Bab 12

Romance Series 144020

Lewat malam, Hana masih tidak dapat tidur, dia melihat Din sudah tertidur di lantai beralaskan tilam nipis. Sebenarnya dia terganggu dengan bunyi-bunyian yang kedengaran, lebih-lebih lagi lolongan anjing. Dia tidak pernah tinggal di kampung dan tidak pernah mengalami suasana kampung. dia terfikirkan tentang mummy dan daddynya, Hana tidak menyangka mereka sanggup membuang dia hanya kerana dia berkhawin dengan orang biasa, mereka lebih mementingkan kedudukan daripada perasaan anak sendiri.

“Daddy, mummy, Hana akan buktikan pada daddy dan mummy yang kedudukan itu tidak menjamin kebahagian.” Getus hati Hana.

Din terkejut ketika hendak bangun untuk menunaikan solat subuh, Hana tidur di tepinya sambil memeluk dia. Dia tersenyum sendiri melihat wajah Hana yang tidur itu, Hana kelihatan sungguh cantik. Perlahan dia mengalihkan tangan Hana yang berada di atas dadanya supaya Hana tidak tersedar, tetapi agak terlewat kerana Hana sudah pun terjaga sebaik sahaja merasakan tangannya dialihkan.

“A..abang, Hana takut nak tidur seorang diri dekat katil tu, Hana tak biasa tinggal dekat kampung, sebab itulah Hana tidur dekat abang, lagipun tak salah isteri peluk suaaminya kan?” kata Hana tersipu malu apabila Din memandangnya, pipinya menjadi merah.

“Tak. Takpe abang faham, Hana nak ikut abang solat subuh tak? kita berjemaah dengan mak, lagipun mak memang ada simpan telekung lebih” balas Din tersenyum sambil memandang Hana.

“Nak.” Jawab Hana pendek dengan senyuman manis di wajahnya, lantas mereka berdua bangun untuk mengambil wuduk untuk menunaikan solat subuh,

Selepas mengerjakan solat subuh di ruang tamu, mereka masuk semula ke dalam bilik, manakala emak Din masuk ke dalam biliknya untuk membaca Al-quran.

“Abang, kalau abang nak tidur, tidur je lah atas katil dengan Hana, Hana takutlah nak tidur sorang-sorang.” Kata Hana duduk di katil sambil memandang suaminya yang masih melipat sejadah. Din hanya tersenyum kepada Hana, sebenarnya dia masih menyimpan perasaan terhadap Raf walaupun dia tahu Raf sudah bersuami dan dia sudah beristeri.

“Abang” Panggil Hana perlahan.

“Kenapa Hana?” Sahut Din lantas duduk di sisi Hana.

“Adakah abang akan ceraikan Hana sekiranya semua masalah ini selesai?” Hana memberanikan diri menyoal sambil menunduk.

“kalau itu yang Hana minta” Jawab Din ringkas sambil memandang ke hadapan.

“Adakah tempat Hana dihati abang?” Hana menyoal lagi.

Din tersentak, apa yang harus dia jawab, dia dilema, Raf dihatinya tapi sudah bersuami, Hana didepannya sebagai isteri.

“Ya Allah.. apa aku nak jawab ni?” Din berkata dalam hati.

“Takpelah abang, kalau abang belum bersedia nak jawab, Hana faham, Hana sambung tidur dulu.” Kata Hana lalu baring di katilnya. Din hanya mengangguk kepadanya lalu mengambil Al-Quran yang berada di rak tepi katilnya untuk di baca.

Beberapa bulan selepas perkhawinan Hana dan Din, hari itu Hana hanya tinggal dirumah bersama ibu mertuanya, manakala Din pergi ke pejabat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience