khawinkan kamu dengan anak kawan papa, dia baru pulang dari UK, asalnya papa nak khawinkan kamu dengan Arif tapi parent dia dah ada pilihan sendiri.”

“Alah daddy.. tak bolehlah paksa-paksa Hana, Hanakan dah besar taulah Hana nak khawin”

“Kalau nak harapkan kamu khawin sampai kami mati pun belum tentu kamu khawin” kata Datin Emma

“Takpe mami daddy, bukan Hana taknak khawin, Hana dah jumpa calon suami Hana. Dia kerja tempat syarikat kita juga. Din namanya” kata Hana selepas mendapatkan idea melepaskan diri dari rancangan ibubapanya.

“apa!’Dato Mukhlis dan Datin Emma terkejut. Mereka tidak bersetuju Hana berkhawin dengan orang yang tidak sama kedudukan dengan mereka. Malam itu Hana dan ibubapanya bergaduh besar.

“Fine! Hana akan buktikan pada mami dengan daddy kedudukan tu tidak menjanjikan kebahagian! Tengok je lah nanti lepas Hana keluar dari rumah ni, kalau daddy buang Din kerja.. daddy dengan mami takkan nampak Hana lagi kat dunia ni” kata Hana lalu keluar dari rumah itu dengan menangis teresak-esak membawa barang-barangnya, dia menuju ke rumah kawannya.

Di rumah Din

“Apa yang kau menungkan tu Din? Tersenyum-senyum, tersengih-sengih” Kata mak Din selepas melihat anaknya tersenyum seorang diri di ruang tamu.

“Takde apa-apalah mak”kata Din

‘Mana boleh takde apa-apa, teringat kat buah hati ke Din?”

“Eh, macammana mak tahu?”

‘Kau tu anak aku, aku yang kandung kau 9 bulan 9 ha..~” Suara maknya semakin menghilang dia kembali dalam dunianya sendiri.

“Ish budak ni, orang bercakap panjang lebar, boleh pula dia tersenyum, tersengih seorang diri balik, mengkhayallah tu, lantak kau lah Din, janji aku dapat menantu.” Kata maknya lalu beredar dari situ.

Di sebuah kafe, Hana meminta pertolongan Din untuk menjalankan rancangannya, dia menghubungi Din selepas mendapat nombor handphone Din daripada rakan-rakan Din di pejabat.

“Tapi cik Haa errk maksud saya Hana, takkan saya nak khawin dengan Hana, saya dah ada pilihan. Lagipun kalau Dato pecat saya macammana? Bukan Hana rapat dengan Arif ke? Kenapa tak minta tolong dia je?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience