Bab 3

Romance Series 144020

“Arif siap kau kalau aku dengar kau buli dia” kata Hana berbisik di telinga Arif dengan nada amaran lalu beredar keluar.

“Apa senyum-senyum, aku tak gaji kau untuk senyum kat aku. Ni JD (Job Description) kau, buat kerja elok-elok. Jangan nak makan gaji buta je.” Kata Arif kepada gadis itu ketika melihat gadis itu tersenyum kepadanya, lalu melemparkan sebuah fail ke atas meja.

“Owh, one more thing, panggil aku Tuan Arif.” Tambah Arif lagi

“Bbaik tuan Arif. Ada apa-apa lagi?’ Kata gadis itu sedikit terkejut selepas mendengar bunyi fail besar yang terhempas ke atas meja di depannya.

“Takde, kau boleh keluar, tahulah aku nak panggil kau kalau ada apa-apa.” Kata Arif dalam nada serius.

Gadis itu melangkah keluar dari bilik Arif menuju ke mejanya, dia kegeraman melihat perangai majikan barunya yang sombong dan berlagak itu. Tapi apa yang boleh dia lakukan hanyalah bersabar.

Sudah beberapa hari Raf bekerja distu, kalau diikutkan hatinya mahu sahaja dia berhenti kerana tidak tahan dengan perangai majikannya. Tapi dia terpaksa bekerja di situ kerana ini adalah suruhan dari ayahnya yang mengatakan bahawa kawan ayahnya yang menyuruh dia memohon kerja dekat situ.

“Raf masuk dalam pejabat saya sekarang” kedengaran suara Arif dari telefon pejabatnya yang terletak di atas meja.

“Baik Tuan Arif” kata Raf sambil menekan punat telefon tersebut.

Raf mengetuk pintu lalu masuk ke pejabat Arif secara terketar-ketar, dia berdiri di depan meja Arif

“Kenapa kau ni? Bukan aku nak makan kau pun, apa jadual aku harini?” Tanya Arif, sebenarnya sejak beberapa hari Raf bekerja dengannya, Arif terasa seperti gadis itu mempunyai satu daya tarikan yang membuatkan dia tertarik untuk mengenal gadis itu.

“H..hari ni, tuan ada temujanji dengan klien jam tiga petang, i..itu sahaja tuan, selain itu takde” beritahu Raf sambil memandang muka Arif,

“Bagus, aku nak kau temankan aku untuk lunch nanti, then kita terus ke sana,” lalu berpusing ke belakang menggunakan kerusinya menghadap tingkap kaca pejabatnya, sebenarnya dia tidak mampu membalas pandangan wajah Raf, membuatkan hatinya berdebar.

“Ya Allah, kenapa aku ni, bukannya aku suka dia pun, dia tu PA aku je, tak layak dengan aku/”Arif cuba menafikan perasaannya dalam hati.

“Baik tuan Arif, kalau takde apa-apa lagi, saya keluar dulu”

“Hmm..” kemudian Arif berpusing semula ke depan meja selepas Raf keluar.

Raf berbaring di katilnya seusai solat isyak, dia mengingati peristiwa semasa menemani Arif makan tengahari, peristiwa yang tidak mungkin dilupakan olehnya.

Sebaik sahaja Raf keluar dari kereta Arif, dia berjalan dahulu ke arah kafe yang dinyatakan oleh Arif untuk makan tengahari di seberang jalan raya, Arif perlu pergi ke mesin deposit untuk memasukkan sejumlah wang yang agak banyak jumlahnya. Tanpa melihat kereta yang datang. Hampir sahaja dia dilanggar oleh sebuah kereta, tiba-tiba dia ditarik oleh satu tangan yang menyebabkan dia terdorong ke belakang lalu terlanggar tubuh seorang lelaki yang amat dia kenali

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience