Bab 5

Romance Series 144020

Hana berdiri di pinggir jalan sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal, dia tersadai di situ kerana keretanya yang tiba-tiba rosak.

“Aduh.. kereta ni buat hal pula, sudahlah ada meeting hari ni, time-time ni lah rosak” kata Hana bercakap sendirian. Sebenarnya Hana tidak mahu bazirkan duitnya untuk membeli kereta mahal. Hanya sekadar kereta biasa sudah cukup baginya. Itupun dia membeli kereta terpakai, cukup sekadar keperluan kenderaannya ke pejabatnya.

“Maafkan saya cik Hana. Kenapa ni? kereta rosak ke? Seorang lelaki muda menegurnya, mungkin sebaya dengannya.

“Ha’ah, eh macammana kamu kenal saya?” kata Hana kehairanan

“Takkanlah saya tak kenal cik Hana, GM kat PEAK CONSTRUCTION, saya ni pekerja biasa je, confirm cik Hana tak kenal saya” kata lelaki itu tersengih.

“Owh.. awak ni kerja kat company daddy saya rupanya. Sorrylah. Hehehe, by the way, tak payahlah nak bercik-cik dengan saya kat sini. sekarang ni pun di luar. bukan ofis, panggil Hana je.” kata Hana.

“B..baik cik Hana, erkk. Maksud saya baik Hana, Nama saya Mohd Zahiffudin Bin Mansur, panggil Din je. Lagipun pejabat saya dua tingkat ke bawah dari pejabat Hana, jomlah tumpang kereta saya. Lagipun Hana ada meeting hari ni kan? saya tahu sebab saya pun terlibat dalam meeting tu, kereta ni nanti saya minta tolong kawan saya, dia mekanik. jadi tinggalkan saja di sini.” Terang Din panjang.

“Oklah kalau dah macam tu, thanks Din.” Kata Hana dan mereka pun berlalu pergi menuju ke pejabat.

“Huh~ nasib baik ada mamat Din tu, kalau tidak mampus aku kena marah dengan papa tak datang meeting.” Kata Hana dalam hati sambil bersandar di kerusi pejabatnya

“tapi hensem juga, hehehe.” Kata Hana tersenyum sendirian.

“Hana… Hana…” terdengar suara seorang lelaki

“Ye abang Din, Hana pun sayangkan abang..” kata Hana mengkhayal, entah apa yang dimimpikannya.

“Woi! Hana! Aku ni Arif… siapa Din? Baik kau bagitau aku cepat.” Kata Arif.

“Eh mak kau hijau, kuning, biru eh.. “ Hana melatah, Arif hanya tergelak melihat perlakuan Hana

“Kau ni tak reti bagi salam ke? Terkejut aku,” Kata Hana sebaik tersedar dari melatah.

“Kau tu yang mimpi, dah berapa kali entah aku bagi salam. Tak sedar-sedar, tersenyum sorang-sorang, nak juga aku teriak baru kau sedar, siapa Din?’ kata Arif duduk di depan Hana.

“Eh, mana boleh bagi tahu kau.. suka hati akulah senyum sorang-sorang, yang kau menyibuk apahal? Kenapa kau datang pejabat aku ni?” Soal Hana

“Ni.. pasal projek joint venture kita tu, ada hal nak bincang sikit” kata Arif

“ owh~ PA baru kau camana, ok? Kalau kau buli dia.. ni hah!” kata Hana menunjukkan penumbuknya yang tak berapa besar, Arif hanya tersengih.

“Ok. nantilah kita cerita.. bincang pasal kerja dulula, setiap masa yang jalan duit tu.” Kata Arif.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience