Bab 6

Romance Series 144020

“Yelah yelah. Kau ni kalau pasal duit cepat je, padahal semua dah cukup” Kata Hana menggeleng lalu meneruskan perbincangan mereka.

“Hah! Macammana PA baru kau tu? Kau dah janji nak bagitahu aku,” Soal Hana sambil menjamah makanan yang dipesannya di sebuah kafe selepas perbincangan mereka selesai.

“O..ok, semua ok, k..k..kerja dia pun bagus, takde masalah.” Jawab Arif tergagap sedikit, entah mengapa hatinya berdebar sebaik sahaja mendengar nama Raf sejak peristiwa yang berlaku hari itu.

“Kau ni kenapa? Tak pernah pula kau jadi gagap selama ni.” Hana memandang kearah Arif

“Ye ke? Aku ok, takde apa-apa.” balas Arif.

“Ye ke ok? Aku tengok kau lain macam je lepas aku sebut nama Raf, kau suka dia eh? Alah mengaku je lah, aku kenal kau. Ego jak lebih, berlagak pula tu” kata Hana terus menyambung menjamah hidangannya

“ish! Merepek, mana ada aku suka dia Tak layak untuk aku, setakat PA, ceh! Aku boleh cari lebih bagus dari tu, kalau kau lainlah..” Arif menjeling sambil mengangkat-angkat keningnya ke arah Hana.

“Tak baik tau kau cakap macam tu. Dia tu ok apa. Kelulusan pun sama taraf dengan kau, walaupun dia tu PA kau Lagipun tak pernah aku simpan perasaan dekat kau, aku nak lelaki yang sederhana jak. Nak cari macam kau ni berlagak Je kerja.” Kata Hana terus menjamah makanannya.

“Wei! Lelaki macam akulah kau kena cari. Takkan kau nak lelaki yang tak sama taraf dengan kedudukan kau sekarang, tak macam si Raf tu setakat PA jak. Tak sesuai dengan aku, aku ni dah lah hensem, berkerjaya, kaya pula tu.” Arif cuba untuk melindungi perasaannya yang berdebar apabila nama Raf terus menjadi topik perbualan mereka. Dia tidak mahu egonya pecah.

“Hhmm.. yela yelah, kau lah semua yang baik tu, hensem, kaya. Apalah sangat si Raf tu nak jadi pasangan kau” Hana menyindir Arif, sebenarnya walaupun dia rapat dengan Arif tapi dia tidak suka dengan sikap Arif yang berlagak, seolah-olah merasa dirinya bagus.

Raf termenung di mejanya, dia melihat pejabat Arif yang kosong sejak pagi tadi, entah ke mana dia pergi Raf pun tak tahu, sekurang-kurangnya dia lega kerana tidak ada yang asyik membuli dan memarahinya, Raf masih lagi memikirkan peristiwa beberapa hari lepas.

Paapp!!!

Raf tersentak dari lamunannya, dia mendongak dan melihat Nor iaitu salah seorang staff di situ berdiri depan mejanya.

“Wei! Apa yang kau menungkan tu, nasib tak bocor dinding pejabat tuan Arif, kau rindu kat dia ke?” kata Nor tersenyum.

“ Takde maknanya aku nak rindu kat lelaki yang berlagak tu. Yang kau ni takde kerja? Kalau tuan Arif nampak kau merayau kat meja aku ni, confirm kita kena marah.” Kata Raf.

“Ada, tapi saja singgah kat meja kau ni, aku tengok kau termenung tak sedarkan diri nasib aku yang nampak, kalau tuan Arif, lagi naya kau kena marah. Oklah, aku pergi buat kerja aku dulu.” kata Nor lalu beredar dari situ, Raf hanya tersenyum kepada Nor.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience