Bab 14

Romance Series 144020

“Isteri ke? Selama ni abang tak pernah layan saya macam isteri, ini takde kena mengena dengan jawatan CEO atau PA, jadi buat apa abang nak ambil tahu ke mana saya pergi” Jawab Raf memandang sinis ke arah Arif tapi sebenarnya dia dalam hatinya bagai hendak menangis.

“Tapi aku ni PA kau! Jadi aku perlu tahu ke mana kau pergi” kata Arif sedikit meninggikan suaranya

“Selama saya jadi PA abang, tak pernah rasanya saya tanya ke mana abang pergi, kenapa pula abang nak tanya saya?” Balas Raf mendatar

Arif terkedu mendengar jawapan Raf, dia segera meninggalkan Raf yang masih berdiri.

“Owh lagi satu, saya tak ikut abang balik petang ni, saya ikut kawan, tahulah saya nak balik macam mana” Kata Raf sebelum Arif keluar dari pintu.

Selepas habis waktu pejabat Raf bergegas meninggalkan pejabat, Arif mengekorinya dari belakang, sehinggalah Arif ternampak Raf menaiki sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki, mereka kelihatan sungguh mesra. Arif terus menuju ke keretanya untuk mengekori kereta tersebut, sebaik tiba di suatu tempat, Raf dan lelaki itu menuju ke sebuah hotel,

“Berani dia curang belakang aku!” Hati Arif menjadi panas lalu mengejar Raf dan lelaki misteri itu, Arif terus mengekori mereka hingga ke sebuah bilik hotel, belum sempat pintu bilik hotel ditutup Arif terus menyerbu masuk ke dalam bilik hotel itu.

“Hei perempuan! Rupanya ini perangai kau? Sembahyang konon, buang je lah tudung tu, tak guna pun kalau masih buat perangai terkutuk ini, entah kenapa sangat papa nak aku khawin dengan kau. Aku dah agak dah!” Arif terus meninggikan suaranya sebaik sahaja berada di dalam bilik itu. Raf dan lelaki itu terkejut

“Ya memang ini kerja saya! abang peduli apa, lagipun abang khawin dengan saya sekadar nak ikut syarat papa je kan supaya abang dapat waris syarikat tu, buat apa abang nak kisah apa yang saya buat, abang tahu tak saya kesunyian? saya dah bersuami, tapi macam tak pernah berkhawin. Bahkan abang anggap saya ni tak wujud pun depan mata abang sebagai isteri!” Raf menjawab dengan nada yang tinggi.

“Berani kau menjawab aku!” Arif mengangkat tangannya untuk menampar Raf tetapi tangannya ditahan oleh seseorang

“Hana? Kau buat apa dekat sini?” kata Arif terkejut melihat tangannya digenggam oleh Hana,

“Aku dah bagi amaran dekat kau kan, jangan buli Raf, apatah lagi nak pukul dia” kata Hana tersenyum sinis

“Apa semua ni? Aku tak faham.” Arif menurunkan tangannya

“Ini semua rancangan aku, aku nak tengok sejauh mana kau boleh bertahan dengan ego kau yang tinggi tu, aku tahu kau sukakan Rafkan? Aku dapat lihat reaksi wajah kau sewaktu pertama kali kau renung dia masa Raf menyerahkan fail-fail kau yang jatuh tu dekat kau, mungkin itu tak cukup membuktikan yang kau sukakan dia sebenarnya. Tapi sekarang, ini dah lebih dari cukup untuk buktikan yang kau memang sayangkan dia. Kalau tak, tak mungkin kau sanggup ekori dia sampai ke sini, kalaulah kau benar-benar berkhawin dengan Raf sekadar mengikut syarat papa kau. kau takkan marah dia sampaikan nak tampar dia hanya sekadar melihat dia masuk ke bilik ini bersama lelaki lain, aku kenal kau Rif. cukup kenal, aku sendiri pun tak tahan dengan perangai kau yang berlagak tu, sepatutnya kau yang tak layak untuk Raf, tak layak untuk perempuan sebaik dia! Aku bukan nak masuk campur urusan rumahtangga kau, tapi kau dah melampau Arif!” Hana bercakap panjang lebar sambil merenung wajah Arif dengan serius.

Arif hampir menangis mendengar segala ayat yang diucapkan oleh Hana, dia melutut tertunduk, melepaskan segala perasaannya, menangis kerana akur dengan kesalahannya, akhirnya ego yang dia banggakan selama ini pecah hanya kerana seorang perempuan bernama Raf. Hana tersenyum kepada Raf dan mengisyaratkan kepada Raf untuk memujuk Arif

“Abang. Raf minta maaf, Raf terpaksa buat semua ini, Raf sayangkan abang, sejak dari hari pertama kita nikah, tak sedikit pun ruang hati Raf yang tak terisi nama abang. Ini semua rancangan Hana, lelaki tu takde kena mengena dengan Raf, Raf pun baru kenal dia hari ni, Hana yang upah dia, dia tu kawan Din, suami Hana, abang kenalkan?” Pujuk Raf lembut sambil memegang bahu suaminya

Arif terus mendakap tubuh isterinya dengan erat, sambil menangis. Dia menangis semahunya dibahu Raf, Raf hanya membiarkan sahaja, Hana dan lelaki itu hanya tersenyum melihat aksi pasangan itu lalu menuju ke pintu untuk keluar, Hana sempat mengenyitkan matanya kepada Raf, Raf tersenyum kepadanya sambil mengangkat ibu jarinya kepada Hana sebelum beredar dari situ.

“Raf. Abang minta maaf, abang salah, abang terlalu menahan ego abang hanya kerana menjaga maruah, betul cakap Hana tu, abang dah mula sukakan Raf sejak dari pertemuan kita di lif tempoh hari. Bahkan sewaktu melihat Raf menuju ke dalam lif, abang hanya pentingkan ego abang masa tu” Kata Arif sambil selepas tangisnya reda tetapi masih mendakap tubuh Raf seolah tidak mahu dilepaskan.

“Raf dah lama maafkan abang, bahkan sebelum semua ini dirancang, sejak hari pertama kita nikah pun maaf Raf dah tersedia untuk abang, sebab Raf tahu yang Allah pasti bukakan pintu hati abang untuk terima Raf, akhirnya doa Raf dimakbulkan, Raf pun minta maaf juga kat abang kalau Raf ada buat salah, lebih-lebih lagi untuk harini” Kata Raf lembut

Arif melepaskan dakapannya lalu memandang Raf sambil tersenyum dengan mata yang masih berair,

“kalau abang kena jadi PA Raf sampai bila-bila pun abang sanggup, asalkan Raf sentiasa ada di sisi abang” Kata Arif memandang isterinya,

“Raf yakin papa pasti kembalikan jawatan tu balik kata bang kalau abang benar-benar dah berubah, jangan nangis lagi ye abang, tak hensemlah suami Raf macam ni, mana hilangnya ego abang tu?” Kata Raf sambil mengesat baki airmata suaminya yang jatuh ke pipi.

Arif bangun sambil membantu isterinya untuk berdiri, dia mengunci pintu bilik hotel tersebut sambil tersenyum kearah Raf, melihat perlakuan suaminya itu, Raf tahu sudah tiba masanya dia menjalankan tanggungjawab penuh sebagai isteri, Arif berjalan ke arah Raf lalu mengendong Raf yang terkejut dan berlari kearah katil

“Abang ni nakallah” kata Raf sambil memicit hidung suaminya, dan mereka melayari bahtera cinta yang diimpikan oleh Raf selama ini yang sepatutnya sudah dinikmati oleh pasangan suami isteri sejak malam pertama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience