Bab 13

Romance Series 144020

“Eh, kalau tak silap aku ini gambar Raf, patutlah Din tak jawab soalan aku haritu, rupanya dia sukakan Raf” Berkata Hana sendirian ketika menjumpai sekeping gambar Raf di almari Din sewaktu hendak menyusun kain.

“Hello, assalamualaikum Raf, Hana ni, boleh tak kita jumpa masa lunch, ada hal saya nak bincang.” Hana menelefon sebaik sahaja mendapat nombor daripada Arif

“Ok Raf, nanti saya text tempat kat awak, kita jumpa di sana ya, assalamualaikum” Hana menamatkan panggilannya lalu bersiap keluar untuk berjumpa dengan Raf.

Raf menuju ke kafe seperti yang diberitahu oleh Hana, Dia mencari kelibat Hana di dalam kafe tersebut, Hana melambai kepada Raf sebaik sahaja ternampak Raf yang sedang mencari dirinya

“Assalamualaikum cik Hana, kenapa cik Hana nak jumpa saya” Tanya Raf kepada Hana lantas melabuhkan punggungnya dikerusi berhadapan Hana.

“Tak payahlah nak bercik dengan saya, panggil Hana cukuplah, saya nak tanya pasal Din,

Apa hubungan awak dengan Din sebelum ini” Tanya Hana lembut.

“Eerr.. Begini Hana, saya dengan Din memang kawan rapat, macammana Hana dengan Arif.” Balas Raf.

“Awak tahu tak dia ada simpan perasaan kat awak?” Soal Hana lagi

“Tahu, itupun saya dapat tahu masa saya bagitahu dia yang saya kena khawin dengan Arif. Lepas tu dia bagitahu saya yang dia dah lama sukakan saya, tapi Hana jangan risau saya tak pernah simpan perasaan kat dia, saya hanya anggap dia kawan, tak lebih dari itu.” Terang Raf

“Owh macam tu. Takpelah, macam mana hubungan Raf dengan Arif? Ok?” Soal Hana lagi

Raf hanya tunduk membisu, dia sedih apabila terkenangkan sikap Arif kepadanya yang dingin sejak mereka berkhawin, Airmatanya gugur tanpa ditahan.

“Kenapa ni Raf? Ada masalah ke? Cuba cerita dekat saya, mana tahu saya boleh tolong” Hana menawarkan bantuan, dia kasihan melihat Raf menangis, dia mesti berjumpa Arif. Raf menceritakan semua masalahnya kepada Hana tentang layanan dingin Arif terhadapnya. Bukan maksud dia untuk menceritakan keburukan Arif tetapi sekadar melepaskan beban yang ditanggungnya selama ini.

“Takpelah Raf, saya rasa saya tahu apa nak buat, macam mana nak pecahkan ego lelaki berlagak tu, Raf ikut saja rancangan saya” Kata Hana kegeraman kepada Arif kerana membuatkan Raf menangis.

Raf kembali ke pejabatnya setelah berjumpa dengan Hana. Dia melihat Arif sudah berada dalam pejabatnya sambil menyandar di meja.

“Kau pergi mana tadi? Kenapa aku call tak jawab?” Kata Arif serius

“Suka hati sayalah, yang abang nak ambil tahu kenapa?” Balas Raf menjawab

“Ooh, dah pandai menjawab nampaknya, mentang-mentanglah kau CEO, aku dah jadi PA kau/ Ingat. Kau tu isteri aku, faham?” Arif berkata sambil memandang Raf dengan muka seolah-olah Raf membuat kesalahan yang besar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience