Bab 2

Romance Series 144020

dan gadis itu ialah gadis bertudung yang bersama-sama mereka semasa di dalam lif. Arif dan gadis itu terkejut memandang satu sama lain, manakala Hana hanya tersenyum.

“Duduk, siapa nama awak?” Hana menyoal sambil tersenyum

“Nnna..ma sssaya Nur Israfana Binti Mohd Raffiez, Ini resume saya.” Gadis itu memberikan resume beserta sijil-sijilnya kepada Hana untuk dilihat.

“Hhmm.. not bad, boleh tahan.” Kata Hana dalam hati sambil melihat resume gadis itu.

Sebaik interview selesai dan semua calon sudah ditemuduga, Hana berpaling ke arah Arif yang berdiri di bersandar di dinding belakang.

“So, who your choice?” Soal Arif sebaik Hana berpaling melihatnya

“Just wait and see.” kata Hana membalas sambil tersenyum ke arahnya.

Keesokan harinya di pejabat Arif.

“Hana, you must explain everything to me for yesterday why you choose her to be my PA,” Soal Arif dengan wajah yang serius ketika Hana sampai di pejabatnya hari itu, Hana hanya berjalan dengan muka yang selamba dan tersenyum. Begitulah Hana, senyuman sentiasa terukir di wajahnya.

“Arif. Dia satu-satunya calon yang sesuai untuk jawatan itu, nak tahu kenapa? Sebab dia tu lulusan dari oversea, tajaan SPA. kalau diikutkan dia lebih layak di kerusi kau sekarang. Kau ada tempat kau sekarang ni bukan sebab pendidikan kau. Sebab company ni bapa kau punya.” Hana menerangkan sambil memberikan jelingan kepada Arif dengan senyuman yang sinis.

“wei. Mentang-mentanglah aku setakat belajar kat Malaysia je, kau nak bandingkan aku dengan dia, wei kawan. IPTA di Malaysia dah standing dengan Universiti di Oversea tu. Buat apa nak pergi jauh-jauh, buang duit je. Kalau aku tak belajar pun memang aku dapat jawatan ni” Arif membuang mukanya di jendela kaca

“Hah! As I said before, kalau kau tak belajar pun memang bapa kau bagi jawatan ni dekat kau, lagipun kau tu satu-satunya anak tunggal, anak emas. Berkepit bawah ketiak mak kau, tu lah kau taknak pergi overseakan? Itulah bezanya kau dengan dia. Dia belajar jauh-jauh untuk cari kerja yang bagus. Sepatutnya dia boleh dapat lagi bagus dari ni, tapi dia rela mohon kerja kat sini jadi PA kau yang tak standing dengan kelulusan yang dia ada.” Hana membebel kepada Arif

Pedih telinga Arif mendengar segala yang dikatakan oleh Hana. Bagai batu sepuluh tan menghempap dirinya, siapa makan cili dia terasa pedas. Gadis bertudung iaitu Nur Israfana Binti Mohd Raffiez masuk ke pejabat Arif untuk melaporkan diri.

“Assalamualikum Nur Israfana Binti Mohd Raffiez, apa nama pendek kamu? panjang sangatlah nama kamu tu, berbelit pula lidah saya” kata Hana duduk di kerusi Arif sebaik sahaja meliat gadis itu masuk

“Eer..walaikumsalam cik, panggil je saya raf.” Kata gadis itu

“Ooh raf, duduk. By the way, I am not your boss, ini bos kamu yang sebenar” Kata Hana tersenyum sambil menoleh Arif yang membisu di belakangnya.

“Sesuai pula nama kamu ni, PA Raf, bos Rif, ada jodoh kot, kenal-kenal la ye. Saya keluar dulu. Raf, kalau malaun ni buli kau report je kat saya, tau lah saya nak ajar dia macammana” kata Hana kepada gadis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience