Bab 16

Romance Series 144020

“Busuk lah, kalau abang taknak mandi, tak boleh tidur sebelah Hana malam ni” Kata Hana mengalihkan wajahnya daripada wajah Din yang sudah terlalu hampir sambil memuncungkan mulutnya.

“Abang takutlah nak mandi seorang, dah malam ni, kalau abang tidur di lantai pun takpelah” Kata Din mengalihkan wajahnya ke depan semula berpura-pura merajuk.

“Hana mandikan abang nak?” Kata Hana berbisik ditelinga Din untuk memujuk suaminya yang merajuk.

Din tersenyum meleret sambil menjeling kearah Hana lantas mengangkat Hana untuk menuju bilik mandi membuatkan Hana berteriak sedikit kuat, tetapi Din berbisik menyuruhnya diam sambil memuncungkan mulutnya ke arah bilik ibunya yang sedang tidur.

“Oops.. sorry. Hhee” kata Hana tersengih, Hana sempat menyambar dua helai tuala yang tersangkut di tepi pintu bilik mereka sebelum Din mengangkatnya keluar menuju ke bilik mandi.

Keesokan harinya Din membawa Hana dan ibunya keluar menuju ke sebuah perumahan, Hana memakai tudung yang dihadiahkan oleh Din semalam dipadankan dengan baju kurung yang memang dibawa oleh Hana, mereka tiba di sebuah rumah dua tingkat, Din memimpin tangan Hana dan ibunya masuk ke dalam rumah itu. Din membiarkan Hana masuk dahulu sementara dia dan ibunya tercegat di belakang. Sebaik sahaja Hana membuka pintu.

“Surprise! Happy birthday Hana!” Terdengar suara orang yang begitu ramai di dalam rumah tersebut.

Hana terkejut kerana melihat begitu ramai orang yang dikenalinya ada didalam rumah itu, dia melihat Raf yang sedang memegang sebuah kek, sementara Arif berada disisinya Raf, rakan-rakan sepejabatnya, tambah mengejutkan lagi Dato Mukhlis dan Datin Emma turut berada di sana, Hana berlari mendapatkan Dato Mukhlis dan Datin Emma lantas memeluk mereka sambil menangis. Din dan emaknya hanya tersenyum melihat Hana dari belakang.

“Daddy dengan mummy nak minta maaf dekat Hana, kami tahu kami silap, walaupun kami tak nampak perkembangan Hana tapi kamu tahu yang Hana bahagia disamping Din” Kata mummynya memegang kedua tangan anak kesayangannya itu.

“Macam mana mummy tahu?” Kata Hana kehairanan

“Arif” Kata Datin Emma memandang Hana

Hana menjeling Arif dengan mata yang besar seakan mahu mnerkam, Arif hanya tersenyum sambil merangkul pinggang Raf melihat perlakuan Hana. Semua yang ada disitu ketawa melihat reaksi Hana. Hana akui dia memang bahagia dengan Din selepas mereka bernikah, walaupun dia tidak pernah disentuh oleh Din pada malam pertama sehinggalah pada malam harijadi Hana, Din melayan Hana selayaknya seorang suami melayan isterinya.

“Din..papa nak kamu jaga Hana baik-baik, jangan buat dia terluka, cukuplah dia menangis disebabkan oleh kesilapan kami” kata Dato Mukhlis memandang Din

“Baik daddy, Din janji” Kata Din

“Satu lagi, papa akan serahkan syarikat papa untuk diuruskan oleh kamu berdua, tempat Hana akan diisi oleh orang lain, Din akan jadi penaung seluruh syarikat, manakala Hana akan membantu Din untuk menguruskan syarikat itu.” Tambah Dato Mukhlis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience