Bab 7

Romance Series 144020

Hujung minggu yang indah di sebuah kedai makan, kelihatan Raf dan Din sedang menjamu selera.

“Raf aku dengar kau dah dapat kerja, ceritalah kat aku..”kata Din sambil menjamah hidangan di depannya,

“Ya~ kau nak tahu lepas aku interview tu, masa aku lapor diri bo…~” Kedengaran suara Raf semakin menghilang, Din kini berada dalam dunianya sendiri dengan renungan ke arah wajah Raf yang tidak lepas walau seminit. Suara Raf ibarat muzik yang mendayu yang menusuk ke dalam jiwanya. Din sememangnya sudah lama menyimpan perasaan terhadap Raf, Raf sahaja yang masih menganggapnya teman biasa.

“Wei! Kau dengar tau aku cakap ni!” Kata Raf sambil menghentak meja menggunakan tangannya membuatkan membuatkan mereka menjadi tumpuan.

“Aahh! Dengar-dengar.. teruskan cerita kau, lepas tu/” Jawab Din tersedar dari lamunan.

“Tengok. sebab kau kita jadi tumpuan, owh, lepas tu?” Soal Raf, Din hanya mengangguk.

“Lepas tu three.. heheh” Kata Raf sambil ketawa membuatkan Din terbuai kembali di dalam lamunannya melihat perlakuan Raf yang sangat comel itu.

Di rumah Arif

“Hah! Papa nak khawinkan Arif dengan PA Arif sendiri”

“Ya. Papa yang suruh dia mohon kat situ dan kalau bukan Hana pun yang interview dia haritu, Arif tak ambil dia kerja. Papa tetap akan ambil dia bekerja dengan kamu”

“Tapi Arif nak khawin dengan Hana. Bukan papa nak syarikat kita dengan dorang bergabung ke? Kalau Arif khawin dengan Hana kita boleh kembangkan syarikat kita.” Kata Arif cuba untuk melepaskan diri, dia lebih rela berkhawin dengan Hana daripada Raf.

“Banyak lagi cara nak kembangkan syarikat kita. Raf tu anak kawan karib papa masa sekolah dulu, dan dia pun baik orangnya. Pelajaran dia pun setanding dengan kamu, kami dah merisik ke rumah dia, mereka setuju”

“Tapi takkanlah dengan PA sendiri, takde kelaslah”

“Raf tu lebih kelas tau dari kamu, lepas khawin papa nak gantikan jawatan CEO tu dengan dia, kamu jadi PA, kalau kamu tak ikut syarat ni. Kamu tak layak mewarisi syarikat kita”

“Hah!”

“Maafkan papa Rif” kata Dato Izwan dalam hati

Dato Izwan dan Datin Sharifah terpaksa membuat keputusan begitu, itu sahaja cara untuk mengajar Arif yang berlagak dan ego. Pekerja syarikat mereka makin ramai yang lari berhenti akibat perangai Arif itu, walaupun mereka berharta tetapi Dato Izwan dan Sharifah tidak pernah mengajar Arif menjadi sedemikian.

Di rumah Raf

“Umi, walid.. Raf tak nak kahwin dengan Arif tu, dahlah sombong, berlagak pula tu” kata Raf memujuk.

“Raf keluarga Arif dah banyak tolong kita, kalau tak kita tak senang macam ni.” Kata Raffiez

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience