Bab 4

Romance Series 144020

“T..tuan Arif?” katanya sambil memandang tepat ke wajah Arif, belum pernah tubuhnya begitu rapat dengan seorang lelaki, walaupun rakannya sendiri apatah lagi lelaki yang memeluknya sekarang yang bergelar majikannya yang baru dikenali beberapa hari lepas. Mereka berpandangan satu sama lain dalam masa beberapa saat.

“Kau ni kalau jalan memang tak guna mata ke? kalau aku tak tarik kau kau tadi, dah mampus kau kena langgar” marah Arif lantas melepaskan pelukannya

“M..m..maafkan saya tuan.” Saya kelam kabut takut tuan marah kalau saya lambat” kata Raf sambil mengalihkan pandangannya, Raf merasakan bagai satu arus elektrik mengalir dari matanya ketika mereka berpandang

“Aarghh! Tak mungkinlah dia suka kau Raf, kau tu siapa? PA dia je, takkanlah kau tak kenal perangai dia yang sombong berlagak tu.” kata Raf sendirian sebaik sahaja tersedar dari lamunannya, lalu merebahkan dirinya mencuba untuk melelapkan mata.

“Aarrgh!! Tak mungkin tak mungkin! Dia tak layak untuk kau!” Monolog Arif sendirian di dalann biliknya yang besar itu sambil mundar mandir.

“tapi renungannya, wajahnya, matanya, aarghh! Sudah Arif, dia tu PA je, tak layak untuk kau, Hana lebih layak daripada dia.” Arif cuba untuk menafikan perasaan yang dirasainya sekarang,

Arif melabuhkan dirinya di katil empuknya

“Raf?” kata Arif seolah-olah melihat bayangan Raf di sisinya sebaik dirinya baring di katil tersebut,

“Kau baru je kenal dia sejak jadi PA kau, latar belakang dia pun kau tak tau, entah-entah anak luar nikah ke, resume dia pun mungkin tipu. Tak mungkin kau suka dia, Hana lebih lama kau kenal, dahlah kaya, berkerjaya pula tu,” dia bercakap sendirian lagi.

Arif mencuba menafikan perasaannya lagi. Sebenarnya dia tidak pernah sukakan Hana, dia lebih menganggap Hana sebagai teman tapi mesra. Ataupun lebih kepada sahabatnya, tetapi ramai yang menganggap mereka bercinta. tanpa sedar perlahan-lahan pandangannya menjadi kabur, akhirnya dia terlelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience