Bab 10

Romance Series 144020

“Huuhh~’mereka berdua tertunduk mengeluh memikirkan masalah mereka.

“Aku terima nikahnya Nur Israfana Binti Mohd Raffiez dengan mas khawinnya RM1000 tunai” Arif sah menjadi suami kepada Raf dengan sekali lafaz, tapi dalam keadaan yang terpaksa. Raf hanya melihat dan mendengarnya tanpa perasaan kerana dia tidak tahu apa yang harus dia rasakan sekarang. Yang dia rasa hanyalah bingung dan terkejut kerana keadaan ini terlalu pantas berlaku.

Malam itu merupakan malam pertama mereka, sepatutnya malam itu yang di nantikan oleh setiap pengantin, tetapi berbeza bagi mereka. Arif memasuki bilik yang dihias khas untuk mereka, dia melihat Raf duduk di meja solek sambil menyisir rambutnya yang panjang. Pantulan wajah Raf dari cermin terlihat jelas oleh Arif. Dia terpegun seketika, belum pernah dia melihat Raf tanpa tudung yang kelihatan sangat cantik. Raf terkejut dengan kehadiran Arif di belakangnya.

“Abang, abang tak apa-apa ke?” Kata Raf melihat Arif yang masih tercegat memandangnya

“Arh! Aku tak apa-apa, malam ni kau tidur di katil aku, aku tidur kat sofa,” Dia cuba untuk melindungi perasaan yang dirasainya saat itu. Dia masih cuba untuk menahan egonya yang belum pernah ditembusi oleh sesiapa pun, walaupun Hana, rakannya.

“Abang marah kat Raf ke sebab perkara ni? Raf minta maaf, Raf pun terkejut juga” Raf menunduk.

“Puaslah hati kau kan? dapat khawin dengan orang kaya, lepas tu kau dapat jawatan aku, aku turun pangkat, puaslah hati kau.” Arif menbalas dengan nada yang mendatar.

Raf terkejut mendengar penyataan itu. Yang dia tahu hanyalah kena berkhawin dengan Arif.

“Raf tak tahu pula pasal tu. Sumpah abang, Raf tak tahu.” Raf menberitahu dengan bersungguh-sungguh.

“Sudahlah! Kau jangan nak menipu, kau memang tahukan, kau nak rampas semua harta family aku” kata Arif sedikit meninggikan suaranya.

Raf menangis sebaik sahaja mendengar tuduhan Arif itu, dia berlari ke katil. Dia tidak pernah berniat begitu. Dia hanya mengikut arahan orang tuanya, sampai hati Arif menuduhnya dengan perkara yang dia tidak buat. Arif menuju ke sofa lantas merebahkan dirinya lalu terlelap,

Seminggu selepas perkhawinan Arif Dan Raf, Dato izwan membawa mereka berdua ke pejabat anaknya Arif. Dia telah membuat pengumuman bahawa Arif akan menjadi PA kepada Raf dan Raf akan menjadi CEO baru di syarikat itu, semua pekerja di situ terkejut.

Arif berasa sedikit janggal kerana itu hari pertama dia bekerja sebagai PA kerana sebelum ini dia merupakan CEO di syarikat. Dia malu kepada semua staf dan pekerja yang pernah dimarah dan ditengkingnya dahulu. Manakala Raf pula sedikit terkejut dengan kejadian itu. Dia tidak percaya bahawa dia akan menduduki kerusi CEO dimana Arif merupakan pemiliknya sebelum ini. Di dalam bilik itulah dia dimarah sewaktu pertama kali melangkah masuk ke pejabat ini.

Raf menuju ke pintu pejabatnya untuk memanggil Arif yang berada di tempat duduknya dahulu. Arif hanya termenung di situ.

“Arif, masuk bilik saya kejap” Raf memanggil Arif.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience