Romance Completed 12120

Kini bermulanya cuti sekolah jadi semua guru akan bercuti begitu juga murid-murid.Mira dan Harith tidak pulang ke kampung,mereka hanya duduk di rumah mereka.Hanya segelintir guru yang tinggal di kawasan perumahan guru.

Harith dan Mira memulakan aktiviti mengemas rumah kerana rumah mereka sedikit bersepah.Mereka membahagikan tugas mengemas rumah.Setelah siap mengemas rumah mereka berehat di ruang tamu.

"Penatnyaa..awak buatkan air boleh"Pinta Harith sambil mengenyit mata.
"Mengada..Buatlah sendiri saya nak pergi mandi."Mira berlalu ke dalam bilik sambil menjelir lidah kepada Harith.

Harith hanya ketawa dia merasakan Mira semakin dekat dengannya.Perasaannya berbunga-bunga.Sedang Harith membacuh air dia terdengar Mira menjerit di dalam bilik.Harith berlari menuju ke bilik.Dia melihat Mira memegang kakinya di atas lantai dengan badannya yang berbalut kain tuala.

"Kenapa ni?"Harith bertanya kerisauan sambil memegang kaki Mira.
"Saya terjatuh la licin sangat."Mira menahan malu kerana tidak pernah berkemban dihadapan Harith.
"Dah mari saya sapukan minyak"Harith cuba memapah Mira.
"Auchh.."Mira tidak boleh bangun.

Tanpa membuang masa Harith mengendong Mira dan membaringkan Mira di atas katil.Tanpa sengaja Harith terpandang lurah dibahagian dada Mira.Harith tidak dapat menahan nafsunya lalu mencium leher Mira.Mira tidak menolak kerana dia begitu asyik dengan layanan Harith dan mereka berdua terbuai melayari bahtera.

Mira menangis semahunya dibawah pancuran air.Dia berasa jijik dengan dirinya dan merasakan dirinya bodoh kerana membenarkan Harith bersamanya.Dia sedar tindakan Harith tidak bersalah tetapi dia belum bersedia.Dia malu apabila melihat tanda merah di lehernya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience