Bab 17

Romance Series 144020

Hana melompat kegembiraan mendengar berita tersebut lalu meluru ke arah Din, mereka berpelukan.

“Hana, rumah ni abang beli sebelum abang khawin dengan Hana, malah sebelum Hana mengenali abang, waktu tu rumah ni siap. Abang memang bercadang nak bawa emak pindah sini masa tu. Cuma takde masa, lagipun masa tu kitakan banyak masalah, sehinggalah seminggu yang lepas Arif bagitahu abang yang semalam harijadi Hana. Alang-alang nak sambut, baik sambut kat rumah baru ni, rumah ni juga sebagai hadiah abang kat Hana, nak tahu kenapa? Kata Din sambil menggenggam kedua jari Hana.

“Kenapa?” Tanya Hana kehairanan sambil mengerutkan dahinya

“Pasal semalam” Bisik Din di telinga Hana perlahan takut didengari oleh orang di sekeliling mereka. Hana tersenyum, lalu Din mengucup Ubun-ubun isterinya

“Ehemm, dah siap ke belum, orang dah lapar ni?” Kata Raf memandang ke tempat lain tetapi matanya menjeling kearah Din dan Hana

“Dah!” Kata Din dan Hana serentak, lantas Din memimpin tangan ibunya dan Hana menuju ke ruang makan menyertai mereka yang lain. Hana dan Raf berpelukan, Din dan Arif bersalaman dan hanya tersenyum melihat gelagat isteri-isteri mereka. Majlis itu berlangsung dengan sungguh meriah.

Beberapa minggu selepas itu, Dato Izwan mengadakan mesyuarat tergempar di ibu pejabat utama syarikat IZWAN & SON SDN BHD. Semua CEO anak syarikat IZWAN & SON SDN BHD, ahli lembaga pengarah dan beberapa jawatan yang penting diwajibkan hadir ke mesyuarat tersebut termasuklah Arif dan Raf.

“Disebabkan anak saya sudah berubah dari seorang yang ego dan berlagak juga pemarah kepada seorang lelaki yang berkepimpinan, bertimbangrasa dan prihatin, maka saya Dato Izwan bin shafie menyerahkan dan mewariskan syarikat saya ini kepada anak saya iaitu Arif Shizwan Bin Dato Izwan untuk menjadi pemilik sekaligus penaung utama syarikat dan anak syarikat IZWAN & SON SDN BHD. Menantu saya pula iaitu Nur Israfana Binti Mohd Raffiez akan terus berada di kedudukannya sekarang ini sebagai salah seorang CEO kepada anak syarikat yang dia naungi sekarang, sekian terima kasih” Kata Dato Izwan mengakhiri ucapannya

Arif terkejut mendengar pengumuman tersebut, dia berlari mendapatkan papanya lalu memeluk papanya. Raf hanya tersenyum melihat kelakuan dua beranak itu, dia bersyukur kerana Arif telah mendapatkan jawatannya dahulu, malah lebih daripada itu, iaitu pemilik dan penaung kepada syarikat dan seluruh anak syarikat IZWAN & SON SDN BHD, Dato izwan menuju ke arah menantunya.

“Raf, jaga Arif elok-elok, dan lapor kat papa kalau dia balik dengan perangai dia yang dulu, biar papa turunkan dia jadi PA kamu balik” Kata Dato izwan sambil mengenyitkan matanya kearah Raf. Raf hanya tersenyum mengangguk lalu menyalam dan mencium tangan bapa mertuanya

“Arif janji yang Arif takkan balik dengan perangai Arif dulu,” kata Arif berdiri tegak dan mengangkat tangan kanannya seolah berikrar sebaik mendengar perkataan Dato Mukhlis. Arif sememangnya sudah berubah semenjak dia peristiwa di hotel hari itu, Dato Mukhlis dan Raf tergelak melihat kelakuan Arif, begitu juga dengan orang-orang yang hadir disitu, sebaik mesyuarat. itu selesai, seorang demi seorang datang kepada Arif untuk mengucapkan tahniah, Arif hanya membalasnya dengan senyuman dan ucapan terimah kasih.

Share this novel

norsila
2022-01-09 23:59:28 

dah tamat ke?


NovelPlus Premium

The best ads free experience